aku dah pulang…


baru sampai semalam ..dgn keadaan penat..dan mengantuk..

memang shooting kali ni berlainan sangat dengan shooting lain yang penah aku handle..

kali ni program yang menjadi ‘tanggungjawab’ aku ni lebih senang dari segi skripnya , sebab 2 org talent yang menjadi talent rancangan ini ,Azrul dan Che mat memang pandai ‘goreng ‘ …lawak depa pun boleh tahanlah aku tengok..

kali ni di temani dengan seorang director dan 2 orang pembantu teknikal …aku agak kekok sikit , bukan apa kerja aku banyak melibatkan hal pengurusan depa , dari segi makan ,minum ,wardrobe dan penginapan sume aku jaga …

jujrnya …aku sikit kecewa dan terkilan ,biasanya aku yang yang menerbitkan dan mengarah dalam semua program yg aku pernah handle ..dari A sampai Z..semua aku buat! sebab tu aku sangat puas bekerja sebab aku buat dengan  hati..minat dan imiginasi…

aku tak menyalahkan sesiapa ..tapi aku rasa aku makin hilang minat untuk bekerja …kerana menjadi produser dengan terlibat dari peringkat pre-pro dan post pro sahaja bukan minat aku…

ada yang kata..ini mungkin hanya permulaan kerana aku masih blom biasa..tapi inilah hakikat yang aku rasa…

ada yang kata ….aku boleh pergi jauh dalam bidang ni ,jika aku bersabar sedikit sahaja lagi…tapi aku rasa sabar aku tak membawa aku kemana-mana!

ada yang kata…mungkin aku suka berkerja sendiri bukan dalam bentuk berkumpulan begini…tapi tanpa mereka ,aku akan rasa sunyi!

ada yang kata …disini bukan tempat aku,mgkin di tempat lain aku boleh berjaya lagi..tapi kemana lagi aku hendak pergi?

ada yang kata …berhentilah berangan dan bersyukur dengan rezeki dan kurnia Tuhan…aku terdiam….lama …dan berhenti menulis entry ini..

1 Comment (+add yours?)

  1. anna
    May 19, 2009 @ 16:29:02

    sabar…nih projek apa sampai besar team…?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: