Aku plak yang accident …Malang betul!


 

image305

Jam:7 petang

Tempat : Roundabout Sek 17 .

Petang tadi aku ke sek 17 untuk berjumpa seseorang atas urusan kerja ,otw balik  aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas dalam roundabout  nak ke sek 7 Padang Jawa tuh, biasalah dah dalam jammed tu semua kereta macam semut..

Ada sebuah treler  besar nak masuk jalan aku,dalam hati sempat lagi aku berbisik “besar betullah treler ni”,aku yang tgh syok layan lagu, tetiba dikejutkan oleh satu hentakkan di sebelah kanan aku,memang terkejut siot bila tengok kepala treler tu yang 3 inchi je dari pipi aku! Kaki dah start mengigil,treler yang dah melekat kat sebelah aku tu siap  nak jalan  lagi kat depan ,aku dengan cepat-cepat membunyikan hon keretaku itu berkali-kali,bimbang kalau treler sebesar alam tu tak perasan yang dia dah langgar kereta aku !

Mungkin dah sedar dia dah langgar ‘bumblebee’ kesayangan aku tu cepat-cepat dia berundur,dan pemandunya turun ,apa lagi bermulalah sesi ‘bertekak’ aku dengan mamat yang bermuka ‘simple’ tu!

Pemandu bermuka ‘Simple’:”Saya dah bagi signal ,pasal awak tak bagi jalan?”(dengan muke bengang)

Aku:”Awak ni sekolah ke tak sekolah? Awak masuk jalan saya ,tunggulah sampai orang bagi masuk baru awak masuk!”

Pemandu  bermuka ‘Simple’:”Dah nampak lori sebesar ni patutnya awak bagilah jalan!”

Aku:”Hei! Awak tak nampak ke sekarang tengah jammed,kat belakang saya bersusun kereta ,yang awak tetiba masuk  jugak apa hal! Sekarang macam mana ? Ni salah awak ! Bukan saya!”

Pemandu bermuka ‘Simple’: “Alah  Cik Kak, bukannya teruk pun ,sikit je!”

Aku:”Sikit ko kate! Kalau sikit bayarlah!”

Pemandu bermuka ‘Simple’: Sekejap saya park treler ni kat sebelah sana, nanti lagi teruk jalan jammed ni ..

…aku pun terus alih kereta ke tepi jalan, pemandu lori tu terus bawa lori dia ,konon nak park kat  seberang jalan ,rupanya die bantai ‘cabut’!

Aku plak tak sempat ,nak amik plat no treler tu ,aku da lembik lutut ,terus call bos,dan kawan-kawan ,apalagi segerombolan datang , ingatkan accident tu teruk! Lawak gak, tapi aku bersyukur ,aku selamat,kawan2 datang bagi sokongan ..terima kasih semua! Sejuk skit hati aku..hehe

Nilah first time aku terbabit dengan kemalangan dengan lori /treler ,memang gerun giler! Bukan apa saiz dia, punya lah besar, kalu di lenyeknye aku,terus jadi lempeng !

Tengah -tengah gawat nie nak kene , keluar duit lagi…huh!

Aku dah berkira2 nak balik kampung malam ni , dah tak de semangat nak balik kampung dengan kereta yang kemik macam tu,confirm kene leter dengan Pak Ucop(abah aku)! Kebetulan kakak aku pun yang nak kirim barang kat org tua kami pun datang ,sempatlah die leterkan aku sebakul -dua..

image306

Pengajaran dari kemalangan ini ialah:

*JANGAN GELABAH ATAU PANIK! RELAKS!

*LAIN KALI ,CEPAT-CEPAT AMBIK  PLAT NO KENDERAAN YANG LANGGAR KITA TU !

*KALAU SEMPAT AMBIK NAMA N NO TELEFON  ,ORG YANG LANGGAR KITA TU PUN, CANTEKK!

*KALAU ADA CAMERA ,AMBIKLAH GAMBAR KENDERAAN  DAN MUKA MAMAT YG LANGGAR KERETA KITA TU (hs aku  takde batt palk masa tu siot btul!!)

*TETAPI INGAT KALAU ORG TU LANGGAR BELAKANG KERETA KITA,DAN TIME TU TAKDE KERETA LAIN ,JANGAN TURUN DARI KERETA (TERUTAMA PEREMPUAN ) MANALAH TAHU MALANG TAK BERBAU,KANG DENGAN KERETA DGN TUAN KERETA DI BAWAKNYA LARI!

*JANGAN PERCAYA ,KALAU YANG LANGGAR KITA TU NAK ALIHKAN KENDERAANNYA,KALAU BLEH LEPAKLAH KAT TEPI KERETA DIA ,HAHA!

SO BILA KITA DAH BUAT SEMUA DIATAS,CONFIRM ORG TU TAK LEH LARI!

 dan aku harap orang lain juga turut mendapat pengajaran atas kejadian yang berlaku padaku.Yang pasti ,aku tak jadi balik kampung hari ini, dan pagi esok kene pegi ‘workshop’ ..tiba-tiba sms aku berbunyi…

“Jangan risau k,asalkan sayang selamat,itu dah memadai..jap lagi Ayang masukkan duit, esok pegi setelkan kereta.Dahh..pegi mandi n tidur,tak payah pikir apa-apa lagi”

aku tersenyum,fikiran melayang jauh ke wajah manis ‘Si Dia’ yang jauh,ahh..tetiba hati terasa lega,senyumpun berbunga!

*Khabar mengejutkan, x-boss aku pun mengalami kemalangan hari ini , dalam perjalanan ke kawasan pilihnraya,syukurlah dia tak apa-apa! Ironikan?

3 Comments (+add yours?)

  1. noraitusaya
    Apr 04, 2009 @ 02:05:30

    Ha lain kali berhati-hati yer… Kete aku pun dilanggar gak 2 hari lepas. Die reverse punye reverse, hentam kete aku. Aku cun jer lepak dlm kete, tetibe aku dgr ijan menjerit! Hoi! Sekaligus dgn anjakan paradigma disodok kete tu…Tapi tak der aper2…

    Reply

  2. syirfan
    Apr 07, 2009 @ 08:04:23

    bawak kereta baik-baik!

    Reply

  3. kasihfieha
    Apr 07, 2009 @ 23:20:14

    Baek! Thanks bang!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: