Syafie Ahmad dalam kenangan …


Aku mendapat berita kehilanganya dari seorang  kenalan rapat…terkejut bukan kepalang ,latar ingatan membawaku pulang ke kampus kuliah  lewat 5 tahun lalu…

 Ini hari pertama aku menghadiri kuliahnya ,kerana  hari itu hujan aku terlewat masuk ke kelas.

“Err asalamualaikum ,ini kelas ‘IC’ ker”,aku tersipu malu,bila semua pelajar memandangku..pensyarah di hadapan mengangguk..”Maafkan saya Encik..errr”,Siapa nama awak?pantas dia  menyoalku,tiada sebarang senyum diwajahnya ,aku dah mula gabra. “Err saya… “,”tolong bagi tahu saya nama glamer awak? Dalam hati aku apahal plak orang tua ni,pelajar2lain dah mula menahan gelak,merah cili muka aku..

”Errr..err saya Fiha”,aku yang masih berdiri dihadapan kelas masih kebingungan .Pensyarah tadi segera mencapai maker den menulis nama aku sebesar alam di atas white board,”Ooo nama glamer Fiha,tapi kat kampong saya kalau nama macam ni mungkin asalnya dari nama Pe’ah ,tak pun Piah “,pelajar lain dah mula terkekek gelak.”Betul tak Cik Pe’ah?”sambil memandangku  dengan sinis ,aku hanya tersengih menyedari dipermainkan..

“Cik Pe’ah boleh duduk sekarang”,segera aku mencari tempat duduk di belakang kelas,alamak kerusi plak takde.

”Err Cik Pe’ah ,kerusi mmg tak cukup ,awak boleh ambil di kelas sebelah,layan diri yea..” sekali lagi pelajarlain tersengih-sengih melihat aku yang kelam-kabut dan malu.

Memang sakit hati ,tapi aku buat muka selamba jer..sekembali ke kelas ,dengan terhoyong -hayang membawa kerusi dari kelas sebelah  aku terkena lagi”..Err awak-awak yang lain tu, tolong bagi laluan pada Cik Pe’ah kita “ memang aku geram dengan pensyrah sorang nih.

Dah dapat tempat duduk ,aku menghela nafas lega ,tak sampai 30 saat…

”Cik Pe’ah  sila bangun dan  perkenalkan diri awak pada kelas…and please speak in English”.Aku segera bangun dan memperkenal diri ..sekejap2 dia potong cakap aku..

”Are u sure u from Pahang”,aku dah ternganga ,apalagilah orang tua nih! “Bukan apa u nampak macam orang Sulu jer “ pecah berderai  ketawa pelajar lain ,melihatkan muka aku yang merah padam,die segara menyuruh aku duduk,dari hari itu ‘dia ‘tersenarai  dalam pensyarah blacklist aku …

IC adalah singkatan bagi subjek Interpersonal Communication ,dari kelas ini kami di latih bercakap dikhalayak ,samaada berpidato,presentation dan sebagainya…

Memang aku seorang yang agak pendiam awalnya ,namun aku berusaha untuk bercakap di khalayak dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bila sahaja aku di kehendaki untuk  presentation  dek kerana  tak mahu di sindir dan tidak mahu pensyarah ‘blacklist’aku ni memendang rendah keupayaan aku..

Tak pernah sekalipun aku ponteng kuliahnya ,bukan itu jer aku jadi makin suker plak bile dier asyik panggil nama aku untuk wat presentation,semakin hari keyakinan untuk berkomunikasi di kahalayak ramai  semakin tinggi. Rakan2 dan aku sendiri menyedari hakikat ini,nyata sindiran dan “seksaan psycho” pensyarah kami ini memang memberi kebaikan .

Buktinya ramai diantara kami yang mendapat lulus cemerlang bg subjek itu…aku sempat berterima kasih padanya  sewaktuk berselisihan ditangga fakulti,dia hanya mengangguk dan melemparkan  senyumnya ,saat itu macam nak gugur jantungku,first time aku tengok di senyum..fuh manisnya!Patutlah die jarang senyum..kalau tak pasti ramai yang ‘tersungkur’…hehe

Kini segalanya tinggal kenangan , Encik Syafie  sebenarnya, antara watak penting  tercatat dalam riwayat hdup aku semasa bergelar pelajar university…dan aku percaya, ramai lain rakan-rakan bekas pelajarnya yang lain sependapat dengan aku..

Jasa dan didikannya akan ku kenang sepanjang hayat ,moga rohnya dicucuri rahmat.Amin

 

Pensyarah, pelajar UiTM maut nahas di New Zealand

 Oleh SHARILFUDDIN SAARI

 

mh_12_1

 

 

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengadakan lawatan sambil belajar di New Zealand terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu malam ini.
Mereka yang terbunuh ialah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shafiee Ahmad, 51, (gambar) dan Mariam Ahmad, 19, dari Sabah, penuntut jurusan penyiaran di universiti terbabit.

Tiga lagi mangsa iaitu Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Mohd. cedera parah manakala Siti Aishah Razi mendapat cedera ringan.

Berita lanjut sila dapatkan akhbar Utusan Malaysia atau langgani e-paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/

 

 

 

 

1 Comment (+add yours?)

  1. noraitusaya
    Dec 20, 2008 @ 10:15:22

    Sedihkan, ni lecturer favorite aku tau! Bahkan all classmate…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: