Aku ingin…


3029198168_b1d5b71d8d

Aku ingin terbang bersamamu lintasi langit biru
hapus mendung dihatimu

temani diri tiap kali kau rasa sepi
teduhkan jiwamu dengan tulus kasihku !

beri kekuatan dalam setiap langkahmu tapi aku tau itu tak mungkin

karena bila takdir  menentukan lain suatu saat nanti, aku tau aku tak kan sanggup menahan sakit yang menghujam dadaku …kehilanganmu !!

betapa aku ingin mencintai hati
yang sanggup alirkan cahya dalam setiap langkahku

Tuhan, salahkah aku harapkan bahagia ini tak berbatas waktu ..

Kadang ku ingin kumpulkan kata-kata indah yang bisa wakili kebahagiaan, tapi …

kalaupun bisa rasanya semua belum cukup dan sepertinya tak pernah cukup untuk lukiskan perasaanku ..

Saatnya aku mengingatimu…

 ****************************************************************

 

Advertisements

Korang perasan tak?


Tak tahulah korang..tapi ini antara sebab kenapa aku suker pergi Kedai Cina.

1.Senyum

Penjual akan memberikan senyuman dari saat korang jejak kaki masuk hinggalah melangkah keluar dari kedai tersebut(walaupun korang tak beli apa-apa).

2.Sapaan

 Penjual akan menyapa anda dengan perkataan “Hai! “, “Hello” ,”Sila Masuk” kalau pertama kali dtg ke kedai tersebut.

Jika korang ketegori ‘Regular Customer ‘,diorang mesti “Aiya lu sihatka?“Aiya amoi, lama takda nampak?”,”Manyak cantikla u hari ni,mau pegi mana?”dan banyak lagi kata-kata manis yang lain…hehe

3.Layanan.

Tak kiralah korang pegi Salon ker?,kedai runcit ker? , waima, kedai Hardware sekali pun! layanan peniaga /penjual Cina memang ‘Fisrt Class’..

berbekalkan wajah yang SEGAR dan BERTENAGA, penjual akan tanya “ Hello mau cari apa? “ , dengan pantas dieorang akan tunjukkan tempat barang yg korang cari,pastu kalu takda atau habis stok, dieorang akan suggest barang lain ,dgn kualiti yang hampir sama,dan yang penting dieorang tak ‘tarik muka’,kalau kita taknak beli!

4.Tolong sesama sendiri.

Ni true story aku,aku pasti ramai yang pernah alami pengalaman macam ni. Kisah nyer bermula apabila aku ke kedai hardware berdekatn dgn kawasan rumah aku.. cternyer lebih kurang camni..

Taukeh: Aiya amoi mau cari apa?(DENGAN SENYUMAN,SEGAR DAN LAGAKNYA YANG BERTENAGA!)

Aku: Mau cari catla taukeh.

 Taukeh: Hali laya sulah dekat,mau cat rumah kasi cantik ka amoi? Apa cat lu mau,simen ka ?kayu ka?Nnti saya angkat catalog kasi u..(SWEET WORDS!)

 Aku: Dalam rumah punya, mau dua color ..mau “matching” ,aa..ni color adaka? (sambil aku tunjukkan catalog )

Taukeh : Aiyak ! Ni color takde stokla,u punya lumah color apa, mau matching? Aaa.. ni color ngam jugak?

 Aku: Ala taukeh saya mau ini color jugak..takpelah kalu takde(aku dengan muke kecewanyer..huhu)

Taukeh: Ah u tunggu sekejap aa..saya call saya punya kawan.(TOLONG SESAMA PENIAGA LAIN)

(die pun call kawannya dan bertanyakan color cat yg aku nak tu,tak dapat kat Si A ,dia call lagi Si B ..begitulah sampai die dapat tanya kat kedai mana aku boleh dapatkan color cat yang aku nak sangat tu!

Taukeh:Haa amoi ,u tahu Kg Jawa sana ada Shell, sebelah ,ada kedai cat ,sana ada color yg u nak tu,I sudah call check sama dia,dia kata kat kedai dia, itu color ada.

Aku: Ye ke! Tapi saya tak biasa jalan sana?

Taukeh:Takpa I lukis ni map untuk u(terus dia amik kertas, lukis map ,sampil mulutnya sibuk ,terangkan jalan nak ke kedai kawan dia tu kat aku)

Aku: Haiya ,taukeh u banyak baik la, terima kasih ya!

Taukeh: Haiya taka pa ,sama-sama cari makan jugak!Haha Selamat Hali Laya !

 Akupun kuar ,dan taukeh tu melambai –lambai jugak,sampai aku dah masuk kete.Dalam hati aku ,”Fuh memang orang cina pandai berniaga ,patutlah bangsa dieorang maju!” kataku dalam hati.

 5.Susun Atur.

 Kebanyakan kedai Cina mempunyai susun atur yang menarik,kemas dan mudah untuk kita mencari barang yang dikehendaki.

6.Barangan yang pelbagai.

Kalau ke kedai Cina ,jarang barang yang kita cari, tak ada .(tp janganlah bangang sgt .pergi cari ikan kat kedai hardware ,memanglah takde!)

*Itulah bezanya Peniga Cina dgn Peniaga Melayu ,kalau di buat perbandingan dengan 6 kategori di atas? Korang macammana?

Mungkin sudah sampai masanya kita tidak hanya menyalahkan orang lain (bangsa) lain untuk menutup kelemahan sendiri,ini juga tidak bermakna kita mengagung-agungkan bangsa lain dan melupakan jatidiri.

Anggaplah kelebihan mereka satu cabaran ,dan berusaha belajar dari mereka , dan yang pasti kita tidak akan ‘kehilangan maruah diri’ jika belajar dari mereka untuk  memperbaiki kelemahan diri kita!

*“Let us think, they as Challenge not Threat”!(betul ker bahasa aku ni,korang pikirlah sendiri!!)*

The Biggest Robbery …in 20th century!


 
IS IT GOLD !!!!           NO
 
 
IS IT DIAMOND !!!!!!  NO
 
 
IS IT MONEY !!!          NO
 
 
IS IT OIL !!!!!!              NO
 
 
CAN YOU GUESS ?????
 


untitled
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Please forward this to everyone who dont know about this fact –

Most of us dont even know the actual situation!!! 
 

 
 

 

Andai ku punya waktu…


img_1794

Dua hari lepas,aku pulang ke kampung ,menjenguk kedua orang tua dan menyelesaikan beberapa pekara…letih jugak,biarpun masa terhad sempat juga menemani mama ke nursery..kata mama “sajer tengok bunga,tak beli,tengokpun jadilah”..layan jelah labuuu!..

img_1769

img_1764

img_1767

Andai ku punya waktu …

Akan ku pahatkan rangkaian nama-nama insan yang ku sayang

menjadi sebuah tugu nan indah,

Akan ku kotakan ikatan janji

pada setiap insan yang pernah ku taburi,

Akan ku laksanakan segala tugas dengan sepenuh ikhlas dihati,

Biar semua percaya,

Biar semua gembira,

Kerana itulah yang diharapkan oleh semua.

Andai ku punya waktu…

Akan ku ubati segala kelukaan

pada setiap insan yang pernah ku sakiti,

Akan ku pamerkan kegembiraan dalam diri

sehingga tidak timbul salah dihati,

Akan ku jalinkan bunga-bunga mekar

menjadi sebuah kalungan yang cantik,

Biar semua suka,

Biar semua bahagia,

Kerana aku dapat puaskan hati mereka….

Andai ku punya waktu…

Akan ku mohon kemaafan pada setiap

tangan yang berjabat denganku,

Akan ku simpulkan ikatan silaturrahim

tanpa mahu dirungkaikannya lagi,

Akan ku hadiahkan sekuntum senyuman

yang paling manis buat kali terakhir,

Supaya hati terhibur,

Supaya hati tak luntur,

Kerana aku berjaya mencipta satu memori terindah,

bersamamu …sebagai kenang-kenangan…

                                                                                                                                                                         -khazinatulasrar-

Bulanpun terbelah sama (II)


 

Semalam,disini…

Aku merenung bulan yang sama..

Dari jarak dan situasi berbeza…

Saat ini aku hanya dapat berkongsi simpati,marah dan benci..

Sedangkankan mereka terkurung,terperangkap menunggu mati!

Wahai saudaraku ,

Aku pengecut kerna tak mampu mempertahankan mu..

Aku pengecut kerna membiarkan anak-anak mu terbujur lesu..

Aku pengecut di selimuti kesenangan dan kedamaian ..

Sedang dirimu merintih kehilangan …derita kesakitan…

 Apa daya ku Ya Allah?

…ditekan oleh manusia bertopengkan kejahatan Syaitan…

Apa daya ku Tuhan?..

…tanpa kuasa dan kudrat keduniaan..

 Bulan hiba seolah memandangku ..kesayuan

Menyelak  kalam …helaian demi helaian..

Berdoa agar musuh-musuhMu tewas…berantakan

Ku ayun sabdaMu..

“Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!”

Harapku  musuh-musuh Mu terbakar ..hancur hanya tinggal debu!

dari jauh ku lihat  ..

Bulan itu.. tersenyum padaku.

Bulanpun terbelah sama…


 

Wanita tua terjaga..merangkak..

Teraba dalam pekat hitam..terpegang

Darah segar mengalir dari tubuh kecil…mendakap

Sejuk,kaku seperti batu..terpaku

Memandang bulan hiba ..mengharap cahaya ..

dari ombak bedilan dari  daerah seberang …terlihat

disudut meja …terkulai..

anak lelakinya bernafas longlai…

mengesot lemah menarik anak ke pangkuan bersama  sekujur kaku tubuh cucu…

menemani anak mengira masa dan waktu …terkedu

ketika tiada lagi nafas dari tubuh anakmu ,gengaman tangan kian longgar…kehilangan

Hatinya bagaikan pecah berderai!

 Tiba-tiba semuanya sunyi..

Ombak bedilan dari musuh Tuhan ..tidak langsung kedenganran ..

Hanya sesekali ada cahaya

Sepanjang malam ..wanita tercengang..

Bagaimana harus ku tempuh rimba kegelapan..keseorangan

Hanya sisa duka …namun tiada lagi air mata

Bulanpun terbelah sama…

                                                                                                      -Fieha-

                                                                                                      5 Januari 2009

Fly me to the Moon…