Selamat Pengantin Baru!


Dalam kegelisahan dan fikiran yang berkecamuk ini, aku kongsikan picture cousin aku kawen lebih kurang sebulan lalu, hilang gak ‘tensen’ aku ni! 

sempat jugalah aku ‘menghilangkan’ diri daripada ofis sekejap, nak dijadikan citer hp aku pulak tah ke mana-mana pulak aku letak

mesti member-member aku ingat aku kahwin lari masa tu, hikhikhik

apapun Selamat Pengantin Baru, (baru lagi kerrr..ahaks! )Mohd Khaled dan Anne Zuriani ,Semoga Berbahagia ke Anak CuCu.

img_14131

ini di gelar “muafakat”…

img_14383
sajer amik berkat!

img_1508

3 beradik meniti senja..(yang tengah tu ibu pengantin perempuan)

 

Bila pilihan datang …


Sebenarnya aku kini berada dalam zon gelisah dan bingung bila terpaksa membuat pilihan dalam hidup aku…sebenarnya takdir hidup  sentiasa memberikan aku pilihan ,kekadang aku sendiri tertanya adakah pilihan yang hadir ,cukup baik untukku pilih ?dan cukup baik untuk  menjadi yang ‘terpilih’!

dari hal kecil hinggalah hal yang menentukan nasib hidupku,aku selalu terpaksa memilih ,yang ini atau yang itu ? begini atau begitu? disini atau disitu? aku selalu tak keruan ,penat memikirkan..

Namun aku bersyukur Tuhan mengurniakan aku kesemua pilihan itu…agar aku belajar memilih ,agar aku belajar menerima ..dan agar aku belajar ‘melepaskan’..

Mungkin plihan yang aku pilih ,bukanlah pilihan terbaik untukku…namun disitu Tuhan telah menetapkan ..bahawa aku harus belajar membuat kesilapan ..aku  harus menerima kekecewaan.. dan yang pasti aku harus berani membuat keputusan!

Bak kata sorang kawan aku:”We may just have to live it… no matter how hard we fall, life still goes on… just get up, stand, clean urself and walk again…”

Hmmm..itulah kehidupan.

grandnya perkahwinan…


11122008_bungaashbalik10a

Aku dengar Mawi nak kahwin dekat Hotel Royal Palace of Golden Horses, Ashraf dan Bunga Cinta Lestari pula (macam gambar kat atas) siap dapat naik private jet lagi sebagai hadiah wedding mereka

Agak-agaknya aku kalau kahwin dapat tak buat macam diaorang, silap haribulan nak tempah dewan pun kena isi borang Bank Rakyat dulu, hahahaha

Takpelah. Saper tak nak kahwin ‘grand-grand’ macam ni kan, tapi terpulanglah pada kemampuan masing-masing

Secara peribadi, aku hanya mengimpikan satu majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah

meriah dengan kehadiran semua sahabat, saudara dan taulan

bagi aku ia akan lebih bererti daripada majlis di Hotel Palace of Golden Horses dan dari dapat naik jet mewah itu (tapi kalau orang sponsor, apa salahnya, mak suker nokssss!)

ramai orang tanya bila aku nak kahwin, tapi yang bestnya yang tanya itu pun belum juga kahwin-kahwin, macam mana tu?

tak kurang juga yang tanya soalan itu terdiri daripada mereka yang dah kahwin tetapi ‘ada gaya’ macam nak kahwin lagi, ini lagi parah, hikhikhik

macam inilah, aku berpegang pada hakikat yang jodoh, maut dan rezeki itu di tangan Tuhan

InsyaAllah, kalau tiba masanya, sampailah kad di tangan korang

apapun esok mak nak bercuti, cuti hujung minggu je, jangan kacau tau, chow chinn chowwwwww!!!

antara sahabat, kekasih dan teman


pravs-j-hold-on-to-friendship

aku adalah insan biasa yang inginkan satu perhubungan yang jujur dan setia, satu perhubungan di mana aku boleh berkongsi rasa dan satu perhubungan yang membisakanku tawa ketika gembira, tenang ketika duka

secara jujur, aku bukan hanya memerlukan kekasih, aku juga memerlukan sahabat dan teman

bagiku, adakalanya senyuman seorang sahabat atau teman lebih bermakna dari pelukan seribu kekasih

namun dalam meniti perjalanan hidup ini aku terkadang bingung kerana sering menemui insan yang mahu berkongsi tawa dan tangisku, tapi jarang sekali yang mahu mengerti dan menafsir hati serta perasaanku

aku sering menemui insan yang kononnya ingin merawat kelukaanku tetapi sering tiada disaat dirinya kuperlu

kadang-kadang aku ketawa sendiri.  Ternyata dunia dipenuhi insan yang retorika, setiap tingkah dan laku perlu ada timbal balasnya.

Mungkin ramai yang berpendapat berkawan atau bersahabat hanya membuang masa, setiap perhubungan kononnya perlu diakhiri dengan keintiman semata. Jika tidak, lebih baik jangan buang duit dan masa!

Dalam hal ini aku tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk menjadi sahabat, teman atau kekasihku.

Tapi secara jujur aku perlukan semuanya. Semuanya penting bagi diriku. Dalam hal ini tidak wujud kasta dalam diriku. Semuanya mendapat tempat yang sangat istimewa di lubuk hatiku yang paling dalam.

Malangnya tidak semua yang merasakan seperti mana yang aku rasakan. Ada yang menghulur perkenalan tetapi tak bisa menerima hakikat yang dirinya cuma sahabat serta teman dan begitulah juga sebaliknya.

namun percayalah, selagi sahabat, kekasih dan teman sanggup meronai garis-garis kehidupan bersamaku, selagi itu sayang dan kesetiaanku akan menjadi milik mereka untuk selamanya

itu sumpahku.

Warga Langit Terbuka II


Maaf dek terlalu sibuk blog ini tak terusik,setelah pulang dari bercuti ni barulah ada kesempatan nak menulis ,pun begitu otak aku ni masih kekeringan idea ,nampak gayanya biarlah “picture tell the story”,jadi buat semua aku kongsikan lagi pengalaman krew ‘Warga langit Terbuka ‘ untuk tatapan semua… hehe

 

pemandangan dari tepian gunung...

 

Indah dan dinginnya Gunung Kinabalu ...

Indah dan dinginnya Gunung Kinabalu ...

 

crew yg gigih untuk mencari 'angel' yg terbaik!

crew yg gigih untuk mencari angel terbaik!

 

kerana sukar mendapat makanan halal..inilah makanan kami!

kerana sukar mendapat makanan halal..inilah makanan kami!

dsc_3785

 

wajah comel anak-anak penan...

Kecewa Masih Setia …



Waktu berdetik
Putaran tiada henti
Mentari terik
Panahan terasa hingga ke hati
Jalanan menarik
Cuma tak sanggup untuk cuba harungi

Kecewa masih menyelinap
Derita sering menghampiri
Jika beroleh sayap
Sudah pasti jauh melayang pergi
Sembuhkah cebisan hati yang ranap
Kiranya tidak sendiri lagi

Apakah pasti suatu yang tidak nyata
Apakah indah seloka jika tanpa nada berirama
Apakah senyuman diukir untuk sementara
Apakah sudi hati terbuka
Kiranya masih untuk dilanda kecewa

                                        -Deli Arlin