Kalaulah…


Oleh:NOORFIHA KASA

1.PEKERJA BEKERJA DARI RUMAH.

-ia akan dapat menjimatkan kos yang di tanggung majikan ,contohnya sewa premis,api ,air malah pembaziran pun kurang sebab kalau dah staff keje kat rumah sendiri ,mesti dieorang pun reti nak berjimat,maklumlah harta sendiri.

2.MAJIKAN HANYA MENANGGUNG GAJI PEKERJA,ELAUN KENDERAAN ,TELEFON DAN ELAUN ELEKTRIK.

-hah,bagi je sebiji laptop  dan internet kat staff,dari rumah,macam2 keje boleh buat ,elaun telefon di “limit”kan supaya tak timbul soal staff ‘bergayut tak hinggat’ dengan individu yang tidak sewaktu dengannya ! Jimat sebab kalau kat ofis kesedaran sivik staff masih di peringkat terendah,kejadian air dan elektrik di biar tak bertutup,satu senario biasa ,dalam otak mereka tu sume tanggung jawab majikan! Tambahan pulak kalau dieorang guna kereta sendiri,dieorg lebih berhati-hati dan cermat,bukan macam kereta company yang di lenjannkan!!!

3.MAJIKAN TAK PERLU MENANGGUNG KOS , UNTUK MEMBELI DAN ‘MAINTANANCE’ KELENGKAPAN PEJABAT.

-haha..ini pun kira jimat gak,majikan takyah nak beli dan dan menaggung kos pembaikkan perabot dan kerusi meja ,pintu,toilet,aircond dan macam-macam keperluan pejabat yang lain .

4.MAJIKAN DAPAT MENGELAKKAN SEGALA SKANDAL DAN POLITIK DALAM PEJABAT!

-maklumlah bila dah ramai-ramai tu ,mestilah macam2 citer dan isu yang timbul.Staff bertumbuklah,beromenlah,mengumpatlah sumer tu boleh di elakkan..wuarghhh!!!

5.STAFF PUN DAPAT BERJIMAT,DARIPADA MEMBELI PAKAIAN BERJENAMA DAN CANTIK UNTUK KE PEJABAT!

-haha…kalau kat rumah , wat keje pakai ‘baju kelawar’ pun orang tak kisah,tak payah beli alat solek ,beg ,kasut dan baju baru hanya kerana mahu tampil menarik bila ke pejabat,sebab selalunya pakaian yg kita pakai kat rumah lebh selesa dan murah! Tul Tak?

6.DAPAT MENGELAKKAN DIRI TERPEDAYA ,UNTUK MAKAN DILUAR.

-makan di rumah ,sudah pun terbukti sebagai satu tabiat yang baik ,bila dah berkerja di rumah,kita takkan mudah terpedaya nak makan itu dan ini ,sebabnya kat rumah kita selalu masak sendiri dan makan apa yang ada jer..kebersihanpun terjamin! kos perubatanpun rendah!

…hmm kalaulah penulis dapat bekerja dari rumah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: