Dah lama aku tak menikmati keadaan itu…saat aku duduk bersama Abah sambil mendengar ceritanyer..tentang politik,isu semasa..tentang seni dan cita-cita …
Sejak bekerja ,inilah kali pertama aku dapat duduk berlama-lama dengannya…dulu ketika dibangku sekolah,dialah tempat aku meminta pertolongan jika ada tugasan berbentuk karangan ,tak kiralah dari subjek Bahasa Melayu , Sastera hinggalah ke Sejarah.
Sebelum sampai karangan ke tangan guruku, Abahlah akan menapisnya dulu, kadang-kadang jika ada pertandingan perbahasan /syarahan ,dialah yang beria-ia menolong aku , biarpuan ada tika waktunya dia sibuk dengan berniaga ,di bawanya buku dan menulis isi karangan dan ucapan untuk aku sambil melayan pelanggan yang datang berkunjung di kedai,dan aku akan menyalinnya kedalam buku latihan ,sambil menggaru kepala ,cuba memahami tulisan dan ejaan Melayu lamanyer tu..hihihi
Abah memang mempunyai pengaruh besar dalam hidup ku,ramai yang kata ,aku ni “Minah Jiwang “ termasuklah “Bos “aku, so korang tahulah dari mana aku warisi sifat itu…hehe
Dan semalam ,kenangan itu tiba-tiba menerpa di ruang ingatan , bila sahaja Abah membacakan sajaknya yang berusia hampir 40 tahun yang lalu,di usianya yang ketika itu baru 18 tahun.
”Abah tak pandai , tak pernah pergi sekolah ,hanya satu hari ‘join’ dengan orang2 tua masuk ‘Sekolah Dewasa’(alah yang macam cerita P.Ramlee tu…) , kemudian Abah lari terjun sungai! Balik ,kasi tahu kat nenek kamu,baju basah ,taknak pergi sekolah ! haha”
Aku tanya, “Kenapa Abah tak suke pergi sekolah tu?’ ,
”Pasal sekolah tu semua orang2 tua, nak pergi sekolah biasa ,jauh ,dan keluarga Abah tak mampu,hari pertama pergi ‘Sekolah Dewasa’ ,Abah dah boring”
Aku tanya ,”Kenapa Abah boring? Bukan ke sepatutnya abah teruskan belajar ,dulu bukan senang dapat peluang nak belajar?,aku mula berleter..
”Abah boring sebab masa tu Abah kecik lagi,bercampur pulak dengan warga tua kampong tu dan lagi ,setengah jam pertama je Cikgu tu ajar, kemudian dia bagi Abah kayu pembaris tu ,dia suruh Abah pulak yang ajar orang- orang tua kat situ, haha..mungkin dia ‘tensen’ Pakcik dan Makcik tu lambat paham agaknyer…haha.Abah pun boring asyik ajar bende yang sama ..dieorang lambat tangkap..Abah pun cabut, terjun sungai hahaha!!!
Aku dah nak tergolek dengar cerita Abah…
Aku bertanya lagi..”Habis , Tok Wan tak marah ker?
“Tok Wan kamu dah “cemuih”(jemu),setiap kali Abah lari dari pergi sekolah ,kalau tak terjun sungai,abah masuk sawah ker untuk kotorkan baju,ada hari tu Abah tangkap udang ,bawak balik terus suruh Tok Wan masak,lama-lama Tok Wan tahulah Abah tak suker pergi sekolah tu…hahaha!
Abis tu , abah belajar tulis dan baca dari mana?
“Abah belajar sendiri..dulu Pak Tam(Abang Abah) kamu, pun pergi sekolah dewasa,selalu dia menghafal kat atas rumah ,Abah duduk bawah rumah dengar dia baca dan mengeja,habis selalu curi2 dengar, Abah pun jadi ingatlah,bila Pak Tam beli surat kahabar ,Abah pun merangkak mengejalah ,dari muka surat depan hingglah ke belakang ,termasuklah iklan-iklan sekali Abah baca..hahaha.. jam tu (masa tu)abah suke conteng kat bawah rumah,masa tu ambik arang ,salin balik suratkhabar yang Abah baca.. lama-lama pandailah! Haha!’
“Ooo..laa macam tuk ker..”
Bukan cerita Abah yang sangat ku rindu,tetapi saat bersamanya kekadang membuat aku syahdu..
Tetiba aku di kejutkan dengan sms dari bos aku yang yang berbunyi bergini:
“Al-Fatihah ,Ayahnda sahabat kita Fazlan ,meninggal dunia tengah hari tadi.
Semoga rohnya di cucuri rahmat.Amin”
Aku tersentak,terbayang wajah rakan sejawatku Fazlan ,didalam hati berdoa ,agar dia tabah menghadapi pemergian insan tersayangnya itu…aku memandang Abah ,abah yang sedang rancak bercerita ,sudah tidak kedengaran suaranya ,tenggelam dengan berita duka itu.. namun aku masih senyum seolah–olah aku mendengar apa yang diperkatakannya …
dalam hatiku berkata “ Aduh ,kini aku sedang bergelak ketawa bersama Abah ,sedangkan sahabatku pada masa yang sama pula ,meratap hiba kehilangan ayahnda tercinta”,aku memandang Abah ,dan melempar senyuman palsu,sedang hati ku bertanya “Bagaimana pula aku jika kehilangan insan tua yang ku gelar Abah ini ,satu hari nanti?”
Tanganku sejuk..hatiku berkaca..Oh Abah!
*Ina selalulah balik kampung…tahan je telinga kalau kene leter tu!

