Aku didajalkan!


image3021

SHAH ALAM ,21April-Seorang wanita hampir ‘pengsan’,apabila diserbu beberapa orang lelaki ,yang bertujuan mahu menangkapnya  dan membawa wanita  itu balai polis seksyen 7.Mangsa yang terpinga-pinga apabila dia dituduh sebagai pembantu rumah warga asing yang menyamar sebagai penerbit rancangan TV bekerja di sebuah syarikat produksi berdekatan . Seorang dari lelaki itu berkata,”Betul,saya dah lama ,perhatikan ‘dia’ ,memang muka dia mirip wanita yang dikehendaki polis dan pihak imegresen ,tak percaya ,cuba awak tengok gambar ‘dia’ dalam risalah ni!”

Sejurus melihat risalah berkenaan wartawan dan polis bertugas ,menepuk dahi masing-masing dan segera memohon maaf kepada wanita berkenaan dan berjanji akan menangkap ‘dalang’ yang cuba membuat ‘onar’ dalam hidup wanita terbabit!.

image3341

Wanita yang pucat lesi tadi, bertukar berang ,apabila mengetahui ,ada rancangan jahat untuk untuk menjatuhkannya.Mangsa yang tidak berpuas hati dan bimbang  jika perkara yang sama berlaku kepada orang awam yang lain bertindak mengikut pihak polis untuk memberkas ‘dalang’ terbabit.

Lebih kurang 2 jam kemudian, mangsa dan pihak polis berjaya memberkas ‘dalang ‘tersebut  yang ketika itu sedang ‘seronok’ melakukan ‘jenayah tidak bermoral’ itu . Turut dirampas dalam serbuan itu ,beberapa risalah dan gambar -gambar mangsa  yang lain.Wanita terbabit yang kebetulan dapat mengecam mangsa-mangsa lain segera menghubungi mereka.

image3011

image319

‘Dalang’ yang berjaya diberkas itu  merupakan seorang lelaki lewat 20-an ,berasal dari Johor serta bersuara mirip penyanyi Jamal Abdillah , serta rakan subahatnya seorang wanita comel ,juga berasal dari Johor dan berumur awal 20-an.Ketika ditangkap mereka kelihatan tersengih-sengih dan terkulat-kulat ,apabila menyedari mereka terperangkap dan tidak dapat melarikan diri lagi!.

image28421

Lelaki terbabit  akhirnya mengaku bersalah ,dan di jatuhi hukuman denda ,dengan membelanjakan separuh dari gajinya untuk menangung kos serta sewa bilik  karaoke mangsa-mangsa yang dianiayainya,dan di hukum menyanyi dengan sebelah kaki sehingga pagi,manakala wanita ,rakan subahatnya pula didenda sebanyak RM100 ,untuk bayaran tiket wayang mangsa-mangsa terlibat selama seminggu.Haha..ambik kau!

Setelah mendengar hukuman di bacakan ke atas mereka,’pendajal’ ini masih memberikan pose menarik di depan lensa wartawan ,dan tersenyum ‘manja’! Hampeh!

image2862

6 Comments (+add yours?)

  1. syahrilkadir
    Apr 21, 2009 @ 19:00:59

    rasanya bakat yang korang ada ni leh proposed kat channel manager…buat realiti show…siapa yang juara leh jadi HOD kat FM, muhahaha

    pada suspek yang tertangkap tu, harap cepat siapkan pasport sebelum dihantar ke Pusat Imigresen Semenyeh, jangan lambat baiyyaaaaaaaaa

    Reply

  2. razlan abdillah
    Apr 21, 2009 @ 19:13:20

    saya rasa dua org pendajal yang diberkas ini juga turut menjadi mangsa pendajal yang sebenarnya…jika dilihat dari paras mereka yang bersih lagi jernih, bukan mereka yang melakukan onar ini..saya harap wanita pucat lesi diatas dapat memberikan liputan yang lebih adil…

    Reply

  3. kasihfieha
    Apr 21, 2009 @ 19:18:50

    ‘wanita yang pucat lesi’ merupakan mangsa keadaan ,kejadian tersebut benar-benar menginsafkannya dirinya…’pendajal sebenar’ adalah mereka yang memulakan ‘onar’ bukan menambah ‘onar’ .Sekia..hehe

    Reply

  4. 001beautifulcrazy
    Apr 21, 2009 @ 21:42:40

    wanita pusat lesi itu telah tengok wayang lima kali seminggu…. kakakaka… untuk menghilangkan stress katanya.. jangan marah … i luv u..

    Reply

  5. razlan
    Apr 25, 2009 @ 15:52:33

    bukan setakat tengak wayang 5 kali seminggu, beliau turut dipercayai cuba menghasut rakan-rakannya agar menghabiskan duit masing-masing dengan berkaraoke…huh..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: