Jhonny’s place?..i likesss!
26 Apr 2009 1 Comment
Sabtu@Jusco Bukit Raja

Teringin nak makan stimbot, walaupun tengah berdiet..arghhh gasaklah!

Cik Yasmin kelihatan tidak tertahan lagi ,menunggu hidanganya betul-betul masak .Sungguh teruja ,katanya …ahakss!

Penulis sempat memberi pose menarik,untuk mententeramkan jiwa Cik Yasmin yang bergelora tuu..

Cik Aminah ,awak boleh tolong sabar sikit tak? Takkan cendawan mentah itu nak dimakannya?….

Waaa…dah siap,seperti yang diketahui,Cik yasmin mendahului acara menjamah stimboat ,berkuah tomyam yang maha sedap itu. Tahniah Cik Yasmin!

Stimbot berkuah tomyam yang bakal mencairkan perasaan yang bergelodak!

Dessert yang unik dan sedaaaaapp..ia didalamnya terdapt buah kabung n nangka yang manis dan rangup..i like!

Yang ni pun menarik,tembikai susu bersama santan yang enakkkkks!

Biarpun hanya meraih tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan menjamah stimbot itu,mereka tetap memberi pose stim didepan lensa camera,dengan harapan pembaca turut stim dengan kestiman mereka terhdap stimbot itu..wakaka!Adios!
…?
25 Apr 2009 Leave a Comment
meow…meow..
ahhh..dia ada lagi..langkahku terhenti
sudah berhari-hari kucing liar ini berkeliaran di depan pintu rumah ku ini..
aku tunduk,dan memautnya ..lalu berjalan menuju tangga..
heran ..tak seperti kucing liar yang lain …
bila dalam pelukku ,ia begitu manja …
mugkin kucing ini dibuang tuannya..atau sesat
kesian…
ku pandang wajahnya …ahh! comel juga..
“kenapa sayang,kenapa selalu disini ?”,tanyaku
si kucing hanya mengerdipkan mata ..aku sayu betul melihatnya …
“sayang ,aku suka padamu tapi ,aku tak bisa memeliharamu,apatah lagi membawamu tinggal bersamaku”…
si kucing,menyembunyikan wajahnya ke dadaku..
sejuk agaknya…
“Ahhh ,takpe sayang ,aku temankan mu di luar ini ya”..
ku usap,bulunya yang putih itu,..meow..meow
“hmm..mgkin lapar agaknya,jom sayang kita g kedai”
segera ‘si comel’ itu ku bawa turun ke tingkat bawah ,langsung menuju ke kereta..
“hihi..hari ni mgkin hari bertuah mu wahai ‘si comel’,” segera ku bawa ia masuk “bumblebee” kesayanganku itu..
bimbang juga ,kalau ia tak biasa…
ku letak ia diatas ribaanku,dan terus memandu mencari kedai yang mungkin masih buka …
comel yang tadi ,kaku diatas riba..mula merayap ,sekejap ke depan sekejap ke belakang…haha cuak la tu..
akhirnya ia kembali di atas ribaanku,mendongak ke cermin tingkap..sehinggalah tiba di kedai …
sekembalinya kami di depan pintu rumah…aku memberinya makanan yang ku beli tadi..
heran..ia macam tak berselera..kenapa ya?
dia tetap duduk diatas ribaan ku…mgkin ia perlukan teman…
ku pegang wajahnya ,ku lihat dalam mata hijau tua itu..cantik!
tetapi pandangannya kosong..
ada sunyi…ada sepi…kenapa sayang? apa maumu lagi?
ku renung lagi …lama..semakin lama…
meow..meow ..si comel mengiau lagi..
semakin besar bukaan matanya …
ku renung lagi mencari erti..
tiba-tiba di kolam hijau tua itu …
kelihatan bayanganku sendiri…
sejuk malam ini bertukar ganti,rupanya malam makin meninggi!
-fiha
Aku didajalkan!
21 Apr 2009 6 Comments

SHAH ALAM ,21April-Seorang wanita hampir ‘pengsan’,apabila diserbu beberapa orang lelaki ,yang bertujuan mahu menangkapnya dan membawa wanita itu balai polis seksyen 7.Mangsa yang terpinga-pinga apabila dia dituduh sebagai pembantu rumah warga asing yang menyamar sebagai penerbit rancangan TV bekerja di sebuah syarikat produksi berdekatan . Seorang dari lelaki itu berkata,”Betul,saya dah lama ,perhatikan ‘dia’ ,memang muka dia mirip wanita yang dikehendaki polis dan pihak imegresen ,tak percaya ,cuba awak tengok gambar ‘dia’ dalam risalah ni!”
Sejurus melihat risalah berkenaan wartawan dan polis bertugas ,menepuk dahi masing-masing dan segera memohon maaf kepada wanita berkenaan dan berjanji akan menangkap ‘dalang’ yang cuba membuat ‘onar’ dalam hidup wanita terbabit!.

Wanita yang pucat lesi tadi, bertukar berang ,apabila mengetahui ,ada rancangan jahat untuk untuk menjatuhkannya.Mangsa yang tidak berpuas hati dan bimbang jika perkara yang sama berlaku kepada orang awam yang lain bertindak mengikut pihak polis untuk memberkas ‘dalang’ terbabit.
Lebih kurang 2 jam kemudian, mangsa dan pihak polis berjaya memberkas ‘dalang ‘tersebut yang ketika itu sedang ‘seronok’ melakukan ‘jenayah tidak bermoral’ itu . Turut dirampas dalam serbuan itu ,beberapa risalah dan gambar -gambar mangsa yang lain.Wanita terbabit yang kebetulan dapat mengecam mangsa-mangsa lain segera menghubungi mereka.


‘Dalang’ yang berjaya diberkas itu merupakan seorang lelaki lewat 20-an ,berasal dari Johor serta bersuara mirip penyanyi Jamal Abdillah , serta rakan subahatnya seorang wanita comel ,juga berasal dari Johor dan berumur awal 20-an.Ketika ditangkap mereka kelihatan tersengih-sengih dan terkulat-kulat ,apabila menyedari mereka terperangkap dan tidak dapat melarikan diri lagi!.

Lelaki terbabit akhirnya mengaku bersalah ,dan di jatuhi hukuman denda ,dengan membelanjakan separuh dari gajinya untuk menangung kos serta sewa bilik karaoke mangsa-mangsa yang dianiayainya,dan di hukum menyanyi dengan sebelah kaki sehingga pagi,manakala wanita ,rakan subahatnya pula didenda sebanyak RM100 ,untuk bayaran tiket wayang mangsa-mangsa terlibat selama seminggu.Haha..ambik kau!
Setelah mendengar hukuman di bacakan ke atas mereka,’pendajal’ ini masih memberikan pose menarik di depan lensa wartawan ,dan tersenyum ‘manja’! Hampeh!

apa lagila yang tak kena?
19 Apr 2009 2 Comments
entahlah..aku tak tahu apa lagi yang tak kena dengan diri aku ni..
kerja malas…asyik nak enjoy jer..semuanyer gara-gara nak release tension..
itu tak kena..ini tak kena…
rugi jer company bayar gaji aku…aku rasa bersalahpun ada..
tapi aku rasa aku dah takde hati…
agaknya baik aku berhenti,kahwin n jadi suri rumah sepenuh masa…
hurmm..apa pendapat korang?
girlsss…at FMP Salon!
17 Apr 2009 6 Comments
Ofispun leh jadi salon..hehe


baru nak start dandan..

Amoi Salon tergelak besar! Mungkin lawak hampeh ‘Shampoo Girl Ina’ mencuit jantungnya…aku plak ‘maintain’ senyum depan cam…hua..hua

yeea dah siap! Cantik tak?

ni lah Amoi stylist yang dandan rambut mak! Comelkan? Thanks Jo!

Ok ,Nora,dah boleh pegi tengok movie! Jom!
Lalu apa maumu…?
17 Apr 2009 Leave a Comment
aku tak akan pernah puas …
aku tak akan pernah berhenti..
kakiku kata, kananku…
tanganku kata, kiriku…
Katamu,”Apa maumu lagi?!”
Lagiku..mau lagi..dan lagi!
Katamu “tuahmu.. menemani jalanmu..”
,mau apalagi ,katamu?!
Tak mahu aku berhenti ..
dari tempat aku berlari,merangkak dan menyanyi…
kataku ” Nyanyiku disini tak pernah mati…”
kataku “Lariku akan terus berlari…”
Lalu apa maumu lagi?,katamu tak mengerti…
kataku,lariku ditempat aku berlari!
kataku,nyanyiku ditempat aku menyanyi!
kataku,merangkak aku ,ditempat aku berlari dan menyanyi!
-fieha
Beautiful song…about Muhammad
15 Apr 2009 Leave a Comment
I accept your gracious offer of kindness and company.
But as we walk along young man and as you help me with my load,
I’ve only one request as we travel down this road,
Don’t talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don’t talk to me about Muhammad,
and as we walk along together we will get along just fine,
That man upsets me so, far much more than you could know,
I hear of his name and reputation everywhere I go.
Though his family and his clan once knew him as an honest man,
he’s dividing everyone with his claim that God is One,
He’s misled all the weak ones and the poor ones and the slaves,
They think they’ve all found wealth and freedom following his ways.
He’s corrupted all the youth with his twisted brand of truth,
convinced them they all are strong, given them somewhere to belong.
Thank you now young man, you’ve really been so kind,
your generosity and smile are very rare to find.
Let me give you some advice, since you’ve been so very nice,
From Muhammad stay away, don’t heed his words or emulate his way.
Now before we part and go, if it’s alright just the same,
may I ask my dear young man, who are you? What’s your name?
Forgive me – what was that? Your words weren’t very clear,
my ears are getting old – sometimes it’s difficult to hear.
It’s truly rather funny, but I’m sure I must be wrong,
because I thought I heard you said, your name is Muhammad?
Muhammad …
Ashhadu alla ilaha illal Allah
wa Ashhadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Oh talk to me Muhammad!
Because of you I now have peace and you have eased my troubled mind,
Oh talk to me Muhammad!
And as I travel down life’s road I will get along just fine,
And as I travel down life’s road I will get along just fine.
jOM sHOppING!!
12 Apr 2009 Leave a Comment

hehe..shopping pasar minggu jer!!! Ahh..rindunyer nak jejalan dengan Mama n Adik!
Semalam yang penuh makna!
10 Apr 2009 Leave a Comment
Aku tak dapat langsung melelapkan mata..tapi aku rasa mengantuk sangat..pelik?
teringat teman lama yang kutemui semalam…
ahh..lain benar kelibatnya..dalam hatiku..”Nampak susut,tak sihatkah dia?’
Namun senyum dan tawanya tetap seperti dulu…cuma cerianya tidak lama..
Aku merenungnya dalam-dalam,bila dia mula menyalakan api rokok itu,pandangan di lemparkan jauh..
Aku renung lagi …”Kenapa?” tanya ku ..setahu aku sudah lama dia tinggalkan tabiat itu..arghh itu 5 tahun dulu..berubahkah dia?
Dia mula menukar topik dan bertanyakan,tentang kerja dan kehidupanku kini…akupun mula bercerita …dia mendengar,menganguk dengan pandangan kosong…aku kecewa…
Kenapa? aku sedikit mendesak! kali ini lebih keras lagi,aku mengajukan soalan bertubi..tubi! dia nampaknya mengalah ,direnung aku,ku lihat matanya sedikit berkaca! Ahh..adakah lelaki ini bakal menangis di hadapanku?
“Abang dah sasau agaknya”…sambil tersengih ,dia tak mampu berdiri..aku ikut sama terduduk ,hatiku penuh debaran dan tanda tanya ,dalam otak ku ligat mengagak apakah sebenarnya yang membebaninya,anaknya sakit?isterinya curang? dibuang kerja? segalanya-galanya membuatkan debaran ku makin memuncak ..kali ini aku desak dia bercerita..
kali pertama..gagal
kali kedua..gagal
ketiga…juga gagal
tiba-tiba telefonnya berbunyi…dia memberi isyarat untuk menjawab panggilan tu…aku memang tak puas hati!
kulihat lagaknya lagi,sekejap duduk ..sekejap berdiri…
sebentar kemudian dia kembali kepadaku…”Abang saya menunggu” tanyaku sambil memandang tajam ke arah matanya..
“Entahlah Fiha,ini soal maruah diri dan anak-anak,abg sanggup buat apa saje untuk mereka,nanti Fiha kawin jgn jadi macam apa yang Abg lalui ni”….
sukar benar kulihat dia hendak mengeluarkan kata-kata ,aku menganguk..
“Sukar bagi seseorang lelaki menerima ,jika di katakan tak mampu memenuhi keperluan kelurga,apatah lagi kata2 ini tu datangnya dari seorang isteri!”…dia terdiam sekejap..lalu menyambung,”kadang -kadang abg rasa isteri abg tak mahu rasa susah bersama abg,mgkin sebab masa dia kenal abg dulu,hidup abg boleh tahan”….kali ini kata2nya terhenti ,menekup muka dan beristighfar….
aku tertunduk..ahh masalah suami -isteri rupanya…
“Biasalah bang,hidup berumah tangga,memang macam tu,..relakslah”
“Fiha tak faham macam mana abg rasa …sebelum kawin ,dulu dia memang tak tunjuk langsung ‘true color”,bila abg tengah susah ,lagi banyak dia mengadu itu tak kena – ini tak kena …sampai libatkan -anak-anak,abg sedih”,abg macam dah tak kenal siapa diri abg ni,semua benda jahat dulu sebeum kawin sume abg terdorong nak but balik,kecewa dengan diri sendiri!”
“Ish tak baik abg macam tu..” aku pun mula bercerita bagaimana dia ,dahulu di awal perkenalan kami hampir 5 tahun dulu,betapa dia seorng sangat sederhana,jarang meninggalkan solatnya, ceria,ketawanya membuat semua orang ketawa..
“Abang selalu bertanya kepada diri Abg,Abg ingat Abg ni “gente”(tabah,kuat)kenapa dugaan sekecil ini pun abg tak mampu nak handle,Abg hanyut..”
…aku menyambung,”Abang ada girl fren yea?” memandangnya sambil tersenyum…
Dia mengangguk ,”kekadang abg rasa ‘Dia’ lebih mengenali Abg ,dari isteri Abg sendiri,dialah tempat abg berkongsi cerita ,dia tahu susah senang abang ,abg rasa dier dah jadi sebahagian dari hidup abg”
Aku tak puas hati “Berapa lama Abg kenal dengan dia ?Macam mana Abg boleh cakap macam ni ,sedengkan abg kenal isteri abg dulu dari dia,dah dap 3 orang anak pun” aku sinis..
“Abg dah lama sabar,semuanya Abg pendam,abg tak suker bergaduh,anak-anak jadi mangsa!”
“Kalau dah sayang,apa lagi ,kawinlah?”
“Dia,mintak breakoff,2 bulan lalu,sampai katanya ,cinta dia pada Abg takkan kemana,tapi dia akan sentisa bersama abg, sekarangpun di saat abg menghadapi semua ini, dia masih hubungi Abang,bercakap denganya ,abg rasa tenang sangat”…
“Saya rasa ,Abg dah jatuh cinta niee,dia pun sayang giler kat Abg, sayangnya, cinta tak semestinya bersatu,die perlu fikirkan masa depannya ,kelurga Abg,kelurga dia, dia berhak dapat yang terbaik dalam hidupnya…”
lelaki ini menunduk…”Entahlah fiha,abg rasa tak boleh lepaskan dia,Abg ingat Abg boleh,tak sanggup…tak sanggup ,Abg rasa kalau abg lepaskan dia ,Abg lepaskan dia pada orang yang salah!” …
“Maaf yea,dah lama kiter tak jumpa ,pastu Fiha kene dengar plak sumer ni”..
Aku tersengih…”Tapi bang,kekadang Tuhan tu nak duga kita dengan sumer ni,mungkin apa yang kita ada itulah yang terbaik untuk kita,cume kita yang tak sedar sumer tu”.
dia mengangguk…”Mungkin betul apa yang fiha cakap ,Abg cube buat yang terbaik untuk diri abg,untuk keluarga abg ,untuk dia”…”Fiha tahu,lagi 2 minggu ‘dia’ akan kawin, abg btul-btul tak tahu camner nak hadapinya…
“7 tahun kami kenal,dah 3 tahun kebelakangan inilah ,Abg rasa dialah penghibur Abg,pengubat luka…segalanya fiha” kali ini ,dia tertunduk ,aku lihat gugur jua airmata lelaki ini ..
kecewa benar dia…bertuah betul gadis yang dicintainya itu…kerna aku yakin sayangnya bukan main-main..
aku percaya bukan semua lelaki itu mahu cari perempuan lain biarpun dah beristeri hanya untuk suka-suka, bukan hanya nafsu semata ..malah mereka juga insan punya hati dan perasaan…mahu di fahami dan di mengertikan !
dia kemudian memandangku ,”Abg harap fiha tak salahkan Abg, kita tutup citer ni,kita citer pasal Fiha pulak k,cuma Abg harap Fiha kawin nanti jaga perasaan suami k,kadang-kadang lelaki tak tahu macammana nak luahkan apa yang dia rasa,dan mengharap pasangannya mengerti,itulah kelemahan lelaki”
dia tersenyum..kali ini lebih manis dari tadi!
benarlah ,kerana sayang dan cinta ,lelaki pun boleh jadi seteruk ini …
hatiku terasa sebak ,entah kenapa ,fikiranku melayan entah ke mana..
melihatkan aku terdiam sendiri,tetiba dia berkata lagi..”Abg tak mengharapkan Fiha faham ,mungkin sekarang Fiha tak mengerti apa Abg lalui ,mungkin ia semacam alasan atas kesalahan Abg sendiri..”
‘Takpe bang,saya sangat faham,juga sangat mengerti ” tertunduk aku,sebak menghimpit dada..
Semalam yang penuh makna!
hari ni…
10 Apr 2009 Leave a Comment
lembap…
sejuk….
mengantuk…
nak tidor…
jommm!!!

*ggnheee.hehe..wakaka..hihi

Recent Comments