Semalam bersama Abah…


Dah lama aku tak menikmati keadaan itu…saat aku duduk bersama  Abah sambil mendengar ceritanyer..tentang politik,isu semasa..tentang seni dan cita-cita …

Sejak bekerja ,inilah kali pertama aku dapat duduk berlama-lama dengannya…dulu ketika dibangku sekolah,dialah tempat aku meminta pertolongan jika ada tugasan  berbentuk karangan ,tak kiralah dari subjek Bahasa Melayu , Sastera hinggalah ke Sejarah.

Sebelum sampai karangan ke tangan guruku, Abahlah akan menapisnya dulu, kadang-kadang  jika ada pertandingan perbahasan /syarahan ,dialah yang beria-ia menolong aku , biarpuan ada tika waktunya dia sibuk dengan berniaga ,di bawanya buku dan menulis isi karangan  dan  ucapan untuk  aku  sambil melayan pelanggan yang datang berkunjung di kedai,dan aku akan menyalinnya kedalam buku latihan ,sambil menggaru kepala ,cuba memahami tulisan dan ejaan Melayu lamanyer tu..hihihi

Abah memang  mempunyai pengaruh besar dalam hidup ku,ramai yang kata ,aku ni “Minah Jiwang “ termasuklah “Bos “aku, so korang tahulah dari mana aku warisi sifat itu…hehe

Dan semalam ,kenangan itu tiba-tiba menerpa di ruang ingatan , bila sahaja Abah membacakan sajaknya yang berusia hampir 40 tahun yang lalu,di usianya yang  ketika itu baru 18 tahun.

”Abah tak pandai , tak pernah pergi sekolah ,hanya satu hari ‘join’ dengan orang2 tua masuk ‘Sekolah Dewasa’(alah yang macam cerita P.Ramlee tu…) , kemudian Abah lari terjun sungai! Balik ,kasi tahu kat nenek kamu,baju basah ,taknak pergi sekolah ! haha”

Aku tanya, “Kenapa Abah tak suke pergi sekolah tu?’ ,

”Pasal sekolah tu semua orang2 tua, nak pergi sekolah biasa ,jauh ,dan keluarga Abah tak mampu,hari pertama pergi ‘Sekolah Dewasa’ ,Abah dah boring”

Aku tanya ,”Kenapa Abah boring? Bukan ke sepatutnya abah teruskan  belajar ,dulu bukan senang dapat peluang nak belajar?,aku mula berleter..

”Abah boring sebab masa tu Abah kecik lagi,bercampur pulak dengan warga tua kampong tu dan lagi ,setengah jam pertama je Cikgu tu ajar,  kemudian  dia  bagi Abah kayu pembaris tu  ,dia suruh Abah pulak yang ajar orang- orang tua kat situ, haha..mungkin dia ‘tensen’ Pakcik dan Makcik tu lambat paham agaknyer…haha.Abah pun boring asyik ajar bende yang sama ..dieorang lambat tangkap..Abah pun cabut, terjun sungai hahaha!!!

Aku dah nak tergolek dengar cerita Abah…

Aku bertanya lagi..”Habis , Tok Wan tak marah ker?

“Tok Wan kamu dah “cemuih”(jemu),setiap kali Abah lari dari pergi sekolah ,kalau tak terjun sungai,abah masuk sawah ker untuk kotorkan baju,ada hari tu Abah tangkap udang ,bawak balik terus suruh Tok Wan masak,lama-lama Tok Wan tahulah Abah tak suker pergi sekolah tu…hahaha!

Abis tu , abah belajar tulis dan baca dari mana?

“Abah belajar sendiri..dulu Pak Tam(Abang Abah) kamu, pun pergi sekolah dewasa,selalu dia menghafal kat atas rumah ,Abah duduk bawah rumah dengar dia baca dan mengeja,habis selalu curi2 dengar, Abah pun jadi ingatlah,bila Pak Tam beli surat kahabar ,Abah pun merangkak mengejalah ,dari muka surat depan hingglah ke belakang ,termasuklah iklan-iklan sekali Abah baca..hahaha.. jam tu (masa tu)abah suke conteng kat bawah rumah,masa tu ambik arang ,salin balik suratkhabar yang Abah baca.. lama-lama pandailah! Haha!’

“Ooo..laa macam tuk ker..”

Bukan cerita Abah yang sangat ku rindu,tetapi saat bersamanya kekadang membuat aku syahdu..

Tetiba aku di kejutkan dengan sms dari bos aku yang yang berbunyi bergini:

“Al-Fatihah ,Ayahnda sahabat kita Fazlan ,meninggal dunia  tengah hari tadi.

Semoga rohnya di cucuri rahmat.Amin”

Aku tersentak,terbayang wajah rakan sejawatku Fazlan ,didalam hati berdoa ,agar dia tabah  menghadapi  pemergian insan tersayangnya itu…aku memandang Abah ,abah yang sedang rancak bercerita ,sudah tidak kedengaran suaranya ,tenggelam dengan berita duka itu.. namun aku masih senyum seolah–olah aku mendengar apa yang diperkatakannya …

dalam  hatiku berkata “ Aduh ,kini aku sedang bergelak ketawa bersama Abah ,sedangkan sahabatku pada masa yang sama pula ,meratap hiba kehilangan ayahnda tercinta”,aku memandang Abah ,dan  melempar senyuman palsu,sedang hati ku bertanya “Bagaimana pula aku jika kehilangan insan tua yang ku gelar Abah ini ,satu hari nanti?”

Tanganku sejuk..hatiku berkaca..Oh Abah!

*Ina selalulah balik kampung…tahan je telinga kalau kene leter tu!

5 Comments (+add yours?)

  1. 001beautifulcrazy
    Feb 25, 2009 @ 20:45:56

    aku nak balikla weekend nie… cuti dua hari … tenguk saudara baru dan mak dan abah yang aku sayang bangat tu..

    Reply

  2. kasihfieha
    Feb 25, 2009 @ 20:51:12

    bagus..bagus..hahaha

    Reply

  3. Akmal
    Feb 26, 2009 @ 08:49:55

    Eh…Ina punya dialog tu rasa macam pernah dengar 3 bulan lepas….Tak balik lagi rupanya….

    Reply

  4. noraitusaya
    Mar 28, 2009 @ 16:56:58

    saya sokong… ina buat2 la bertaubat! huhu, aku pun dah jarang balik kg ni. BOD byk ni, habis jer CAM korang mesti rindu aku! Aku nak duduk kg sebulan!

    Reply

  5. kasihfieha
    Mar 28, 2009 @ 18:06:20

    bagus..bagus nora!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: