” Kami dah jadi ORANG”
30 May 2011 7 Comments
-” Kami dah jadi ORANG”?
Mungkin kerana berbagai resepi telah kami cuba…
Mungkin kerana diantara kami ada yg dah berumah tangga..
malah ada yang sibuk merancang tarikh ‘Hari Bahagia’…
“Kami dah jadi ‘ORANG‘ -rupanya …
itu kata seseorang yang melihat kami semua dewasa …
itu kerana kami lebih sabar…dalam kerjaya ..
itu kerana tiada lagi isu tak mandi dan balik pagi buta..
jaga editing katanya..hehe
“Kami dah jadi ‘ORANG ‘..”
itu kerana kami mahu sentiasa kemas dan cantik
itu kerana kami tak sabar menunjuk jam untuk pulang berdetik!
Kenapa pula kata …”Kami dah jadi ORANG..”?
dulu kami macam Hantu ker?
bekerja siang malam ..tak kira masa..
sampai waktu makan pun kami lupa..
sampai balik kampung pun kadang-kadang aje…
Elak Mak tanya bila nak berumahtangga..kata kami..”Owh ,bikin pening aje”
salah ‘SENT ‘ email pun buat ‘Puan J’ naik gila…”Owh Jesus”!!, katanya
Kenapa pula kata …”Kami dah jadi ORANG..” yea??
sebab kami rasa maki -memaki perkara biasa..
setakat bertumbuk dan bergaduh kami tak heran
ada juga yang lari lokasi pengambaran!!
bikin kecoh..sampai Boss pun nak pengsan!…haha
Aduh macam-macam cerita tika kami muda remaja..
Tengok budak-budak sekarang..kami gelak sendiri..
ade yang tak tahan terus cabut lari..
tapi itulah realiti di bidang ini…
“Kami dah jadi ORANG”
kerana masa membuktikan kami tahan di uji …
kerana ada yg datang dan pergi ..tapi kami masih bertahan di sini.
cuma kami kini lebih berDIPLOMASI…
cuma kami kini lebih berMANDIRI.
cuma kami lebih mencari sesuatu yang HAKIKI..
“Kami dah jadi ORANG”…kerana itu kami disini!
* sorry cerita ini tak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati..tapi kalo dah Terperasan …seyum-senyumlah sendiri!! hehe

Recent Comments