Alahai Tun!


 

copy-of-dsc05583

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar ini diambil lebih kurang setahun lalu ketika aku menerbitkan ‘Special Episode’ , biografi  Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali  dalam program Anggerik Millenium untuk siaran ASTRO AWANI .

Itulah kali pertama aku bertentang mata ,dengan wanita penting disisi Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed itu. Di awal pertemuan, aku memang agak gementar,maklumlah wanita ini merupakan insan yang paling dekat disisi Tun Mahathir ,Perdana Menteri yang memimpin  negara tumpah darah ku ini lebih 22 tahun lamanya!

Sebenarnya sebelum aku dan team  produksi  dapat  mengadakan penggambaran ini, kami telah pun menemubual beberapa individu penting dan kenalan  rapat dengannya  untuk mengetahui serba sedikit perwatakan serta sejarah hidup beliau.

Diantaranya ialah ,Tun Mahathir sendiri,kakaknya Tan Sri Datin Paduka Saleha ,Tan Sri Hashim (abang),Marina(anak),Datuk Dr.Raj karim,Datin Noorhayati, dan ramai lagi .

img_0233

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berbagai tafsiran  ,komen dan cerita yang kami terima, segalanya tentang wanita ini.

Pandanganku ,dalam hampir 3 jam pertemuan kami ,aku dapat melihat sifat lemah lembut yang sangat ketara dalam dirinya …senyuman pula tak pernah lekang dari bibir membuatkan sesiapa sahaja merasa selesa,hilang terus perasaan gugup dan gementarku ketika  itu.mungkin sifat ini lah yang mencairkan hati  suaminya suatu waktu dahulu..

Walaupun temubual yang dijadualkan selama 45 minit berlarutan hampir dua jam,beliau langsung tidak nampak keletihan ,malah cekap, menjawab segala pertanyaan yang diajukan .

Ramai yang kurang tahu tentang wanita ini berbanding suaminya Tun Mahathir, sememangnya  yang kita sedia maklum. 

dsc05611

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bekas Wanita Pertama Malaysia  ini merupakan seorang daripada doktor wanita yang pertama di Malaysia dan merupakan Pegawai Perubatan wanita pertama di negeri Kedah,beliau juga antara pionner pegawai kesihatan dalam latihan bidang kampung ,kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak .

Sepanjang menjadi isteri perdana menteri , banyak  agensi kerajaan ,persatuan wanita dan NGO’s di terajuinya ,khusus untuk memastikan golongan wanita  turut memainkan peranan penting dalam kemajuan negara.

Bagiku  beliau mempunyai ketokohan tersendiri u bukan hanya bersandarkan popularity suaminya  semata-mata !

Sambil disulami jenaka dan gelak ketawa ,perbualannya  tidak langsung memperlihatkan jurang antara kami ,seperti melayan anak sendiri.. dgn nada berseloroh beliau berjenaka “ My dear I’am like ur grandma,u know!” hahaha

Tepat jam 1 tengahari beliau meminta diri ,katanya untuk ‘lunch’ bersama suami tercinta. Kami pula bertambah ‘excited ‘  bila mengetahui Tun Mahathir juga ada di pejabatnya ,apalagi terus kami  meminta keizinan beliau untuk bergambar bersama Tun Mahathir  di akhir pengambaran .Beliau tersenyum ,dan berkata akan cuba memujuk suaminya  itu,setengah jam kemudian…

 beliau tiba bersama Tun Mahathir ,dan terus memperkenalkan kami  kepada bekas pemimpin negara itu.

dsc05657

 

 

 

 

 

 

 

 

 Apalagi  seronok bukan main lagi ,aku dan team,tak puas bergambar,aku meminta  “million dollar shot” ,dimana mereka yang ketika itu duduk bersebelahan ,ku minta memegang tangan masing-masing ,saja nak bagi nampak romantik,..padahal dalam hati ni risau gak kalau permintaan itu tak disenangi …

Dengan nada berseloroh Tun Dr Siti Hasmah  berjenaka “Haha..u know this little girl ask me how was our love story looks like just now,..haha”

Tun Mahathir tersenyum  sambil berkata …”Alah dah tua-tua ni ,..cerita lama…haha” lantas mereka pun bertentang mata sambil terseyum ,dan mereka akhirnya berpegangan tangan!

img_0314

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Haai..how  sweet ,what a lovely couple!

img_0315

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selesai penggambaran ,kami bersalaman dan Tun Dr. Siti  Hasmah sempat  berjenaka lagi pada ku..

“Come my little girl,u should proud of ur self ,muda-muda lagi dah jadi producer” lantas memelukku…hehe jangan jeles! Dalam hati kalau die tahu ramai lagi producer mude kat FM ni ,mesti beliau terkejut,ramailah lagi yang akan jadi her ’ little girl’! haha.

Buat kawan kawan yang akan bertemubual dengannya  nanti..

Gud Luks! aku ucapkan ,semoga wanita istimewa ini turut meninggalkan kenangan manis buat  kalian!

dsc056172

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 **********************************************************************************

 

 

 

6 Comments (+add yours?)

  1. 001beautifulcrazy
    Mar 17, 2009 @ 00:15:07

    KAU MEMANG SENGAJA TAK MAHU BAWAK AKUKAN… KAN AKU KATA NAK IKUTTT!!!!! ARGHHHHHHHHHHHH…

    Reply

  2. kasihfieha
    Mar 17, 2009 @ 13:34:16

    Maaflah ina,aku cal ko tak angkat..terpaksalah aku dahulukan mana yang ada ..

    Reply

  3. muteaudio
    Mar 22, 2009 @ 02:41:59

    TSH tuntut hutang nko kat dia. Baru aku tau puncanya nko segan nak pergi. Sebab x bayar hutang DVD kat dia kan? Baik nko pegi mengadap cium lutut. Kalau dah org tua minta, tak baik menafikan permintan diorang.

    Reply

  4. 001beautifulcrazy
    Mar 23, 2009 @ 22:01:23

    Harapan gelap bila aku tahu… Untuk Tun Mahathir pun aku tak berharap…

    Reply

  5. kasihfieha
    Mar 28, 2009 @ 17:59:18

    muteaudio,

    hutang sudah dibayar! hehe

    Reply

  6. tunbegia
    Mar 18, 2010 @ 08:15:23

    nice tun story,

    salamm,

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: