Aku dan warna kenangan ….rindunyer!


Agaknya dah berapa lama aku tak mengunakan pensel warna..bergelumang dengan  charcoal,color pastel ,bermandi watercolor dan akrilik..

sabah-sarawak-1331

sabah-sarawak-132

kalau dulu,saban hari,aku didera untuk mencari ‘subject matter’,memerah otak mengembangkan idea, bersengkang mata menyiapkan artwork..terikat dan terbelit dengan beratus benang tenun yang berselirat sehingga aku ‘muntah’ dengan warna2 yang ada depanku. ..

dsc_0460

tak cukup dengan itu aku dihidang dengan makian dan kritikan menyiat perasaan jika hasil tugasan tak menjangkau expectation lecturer..

dsc_0456

Masalah kewangan yang menghimpit…tugasan yang terlalu banyak sehingga “mustahil untuk disiapkan! Persaingan dengan rakan2 yang hebat-hebat juga tak lupa “makan hati” dengan ‘copycat’ yang pantang ada peluang ,mesti ada untuk mencuri idea…

Hmmm..kini hampir 5 tahun aku meninggalkan semua tu..semalam waktu berkemas2 ,aku terjumpa artwork2 lama yang masih ada…

sabah-sarawak-006

sabah-sarawak-087

sabah-sarawak-090

semua kenangan bergelar student Art Design megisi kelapangan ..mulalah aku tersengih-tersengih keseorangan…haha teringat nostalgia lucu,suka dan duka..memang lawak habislah!

aku akui dalam tempoh aku bergelar budak AD, itulah saat bergelar pelajar yang paling best sepanjang hidup aku…semuanya mematangkan …biarpun ada pahitnya tapi manisnya, menghilangkan semua rasa…waktu itulah aku mengenal kehidupan ,mengenal kawan dan lawan,mengenal cinta dan perpisahan..cewah!

dsc_0454

Haha..tapi betulah..pengalaman itulah sebenarnya  yang menanam semangat rajin berusaha  dan falsafah ,tiada yang mustahil dalam  kehidupan..ternyata manusia apabila ditekan dan terus ditekan ,terhimpit dengan berbagai masalah dari luar dan dalam kehidupan ,kita akan lebih berusaha,mahu lebih dari orang lain dan akan tekun  merencanakan apa yang dianggap mustahil itu!

sabah-sarawak-0361

sabah-sarawak-053

Biarpun terpaksa menghabiskan tempoh tiga tahun dari usiaku mempelajari bidang itu,nampaknya rezeki aku untuk membina kerjaya bukan pada bidang yang sama …

Yang tinggal hanya artwork2 ini yang punya 1001 kisah dan cerita disebaliknya…

sabah-sarawak-001

dsc_0431

Kelmarin dulu ,sempat jugak aku mintak Yasmin berposing dengan Kimono tenunan aku yang masih dalam simpanan…hmm comel jugak !wakaka..thanks dik!

img_0481

img_04841

img_0485

psst: agak2 apalah aku nak buat dgn artwork yang menimbun tu?

perasaan, cinta dan kehidupan…


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat dan hikmat di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak akan nampak pintu yang lain yang telah terbuka untuk kita.

kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan kita boleh duduk bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah kita kehilangannya dan juga bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang kepada kita.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukainya, tetapi ia mengambil masa yang panjang untukmelupakannya.

Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainyacinta-allah

dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah ke mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insane, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia

Everytime i see u falling…


My memory…


Syafie Ahmad dalam kenangan …


Aku mendapat berita kehilanganya dari seorang  kenalan rapat…terkejut bukan kepalang ,latar ingatan membawaku pulang ke kampus kuliah  lewat 5 tahun lalu…

 Ini hari pertama aku menghadiri kuliahnya ,kerana  hari itu hujan aku terlewat masuk ke kelas.

“Err asalamualaikum ,ini kelas ‘IC’ ker”,aku tersipu malu,bila semua pelajar memandangku..pensyarah di hadapan mengangguk..”Maafkan saya Encik..errr”,Siapa nama awak?pantas dia  menyoalku,tiada sebarang senyum diwajahnya ,aku dah mula gabra. “Err saya… “,”tolong bagi tahu saya nama glamer awak? Dalam hati aku apahal plak orang tua ni,pelajar2lain dah mula menahan gelak,merah cili muka aku..

”Errr..err saya Fiha”,aku yang masih berdiri dihadapan kelas masih kebingungan .Pensyarah tadi segera mencapai maker den menulis nama aku sebesar alam di atas white board,”Ooo nama glamer Fiha,tapi kat kampong saya kalau nama macam ni mungkin asalnya dari nama Pe’ah ,tak pun Piah “,pelajar lain dah mula terkekek gelak.”Betul tak Cik Pe’ah?”sambil memandangku  dengan sinis ,aku hanya tersengih menyedari dipermainkan..

“Cik Pe’ah boleh duduk sekarang”,segera aku mencari tempat duduk di belakang kelas,alamak kerusi plak takde.

”Err Cik Pe’ah ,kerusi mmg tak cukup ,awak boleh ambil di kelas sebelah,layan diri yea..” sekali lagi pelajarlain tersengih-sengih melihat aku yang kelam-kabut dan malu.

Memang sakit hati ,tapi aku buat muka selamba jer..sekembali ke kelas ,dengan terhoyong -hayang membawa kerusi dari kelas sebelah  aku terkena lagi”..Err awak-awak yang lain tu, tolong bagi laluan pada Cik Pe’ah kita “ memang aku geram dengan pensyrah sorang nih.

Dah dapat tempat duduk ,aku menghela nafas lega ,tak sampai 30 saat…

”Cik Pe’ah  sila bangun dan  perkenalkan diri awak pada kelas…and please speak in English”.Aku segera bangun dan memperkenal diri ..sekejap2 dia potong cakap aku..

”Are u sure u from Pahang”,aku dah ternganga ,apalagilah orang tua nih! “Bukan apa u nampak macam orang Sulu jer “ pecah berderai  ketawa pelajar lain ,melihatkan muka aku yang merah padam,die segara menyuruh aku duduk,dari hari itu ‘dia ‘tersenarai  dalam pensyarah blacklist aku …

IC adalah singkatan bagi subjek Interpersonal Communication ,dari kelas ini kami di latih bercakap dikhalayak ,samaada berpidato,presentation dan sebagainya…

Memang aku seorang yang agak pendiam awalnya ,namun aku berusaha untuk bercakap di khalayak dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bila sahaja aku di kehendaki untuk  presentation  dek kerana  tak mahu di sindir dan tidak mahu pensyarah ‘blacklist’aku ni memendang rendah keupayaan aku..

Tak pernah sekalipun aku ponteng kuliahnya ,bukan itu jer aku jadi makin suker plak bile dier asyik panggil nama aku untuk wat presentation,semakin hari keyakinan untuk berkomunikasi di kahalayak ramai  semakin tinggi. Rakan2 dan aku sendiri menyedari hakikat ini,nyata sindiran dan “seksaan psycho” pensyarah kami ini memang memberi kebaikan .

Buktinya ramai diantara kami yang mendapat lulus cemerlang bg subjek itu…aku sempat berterima kasih padanya  sewaktuk berselisihan ditangga fakulti,dia hanya mengangguk dan melemparkan  senyumnya ,saat itu macam nak gugur jantungku,first time aku tengok di senyum..fuh manisnya!Patutlah die jarang senyum..kalau tak pasti ramai yang ‘tersungkur’…hehe

Kini segalanya tinggal kenangan , Encik Syafie  sebenarnya, antara watak penting  tercatat dalam riwayat hdup aku semasa bergelar pelajar university…dan aku percaya, ramai lain rakan-rakan bekas pelajarnya yang lain sependapat dengan aku..

Jasa dan didikannya akan ku kenang sepanjang hayat ,moga rohnya dicucuri rahmat.Amin

 

Pensyarah, pelajar UiTM maut nahas di New Zealand

 Oleh SHARILFUDDIN SAARI

 

mh_12_1

 

 

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengadakan lawatan sambil belajar di New Zealand terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu malam ini.
Mereka yang terbunuh ialah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shafiee Ahmad, 51, (gambar) dan Mariam Ahmad, 19, dari Sabah, penuntut jurusan penyiaran di universiti terbabit.

Tiga lagi mangsa iaitu Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Mohd. cedera parah manakala Siti Aishah Razi mendapat cedera ringan.

Berita lanjut sila dapatkan akhbar Utusan Malaysia atau langgani e-paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/

 

 

 

 

Dengarlah MatahariKu…


Hilang separuh diriku…


 Pertama kali aku tergugah..

dalam setiap kata yang kau ucap

bila malam telah datang…

terkadang ingin ku tulis semua perasaan…

 

kata orang rindu itu indah…

namun bagiku ini menyiksa

sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja

dirimu

.. namun sulit ku membenci

pejamkan mata bila

… kuingin bernafas lega

dalam anganku.. aku berada disatu

persimpangan jalan yang sulit ..ku pilih

 

ku peluk semua indah hidupku..

hikmah yang ku rasa sangat tulus

ada dan tiada cinta bagiku tak mengapa

namun ada..

yang hilang separuh diriku..

-Melly