Korang perasan tak?


Tak tahulah korang..tapi ini antara sebab kenapa aku suker pergi Kedai Cina.

1.Senyum

Penjual akan memberikan senyuman dari saat korang jejak kaki masuk hinggalah melangkah keluar dari kedai tersebut(walaupun korang tak beli apa-apa).

2.Sapaan

 Penjual akan menyapa anda dengan perkataan “Hai! “, “Hello” ,”Sila Masuk” kalau pertama kali dtg ke kedai tersebut.

Jika korang ketegori ‘Regular Customer ‘,diorang mesti “Aiya lu sihatka?“Aiya amoi, lama takda nampak?”,”Manyak cantikla u hari ni,mau pegi mana?”dan banyak lagi kata-kata manis yang lain…hehe

3.Layanan.

Tak kiralah korang pegi Salon ker?,kedai runcit ker? , waima, kedai Hardware sekali pun! layanan peniaga /penjual Cina memang ‘Fisrt Class’..

berbekalkan wajah yang SEGAR dan BERTENAGA, penjual akan tanya “ Hello mau cari apa? “ , dengan pantas dieorang akan tunjukkan tempat barang yg korang cari,pastu kalu takda atau habis stok, dieorang akan suggest barang lain ,dgn kualiti yang hampir sama,dan yang penting dieorang tak ‘tarik muka’,kalau kita taknak beli!

4.Tolong sesama sendiri.

Ni true story aku,aku pasti ramai yang pernah alami pengalaman macam ni. Kisah nyer bermula apabila aku ke kedai hardware berdekatn dgn kawasan rumah aku.. cternyer lebih kurang camni..

Taukeh: Aiya amoi mau cari apa?(DENGAN SENYUMAN,SEGAR DAN LAGAKNYA YANG BERTENAGA!)

Aku: Mau cari catla taukeh.

 Taukeh: Hali laya sulah dekat,mau cat rumah kasi cantik ka amoi? Apa cat lu mau,simen ka ?kayu ka?Nnti saya angkat catalog kasi u..(SWEET WORDS!)

 Aku: Dalam rumah punya, mau dua color ..mau “matching” ,aa..ni color adaka? (sambil aku tunjukkan catalog )

Taukeh : Aiyak ! Ni color takde stokla,u punya lumah color apa, mau matching? Aaa.. ni color ngam jugak?

 Aku: Ala taukeh saya mau ini color jugak..takpelah kalu takde(aku dengan muke kecewanyer..huhu)

Taukeh: Ah u tunggu sekejap aa..saya call saya punya kawan.(TOLONG SESAMA PENIAGA LAIN)

(die pun call kawannya dan bertanyakan color cat yg aku nak tu,tak dapat kat Si A ,dia call lagi Si B ..begitulah sampai die dapat tanya kat kedai mana aku boleh dapatkan color cat yang aku nak sangat tu!

Taukeh:Haa amoi ,u tahu Kg Jawa sana ada Shell, sebelah ,ada kedai cat ,sana ada color yg u nak tu,I sudah call check sama dia,dia kata kat kedai dia, itu color ada.

Aku: Ye ke! Tapi saya tak biasa jalan sana?

Taukeh:Takpa I lukis ni map untuk u(terus dia amik kertas, lukis map ,sampil mulutnya sibuk ,terangkan jalan nak ke kedai kawan dia tu kat aku)

Aku: Haiya ,taukeh u banyak baik la, terima kasih ya!

Taukeh: Haiya taka pa ,sama-sama cari makan jugak!Haha Selamat Hali Laya !

 Akupun kuar ,dan taukeh tu melambai –lambai jugak,sampai aku dah masuk kete.Dalam hati aku ,”Fuh memang orang cina pandai berniaga ,patutlah bangsa dieorang maju!” kataku dalam hati.

 5.Susun Atur.

 Kebanyakan kedai Cina mempunyai susun atur yang menarik,kemas dan mudah untuk kita mencari barang yang dikehendaki.

6.Barangan yang pelbagai.

Kalau ke kedai Cina ,jarang barang yang kita cari, tak ada .(tp janganlah bangang sgt .pergi cari ikan kat kedai hardware ,memanglah takde!)

*Itulah bezanya Peniga Cina dgn Peniaga Melayu ,kalau di buat perbandingan dengan 6 kategori di atas? Korang macammana?

Mungkin sudah sampai masanya kita tidak hanya menyalahkan orang lain (bangsa) lain untuk menutup kelemahan sendiri,ini juga tidak bermakna kita mengagung-agungkan bangsa lain dan melupakan jatidiri.

Anggaplah kelebihan mereka satu cabaran ,dan berusaha belajar dari mereka , dan yang pasti kita tidak akan ‘kehilangan maruah diri’ jika belajar dari mereka untuk  memperbaiki kelemahan diri kita!

*“Let us think, they as Challenge not Threat”!(betul ker bahasa aku ni,korang pikirlah sendiri!!)*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: