

Esok tanggal 26 Ogos genap sebulan nenda pergi…luka kehilangan masih segar darahnya..
Malam ini keluarga kami membuat kenduri tahlil untuk arwah ,semua ahli kelurga berkumpul dirumahku..sekali lagi episod air mata kusaksikan bila mama menyambut ketibaan kakak dan adik-adikya ke rumah kami..mak ngah ,makteh, maklong dan pakcik-pakcik aku masih ternyata belum biasa dengan keadaan ini.
Ingatanku terbang menyusup kenangan sebulan lalu,ketika aku ,mama dan abah dan ahli keluarga lain bergilir mnjaga arwah di katil hospital…
Hampir setiap hari ku lihat mama dan adik perempuan nya yang ku gelar ‘Cuma’ bagaikan budak kecil membelai dan dan bercakap dengan arwah yg ketika itu sudahpun koma..
“Makkkk…makk Na tak puas dengn Mak lagi…mak tahan sikit lagi mak…mak megucap mak” kata mama yang berbisik ditelingan nenda yang terbujur ,terkadang tangan nya digerakkan tanda tidak balas dan terkadang airmatanya sahaja meleleh di wajah manisnya ,ibuku mengusap-ngusap kepala dan badanya .Rengekan dan rayuan mama benarbenar meremukan hatiku..
Tambahan pula kata mama, arwah sering mamanggil namaku sebelum arwah koma..
Airmata yg ku tahan sejak pulang dari KL tersembur jua…sedih sungguh melihat nenda..kata doctor ,dia menderita kanser otak tahap kronik,aduh pedihnya insane tua ini menderita dihujung usianya …
Aku memeluk tubuh ,mencium muka dan kakinya sesampai sahaja dihospital beberapa hari lalu sesampai kaki ku jejak ke tanah kelahirtan ku ini..Ku ingat lagi entah berapa kali Yasin kusedakahkan padanya bersama alunan sendu dan airmata…ingin sahaja meringankan derita yg ditanggung insan tua yang menjadi pujaan hati kami ini …
Kerutan dan rintihan kecil dari wajahnya sudah cukup mengambarkan azab dan kesakitan yang ditanggung ..
Sesunguhnya wanita tua yang terbujur ini sangat dikasihi …
Mengenang kembali di waktu segarnya …
Dia merupakan nenek yg paling sporting ,manja,manis,lucu dan sangat di sayangi .Cerita mama, sebelum nenda koma ,di bertanyakan dan menyebut satu-satu nama cucu-cucunya jadi ,bayangkan dengan bilangan anak yang hampir sdozen itu berapa orang lah cucu-cucunya ye..
Hubungan kami sangat rapat , hinggakan mama ,aku dan cucunya yg lain masih mahu tidor sebantal dan bergurau senda macam remaja sebelum tidor jika bermalam di rumahnya …ahh alangkah indahnya saat itu..
Bersamanya kami boleh bercerita hampir apa sahaja…
Layar ingatan membawa ku pulang ke kenduri tahlil dirumahku malam ini , riuh rendah makngah ,maklong dan makteh yang sibuk memask didapur sejak petang tadi beransurhilang bila tiba waktu maghrib…
Solat maghrib ,yasin dan tahlil berlangsung menhibakan suasana …saat ini ku lihat air mata mama menitis lagi …

Menangislah …
jika manusia terlalu sombong untuk menagis .
lalu untuk apa air mata dicipta?
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah bonda dibahu ku
Ibu bonda yang dicinta telah pulang menghadap Dia
Luahkan jeritan pilu yang terpendam sekian lama
Hamburkan derita tika kau merenung detik dahulu
Aduh !seksanya melihat bondaku
Seperti sebak bonda melihat terbujurnya jasad kaku
Aku membayangkan tubuh itu menjadi dirimu, … lalu bertukar menjadi Aku..