Warga Langit Terbuka..


Sekitar penggambaran documentari “Warga Langit Terbuka” hampir sebulan lalu, mengajar aku menghela nafas kesyukuran ,mana tidaknya  limpahan kemudahan teknologi yang dikecapi kekadang membuatkan kita terlupa mahupun terlepas pandang pada  insan-insan yang merasakan secubit perubahan diterima bagaikan sejuta rahmat bagi mereka…
Inilah teknologi,..era IT,liputan talian telefon dan limpahan medium komunikasi yang berlumba-lumba masuk bagaikan revolusi…tugas krew penerbitan kali ini mencari warga tanah air  yang jauh terpisah ,tersorok dan terpinggir dr arus pembangunan dan bagaimana sedikit pembaharuan itu memberi impak besar dan bakal pencetus lembaran baru dalam retetan hidup mereka…

 

 

 

 

 

 

Kembara ini  membawa kami ke satu perjalanan yang agak getir , 8 jam menaiki pacuan 4 roda  merentasi bukit bukau menggunakan laluan lori balak terasa begitu memenatkan , di tambah menyeberangi sungai selama hampir dua jam ,namun  keindahan alam menjadikan kami terleka ,hilang penat seketika…

 LOKASI 1: Sek.Keb.Long Jekitan Baram Sarawak

Rupa bentuk geografinya  seakan memisahkan mereka dari dunia luar ,tanpa kemudahan elektrik jauh sekali menikmati kemudahan lain menjadikan  mereka seolah-olah dipinggirkan, bagi mereka sekolahlah pusat segala-galanya.

Dimana disekolahlah mereka mengenal internet ,komputer,televisyen dan telefon..dengan pendedahan ini ,anak kampung ini tidak lagi merasakan kawasan kampung itu sahajalah dunia mereka  tanpa menyedari kehidupan adanya kehidupan yang lebih baik diluar sana…

Apa yang memeranjatkan ,kaum wanita lebih memainkan peranan dalam sesebuah keluarga dalam masyarakat kampung ini …merekalah yang menjaga anak2,menguruskan rumah ,ke hutan mengangkut air dan memotong kayu api, kalau semua dilakukan oleh kaum, hawa apa keje org kaum lelakinya ,pelikkan?

LOKASI 2: Kg.Kanibungan ,Pitas Sabah.

Disini, kanak-kanaknya  agak terdedah pada teknologi,namun begitu penubuhan ‘broadband library’ ,dimana pusat internet digabung dengan perpustakaan ternyata sangat memberi kesan yang sgt positif dalam kehidupan mereka .

Jujurnya ,mereka lebih berkeyakinan,mesra dan bijak ,sampai aku sendiri tak terlarat menjawab pertanyaan mereka tentang itu dan ini..hehe

LOKASI 3: E-desa Kg. Bundu Tuhan,Kundasang Sabah.

Selain terpesona dengan pemandangan tanah tinggi yang indah ,kami kagum dengan semangat para petani disini yang berusaha menguasai ICT bagi memperbaiki kualiti dan memasarkan hasil tanaman mereka biarpun ada usia mereka yang agak senja..

 

 

 

 

*sekarng tgh bz wat skrip,dateline dah dekat ,ada masa aku citer lagi apa yang aku jumpa kat sana k.Dan yang pasti dgn gambar yang lebih meletup! Muahaha!!

3 Comments (+add yours?)

  1. syirfan
    Oct 13, 2008 @ 02:53:58

    Ini dah tahap power!
    Gambarnya pun meletup letup, bervariasi.. mcm tajuknya: Warga Langit Terbuka…

    Reply

  2. syahrilkadir
    Oct 13, 2008 @ 15:33:16

    fieha,
    kelebihan menjadi wartawan cetak atau elektronik ialah kita dekat dengan isu, objektif dengan permasalahan dan fokus dengan penyelesaian

    dalam tempoh tersebut, pelbagai dugaan akan datang mencelah dan bermain namun ia ibarat asam dan garam dalam kerjaya yang kita cintai ini

    jangan putus asa mengharung gelombang, jangan tertiarap dipukul angin, jangan terduduk dihempas badai

    dalam dunia media yang penuh pancaroba ini, hanya yang cekal akan berjaya manakala yang hanya mahu cari makan hanya dapat menikmati gaji bulanan mereka dan tidak lebih dari itu

    fieha
    perjalanan masih jauh namun ia tidak bermakna kita berhenti setakat hanya di simpang, kerana sekali jadi wartawan, sampai matilah kita jadi wartawan

    yang membezakan kita hanyalah cara kerja, institusi tempat kita bernaung dan jumlah gaji yang kita terima

    dalam apa cara dan cabaran sekalipun, teruskan perjuangan kerana hanya mereka yang berani akan hidup ‘seribu tahun lagi’

    kirim salam pada warga kerja dan pimpinan kita

    salam aidilfitri…maaf dzahir batin.

    Reply

  3. mmsy87
    Oct 27, 2008 @ 11:07:17

    fieha…
    gambar nie amik sendirik ler..
    tertarik ler.. nanti nak belajar amik gmbar leh? ehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: