grandnya perkahwinan…


11122008_bungaashbalik10a

Aku dengar Mawi nak kahwin dekat Hotel Royal Palace of Golden Horses, Ashraf dan Bunga Cinta Lestari pula (macam gambar kat atas) siap dapat naik private jet lagi sebagai hadiah wedding mereka

Agak-agaknya aku kalau kahwin dapat tak buat macam diaorang, silap haribulan nak tempah dewan pun kena isi borang Bank Rakyat dulu, hahahaha

Takpelah. Saper tak nak kahwin ‘grand-grand’ macam ni kan, tapi terpulanglah pada kemampuan masing-masing

Secara peribadi, aku hanya mengimpikan satu majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah

meriah dengan kehadiran semua sahabat, saudara dan taulan

bagi aku ia akan lebih bererti daripada majlis di Hotel Palace of Golden Horses dan dari dapat naik jet mewah itu (tapi kalau orang sponsor, apa salahnya, mak suker nokssss!)

ramai orang tanya bila aku nak kahwin, tapi yang bestnya yang tanya itu pun belum juga kahwin-kahwin, macam mana tu?

tak kurang juga yang tanya soalan itu terdiri daripada mereka yang dah kahwin tetapi ‘ada gaya’ macam nak kahwin lagi, ini lagi parah, hikhikhik

macam inilah, aku berpegang pada hakikat yang jodoh, maut dan rezeki itu di tangan Tuhan

InsyaAllah, kalau tiba masanya, sampailah kad di tangan korang

apapun esok mak nak bercuti, cuti hujung minggu je, jangan kacau tau, chow chinn chowwwwww!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: