Walaupun tajuk di atas macam karangan budak darjah tiga …harap korang abaikan kerana aku dah tak tahu nak wat tajuk apa untuk entry kali ini…hehe

Aku pasti setiap orang ada kenangan tersendiri ketika menjejaki alam pekerjaan,malah ‘first job’ itulah sebenarnya ‘first step’ untuk sampai ke kedudukan sekarang ..betul tak?
dari’jual kuih dan nasi lemak tepi jalan , jual burger dan air dari bilik ke bilik masa kat kampus , (ops! tiada pekerjaan ‘jual diri ‘dari hidupku..wakaka) jadi ‘Minah Kilang’, ‘Promoter’,jual cd cetak rompak..aku pernah buat..dan aku tahu korang pasti lebih dasyat dari tu hehe…
tapi apa yang aku nak citer kata sini ialah ,pekerjaan pertama dalam bidang penyiaran sebelum aku bergelar Senior Producer seperti sekarang.

‘Wardrobe and stylist’ merupakan pekerjaan pertama aku ,dalam bidang broadcasting ni,masa tu aku bekerja di TV 3 tapi tak lama,however cukup untuk aku menimba pengalaman baru dan belajar cara-cara nak mendapatkan sponsorship,make-up dari make-up artist yang hebat-hebat kat sana .

Masa tu aku baru je grad,so aku memang tak memilih keje sgt .Jadi bila dapat je offer tranning dan bekerja di ‘Image Department’ TV3 ,aku terima je walaupun gaji cam leh sangkut tulang ikan jer ..kui..kui.


First job , aku kene ikut akak senior kat situ pegi One Utama jumpa sposor,pilih baju untuk presenter ,belajar mix and match tone color pakaian ,dan deal sponsorship untuk siran TV3 ketika itu.
Tergelak gak bila teringat ,aku ke hulur ke hilir dengan troli yang di penuhi baju ,yang aku kutip sponsor dan stock yang telah di pakai presenter di setiap make-up room studio ketika itu…haha.


Terkenang gak bila di suruh menjadi model untuk di make-up kan oleh candidates make-up artist yang interview keje kat situ…lawak habis bila muke aku ni di tenyeh dengan macam -macam color untuk di eksperimentasi ..kesian aku kene ragging waktu tu !
Haha..tapi di situlah aku mula belajar memegang tanggungjawab dari sekecil-kecilnya untuk mendapatkan sponsor wardrobe ,set date untuk fitting,laundry ,lipat baju,lipat seluar ,iron baju ,jahit butang bla..bla…haha penatlah citer bende-bende yang yang wat kat situ ..haha.
Aku tak kisah di pandang rendah,bagi aku itulah proses belajar dan bersyukur aku ada peluang untuk belajar dari bawah walaupun aku pemegang ijazah ,sebab dari situ aku belajar network,bergaul dengan orang belakang tabir dalam bidang yang sangat aku minati ini.

Teringat juga kata bos lama aku .Kak Farahin,”If u stay with this attitude ,i know u will be a great person one day!”Jadi aku nak nasihatkan pada kengkawan yang masih belum dapat perkerjaan tu,janganlah memilih sangat ,sebab memikirkan gaji,jawatan tinggi bersandarkan sijil Degree atau Master yang korang ada .
Bagi aku setiap majikan mahu staff di bawahnya dapat menawarkan perkhidmatan yang baik,bersesuai atau lebih dari gaji yang mereka tawarkan.Jadi pertama, kita mesti mendapatkan kepercayaan ,dari situlah kita boleh menunjukkan kebolehan .
Apapun terima kasih TV3,kerana memberi aku peluang itu!