Semalam yang penuh makna!


Aku tak dapat langsung melelapkan mata..tapi aku rasa mengantuk sangat..pelik?

teringat teman lama yang kutemui semalam…

ahh..lain benar kelibatnya..dalam hatiku..”Nampak susut,tak sihatkah dia?’

Namun senyum dan tawanya tetap seperti dulu…cuma cerianya tidak lama..

Aku merenungnya dalam-dalam,bila dia mula menyalakan api rokok itu,pandangan di lemparkan jauh..

Aku renung lagi …”Kenapa?” tanya ku ..setahu aku sudah lama dia tinggalkan tabiat itu..arghh itu 5 tahun dulu..berubahkah dia?

Dia mula menukar topik dan bertanyakan,tentang kerja dan kehidupanku kini…akupun mula bercerita …dia mendengar,menganguk dengan pandangan kosong…aku kecewa…

Kenapa? aku sedikit mendesak! kali ini lebih keras lagi,aku mengajukan soalan bertubi..tubi! dia nampaknya mengalah ,direnung aku,ku lihat matanya sedikit berkaca! Ahh..adakah lelaki ini bakal menangis di hadapanku?

“Abang dah sasau agaknya”…sambil tersengih ,dia tak mampu berdiri..aku ikut sama terduduk ,hatiku penuh debaran dan tanda tanya ,dalam otak ku ligat mengagak apakah sebenarnya yang membebaninya,anaknya sakit?isterinya curang? dibuang kerja? segalanya-galanya membuatkan debaran ku makin memuncak ..kali ini aku desak dia bercerita..

kali pertama..gagal

kali kedua..gagal

ketiga…juga gagal

tiba-tiba telefonnya berbunyi…dia memberi isyarat untuk menjawab panggilan tu…aku memang tak puas hati!

kulihat lagaknya lagi,sekejap duduk ..sekejap berdiri…

sebentar kemudian dia kembali kepadaku…”Abang saya menunggu” tanyaku sambil memandang tajam ke arah matanya..

“Entahlah Fiha,ini soal maruah diri dan anak-anak,abg sanggup buat apa saje untuk mereka,nanti Fiha kawin jgn jadi macam apa yang Abg lalui ni”….

sukar benar kulihat dia hendak mengeluarkan kata-kata ,aku menganguk..

“Sukar bagi seseorang lelaki menerima ,jika di katakan tak mampu memenuhi keperluan kelurga,apatah lagi kata2 ini tu datangnya dari seorang isteri!”…dia terdiam sekejap..lalu menyambung,”kadang -kadang abg rasa isteri abg tak mahu rasa susah bersama abg,mgkin sebab masa dia kenal abg dulu,hidup abg boleh tahan”….kali ini kata2nya terhenti ,menekup muka dan beristighfar….

aku tertunduk..ahh masalah suami -isteri rupanya…

“Biasalah bang,hidup berumah tangga,memang macam tu,..relakslah”

“Fiha tak faham macam mana abg rasa …sebelum kawin ,dulu dia memang tak tunjuk langsung ‘true color”,bila abg tengah susah ,lagi banyak dia mengadu itu tak kena – ini tak kena …sampai libatkan -anak-anak,abg sedih”,abg macam dah tak kenal siapa diri abg ni,semua benda jahat dulu sebeum kawin sume abg terdorong nak but balik,kecewa dengan diri sendiri!”

“Ish tak baik abg macam tu..” aku pun mula bercerita bagaimana dia ,dahulu di awal perkenalan kami hampir 5 tahun dulu,betapa dia seorng sangat sederhana,jarang meninggalkan solatnya, ceria,ketawanya membuat semua orang ketawa..

“Abang selalu bertanya kepada diri Abg,Abg ingat Abg ni “gente”(tabah,kuat)kenapa dugaan sekecil ini pun abg tak mampu nak handle,Abg hanyut..”

…aku menyambung,”Abang ada girl fren yea?” memandangnya sambil tersenyum…

Dia mengangguk ,”kekadang abg rasa ‘Dia’ lebih mengenali Abg ,dari isteri Abg sendiri,dialah tempat abg berkongsi cerita ,dia tahu susah senang abang ,abg rasa dier dah jadi sebahagian dari hidup abg”

Aku tak puas hati “Berapa lama Abg kenal dengan dia ?Macam mana Abg boleh cakap macam ni ,sedengkan abg kenal isteri abg dulu dari dia,dah dap 3 orang anak pun” aku sinis..

“Abg dah lama sabar,semuanya Abg pendam,abg tak suker bergaduh,anak-anak jadi mangsa!”

“Kalau dah sayang,apa lagi ,kawinlah?”

“Dia,mintak breakoff,2 bulan lalu,sampai katanya ,cinta dia pada Abg takkan kemana,tapi dia akan sentisa bersama abg, sekarangpun di saat abg menghadapi semua ini, dia masih hubungi Abang,bercakap denganya ,abg rasa tenang sangat”…

“Saya rasa ,Abg dah jatuh cinta niee,dia pun sayang giler kat Abg, sayangnya, cinta tak semestinya bersatu,die perlu fikirkan masa depannya ,kelurga Abg,kelurga dia, dia berhak dapat yang terbaik dalam hidupnya…”

lelaki ini  menunduk…”Entahlah fiha,abg rasa tak boleh lepaskan dia,Abg ingat Abg boleh,tak sanggup…tak sanggup ,Abg rasa kalau abg lepaskan dia ,Abg lepaskan dia pada orang yang salah!” …

“Maaf yea,dah lama kiter tak jumpa ,pastu Fiha kene dengar plak sumer ni”..

Aku tersengih…”Tapi bang,kekadang Tuhan tu nak duga kita dengan sumer ni,mungkin apa yang kita ada itulah yang terbaik untuk kita,cume kita yang tak sedar sumer tu”.

dia mengangguk…”Mungkin betul apa yang fiha cakap ,Abg cube buat yang terbaik untuk diri abg,untuk keluarga abg ,untuk dia”…”Fiha tahu,lagi 2 minggu ‘dia’ akan kawin, abg btul-btul tak tahu camner nak hadapinya…

“7 tahun kami kenal,dah 3 tahun kebelakangan inilah ,Abg rasa dialah penghibur Abg,pengubat luka…segalanya fiha” kali ini ,dia tertunduk ,aku lihat gugur jua airmata lelaki ini ..

kecewa benar dia…bertuah betul gadis yang dicintainya itu…kerna aku yakin sayangnya bukan main-main..

aku percaya bukan semua lelaki itu mahu cari perempuan lain biarpun dah beristeri hanya untuk suka-suka, bukan hanya nafsu semata ..malah mereka juga insan punya hati dan perasaan…mahu di fahami dan di mengertikan !

dia kemudian memandangku ,”Abg harap fiha tak salahkan Abg, kita tutup citer ni,kita citer pasal Fiha pulak k,cuma Abg harap Fiha kawin nanti jaga perasaan suami k,kadang-kadang lelaki tak tahu macammana nak luahkan apa yang dia rasa,dan mengharap pasangannya mengerti,itulah kelemahan lelaki”

dia tersenyum..kali ini lebih manis dari tadi!

benarlah ,kerana sayang dan cinta ,lelaki pun boleh jadi seteruk ini …

hatiku terasa sebak ,entah kenapa ,fikiranku melayan entah ke mana..

melihatkan aku terdiam sendiri,tetiba dia berkata lagi..”Abg tak mengharapkan Fiha faham ,mungkin sekarang Fiha tak mengerti apa Abg lalui ,mungkin ia semacam alasan atas kesalahan Abg sendiri..”

‘Takpe bang,saya sangat faham,juga sangat mengerti ” tertunduk aku,sebak menghimpit dada..

Semalam yang penuh makna!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: