* nangis gak aku tengok ad nie…iskh..iskh
* nangis gak aku tengok ad nie…iskh..iskh

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
Baru balik outsation..penat masih belum hilang…
Namun entry kali ni bukan kerana untuk bercerita tentang pengalaman shooting trip tapi lebih kepada retetan kenangan masa aku practical dulu..
kurang 2 bulan lalu aku di tugaskan untuk monitor sekumpulan pelajar yang mahu menerbitkan rancangan untuk tugasan semester akhir mereka .Oleh kerana ‘dateline’ mereka yang sangat hampir dengan jadual shooting aku ..terpaksalah aku mengambil mereka yang seramai 5 orang itue…
namun ,mereka bernasih baik kerana 95% pre-pro telah pun settle…jadi aku pk takkan nak bagi dieorang produce? almaklumlah ..ASTRO sgt menitik beratkan soal kualiti program ,dan kalau Tuan dan Puan Besar tahu hal i ni, mahu bergegar seluruh FM nih!
So setelah berbincang dengan Tuan Director ,aku decide untuk tolong dieorang lulus paper ni jer,so aku just bagi tugasan trainee je…lagipun mereka terikat dengan class,jadi susah aku nak bagi banyak tugas…humm bertuah korang!!!
Bila aku tengok gelagat bebudak ni ..teringat zaman aku practical dulu…seperti mereka akupun lulusan bidang yang sama ,infact bebudak ni kira junior akulah gaklahh..
4 years back..aku pun macam tu…tapi aku bermula dengan news, jadi reporter ke hulu ke hilir…cari berita hiburan…


itulah detik pertama aku belajar berkerja dan berjumpa dengan berbagai manusia dalam industri ..aku akui mula tuh memang aku culture shock skit…
Pertama..aku berkerja di bawah bos2 yang sembang cakap omputih tak hengattt!


KeDua…aku kene sound sebab tak senyum dengan staff lain!..dan aku di label sebagi trainee “muke tak de perasaan” huh itupun jadi isuu ke!
Ketiga…masa tu gak aku belajar smoking suam-suam kuku!

KeEmpat ..skandal sana -sini!
KeLima …aku di dedahkan dengan dunia gay…opsss!

KeEnam…aku kena tipu dengan “musang berjanggut lebai” hehe…nasib baik aku tak kene jual!
KeTujuh …kenal macam2 perangai artis dan personality ada baik dan ada yang hampeh!
hahaha..itu jelah …tapi sebenarnya seingat aku banyak lagi pengalaman selama 4 bulan practical dan 2 bulan bekerja di situ benar-benar mengajar dan memberi satu pengalaman baru…
Pertama…aku dah pandai speking London dengan bos-bos aku! hehe budak-budak lain tak dpt pengalaman camni ooo!
KeDua..bila aku suke senyum ramai yang mendekati aku..nak sembang ngan aku..nak ajar itu…nak ajar ini …Last org yang sibuk mengata tu jadi yang paling rapat dengan aku !Tak rugi beb! …jadi adik-adik amalkan senyum ek !

KeTiga…smoking is not good for ur health! lagipun u oll akan nampak tak cantik ! (opss bukan ditujukan untuk sesiapa)
KeEmpat…skandal ni ada baik dan buruk…yang penting tahu jaga diri,sayang diri sendiri ,sayang orang yang di cintai!
Ke Lima…well ‘gay’ pun, have a feelings honey!
KeEnam…hurm yang ni lain sikit…peristiwa “musang berjanggut lebai” ini lah telah membuka mata aku…tak semua lelaki yang di lihat baik itu baik ..dan tak semua lelaki yang di lihat jahat itu jahat…jadi pandailah menilai orang !(opss tak de kene mengena dengan gambar yang dipaparkan!)

Ke Tujuh ..kenal dan dapat belajar dan berkejasama dengan personality yang dah berjaya! dan individu yang hebat-hebat dalam industri!



satu lagi sebelum terlupa …masa training adalah waktu yang paling sesui untuk belajar segalanya dari segi kerja dan dan asam garam dalam dunia orang-orang penyiaran ini,kalau korang rasa tak selesa dan tak boleh adapt dalam keadaan ini ..baik korang angkat kaki,korang bukanlah ditakdirkan untuk bekerja dalam bidang ini..nasihat dari akak yang pengalaman pun suam-suam air teh jer nih..hehe.

Good Lucks!

Terima kasih pada semua yang mengucap selamat dan mendoakan aku.
Kepada Mama dan Abah yang pagi-pagi lagi menelefon dan menyanyikan lagu’Selamat Hari Jadi ” untukku… sungguh aku terharu!
Kepada En.Tunang yang sanggup berbelanja besar demi menghiburkan aku,dihari yang sungguh bermakna bagi diriku..
Terima Kasih pada teman-teman rapat..skandal jauh dan dekat..haha(memain jer) yang sudi menghadiahkan kata-kata indah dan ucapan selamat!
Kepada bos-bos FM yang sudi meraikan hari jadi ku bersama Murni dan Razel dengan kek dan stimbot IT departmen yang sedap tu!
Terima Kasih juga kepada kawan-kawan satu ofis..dengan doa ihklas kalian.
Bertambahnya usia..bertambahnya cabaran menanti disana..yang pasti aku akan tabah menghadapinya .Amin
dah tua rupanyer..aku..huhu
*peluang untuk meyumbangkan “hadiah” masih lagi terbuka bagi mereka yang ingin berbuat demikian ..haha (gurau jer..ngee.ngee)
A.Razlin belanja makan kat William..katanya dia tak dapat buat ‘Open house’,so dapat belaja makan jelah…
namun ada 3 perkara menarik hati aku malam ni!
1.‘Rissoto’ dan ‘Tukang Makan’ merangkap Organizer


2.Mushroom Soup.
makanan fav,aku jika berkunjung ke sini ..

3.Hen Party!
Hurm …actually aku mulanya tak paham apa maksudnye,tapi kata A.Razlin ,ia macam Bachelorette party ..atau Melayunye..’Party Bujang’lah…hehe.
Kak Lin kata : “Ok gak kalau wat sebelum wedding kau fiha..hehe”
aku:”Kalu org putih leh mabuk-mabuk kak..kita nak wat per,takkan karaoke sambil menari atas meja?
Ina menyampuk: ‘Eh itu kan ,ko selalu buat lah…!” pecah ketawa semua hahaha
Cam best..so aku balik and wat research skit pasal ‘Hen Party ‘ni…so memang ia adalah budaya orang barat, selalunya ia diadakan oleh bakal pengantin untuk rakan-rakan rapatnyer..yela..nak meraikan berakhirnya zaman bujang..kira kala orang melayu ni macam ‘Malam Berinai’lah ..hehe
antara yang aku dapat reserach sikit dari Wikipedia :
“Many different kinds of entertainment are selected, depending on what the organizers think will best please their guest of honor. While notions of a bachelorette party as a night of drunken debauchery persist in some social circles, it is becoming widely seen in America as an opportunity for female bonding.[5] According to etiquette expert Peggy Post, “Whatever entertainment is planned, it should not embarrass, humiliate, or endanger the honoree or any of the guests.”
[2]When held in a private venue, such as the hostess’s home, the party may take any form that pleases the hostesses and honors the bride-to-be. Dinners and cocktail parties, which provide comfortable opportunities for participants to talk or to give intimate advice to the bride-to-be, are common.[2] Other hostesses choose a themed party, such as a “pamper party,” with guests indulging in spa treatments, or a cooking class.[7] While proposing a toast to the bride-to-be is common at most bachelorette parties, some center on drinking games and host male strippers.”
Uihhhh..idoklah teman..tapi kalau nak berparti sambil karaoke..tu memang boleh difikirkan..bukan apa..inilah masa nak spend time dengan kawan-kawan bujang sebelum melangkah ke alam rumahtangga…huh lamenyer tak karaoke..hehe
ermm ada sape-sape yang nak sponsor “Hen Party” gua?
………………………….?
……………………………………..?
…………………………………………..?
I’m speechless…
agaknye bergitulah aku ,
bila berdepan dengan sebuah,
kehilangan!

Hurmm..dulu memang aku selalu dengar orang tua tua kata ,kalau nak buat majlis kahwin tak boleh main-main…belanje besar ,semua kena plan betu-betul..dan macam-macam lagilah!
Sejak akhir-akhir ni ..memang aku terasa sangat ,apa yang atuk,nenek dan dan mak bapak kita cakap tu memang betul! hampir 3 bulan lagi aku akan berhadapan dengan satu peralihan baru baru dalam hidup aku,satu destinasi dimana aku tak mungkin boleh berpatah balik !
bukan menhadapi ‘Hari Besar’ itu yang melemaskan aku,tapi segala pekara yang perlu diselesaikan,segala yang menelan perbelanjaan ,benar-benar membuat aku terduduk memikirkan!
Petang tadi aku ke bank ,tiba-tiba aku lihat duit simpanan punya sayap berterbangan …arghhh! banyak duit habis!!!
aku tensen! Terus keluar bank , masuk kereta, gerak balik ofis ,tak jadi keluarkan duit!
tiba-tiba teringat kata seorang teman ofis ” I taknak kawin, buat kenduri kene guna banyak duit ,baik I simpan duit tu pergi holiday ,lagi best! haha….”
Alahai Jo!
terus kereta ku pecut!
Ingin ku pergi jauh darimu
Agar ku kenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih
Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu
Chorus:
Telah lama ku hidup melara
Setelah ku gagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti
Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padamu
Tapi jangan kau hanya coba
Untuk mempermainkan cintaku
*arghhhh sedih lagi!

Disinilah tempatnya lelah dan lena ku tersimpan…
Sejak zaman aku study lagi sampai dah keje ni aku agak dah 4 tahun kot aku duduk dalam bilik ni…


kat sinilah aku tersenguk-senguk study malam-malam…
kat sini juga aku pengsan bila dua tiga hari tak tido sebab nak siapkan keje…

Memori indah dan tragik pun banyak …haha


Bila nak start kemas untuk pindah ke rumah baru …tetiba rasa sayang dan sayu!
Entah di mana patut aku bermula …
Apa yang patut di packing dulu? semuanya berlegar..


Semalam sempat juga aku merakamkan bilik yang bagaikan rumah dan hotel 5 star aku ni untuk disimpan sebagai kenangan …
Mungkin esok aku ..atau lusa..aku pun tak tahu!
