AZHARY…the making!


1 tghari-

Krew kami sudah terpacak di RTM Penang.

Tujuan ? Bagi mempromosikan album ‘Puisi Jiwa’ …album yang bertemakan ketuhanan,kemanusiaan ,keamanan,dan keinsafan…

AZHARY- seorang ‘sahabat’,’rakan sekerja’, dan merupakan individu yang memegang peranan penting dalam penghasilan album ini.Beliau adalah komposer serta penyanyi baru yang cuba bertapak dalam industri !

DSC00612

Sebenarnya ,album ini lebih merupakan sebuah kompilasi lagu-lagu tema dokumentari yang pernah di terbitkan oleh FM Production Content Provider ASTRO.

UNIK – Lirik-lirik lagunya di cipta oleh Penerbit rancangan tersebut malah Pengarah Kretifnya sendiri Zainal Rashid Ahmad ,merupakan tunggak utama yang menyumbang idea yang turut mengheret,nama-nama seperti Syahril A.Kadir,Syirfan Mitra Indra Surya dalam penghasilan lirik yang puitis,syahdu serta mempersona untuk dihayati makna kisah dan makna tersirat didalamnya …

Dalam temubual pagi ini , Azhary di temu bual leh DJ YY, aku dan krew turut secara tak langsung membantu dalam mempromosikan album ini serta penghasilan clip video ‘ killer song ‘ album ini iaitu “Citra Manusia”…bak kata DJ YY,  ” Sempoi betul lagu ni…syahdu sangat”..

DSC00776

Aku tertarik  dengan satu  jawapan yang di berikan oleh teman sekerja ku  Azhary ,ketika di tanya apakah harapan beliau  sebagai penyanyi  album tersebut,…

Saya tidak anggap diri saya ini penyanyi lagu-lagu terbabit…tapi sebagai penyampai mesej kepada pendengar melalui lagu-lagu tersebut,bukan hanya sebagai penyanyi “

mendengar jawapan darinya …aku bangga!

Mutiara FM..Segalanya UntukMu!

Image336

Advertisements

Berkelana ke utara…


Sudah lama blog aku ni tak terusik…jadual pengambaran yang agak padat kali ini ,benar-benar buat aku keletihan..

Kali ini aku di pertanggungjawabkan untuk menerbitkan sebuah program yang agak unik juga ..bergelar”Penglipurlara”.

DSC00696

Mujur aku di temani seorang Penerbit muda yang akan sama-sama bersamaku menerbitkan program ini…cantik orangnya,bijak…semangat pun kira boleh tahan juga..hehe.

Image359

Dari Kedah,dan Penang kami akan merentas lautan ke Pulau Langkawi (hehe..dekat jer),kemudian ke Perlis dan akhirnya ke Kelantan .

Tak banyak,yang boleh aku ceritakan disini ,namun aku berjanji ..rancangan ini sememangnya akan membawa kelainan..

Jika ada masa tersisa,aku menulis lagi..hehe

Mohon undur diri..ada tugasan menanti!

*Dibawah ini ku kongsikan beberapa gambar yg sempat dirakamkan sepanjang penggambaran ini.

DSC00642

DSC00498

DSC01030

S5035531

tak lama lagi rupanya…


pagi tadi aku di kejutkan dengan sms dari kakak ku..

“jadi tak kamu kawin nih? Mama kata kamu macam main-main..asyik sibuk memanjang..,Kak Lin tak keje sekarang,kalau ada yang Kak Lin boleh buatkan kamu anta ke rumah esok.Apa lagi yang tak setel?”

aku dah terkedu…laa..dah nak masuk bulan 7 rupanya ..bermakna lagi 3 bulan aku kan jadi iseri orang!

Arghh..aku dah mula kelam kabut..

“Barang dah beli sikit-sikit,takpelah nanti kalau ada yang Akak nak mintak tolong, akak call,bz sikit sekarang ni ,minggu depan dah nak kuar shooting,tak sempat lagi,hehe.Anyway thanks!

harap-harap sms tu sudah cukup melegakan kakak ku itu..

Segera aku telefon Mama,

“Hello Mama,watper?”…suaraku di pagi yang ceria..

“Haha..Mama baru nak cal kamu”…

“Naper”?..aku dah cuak…

“Nanti masukkan sikit duit dalam akaun Mama,nak bayar upah orang baiki tangga rumah kita ni? Mama dah bg Rm1000 kat dia,sekarang dieorang tengah buat la tu”..patutlah bising betul bunyinyer…

kata Mama lagi ” Hujung bulan ni kamu balik ,siaplah tangga tu..hehe” gembira betul nada Mama..

aku pun tergelak sama..akhir perbualan itu betul-betul membuatkan aku kecut perut!

kata Mama..”A’ah Abah pesan ,dia dah mintak orang Masjid tolong masa kenduri kamu tu…jangan tak jadi pulak!”

huhu…jantung aku berdegup kencang…

Argghhhhhhhhh Makkkk Aku Takuttttt!!!!!!!!!!

Jika satu panggilan itu…


“Hello asmekum Abah…sihat ke? Batuk dah ok?..

Abah gelak..”Dah ok sikit,naper call?”

“Abah tahu tak hari ni hari apa?”..tanya ku.

“Emmm…emmm Hari Bapa..kot?..hahaha Abah gelak..

“Selamat Hari Bapa ,Abah!,terima kasih jaga akak selama ni,semoga Abah dipanjangkan umur dan di murahkan ,rezeki”..

aku cuba menahan perasaan,namun getaran dari suaraku itu..nyata mengundang  sebak  di hati Abah..

lama Abah terdiam…aku tetap setia menunggu ..kemudian..

“Ehm..terima kasih ‘sayang’,..ingatkan dah lupe”…

aku tak dapat lagi menahan airmata yang jatuh berjujuran ..buat pertama kali sejak aku dewasa ini ,tak pernah dia memanggil anaknya dengan panggilan ‘sayang’…

dalam sesak dada menahan tangisan ,aku bagaikan terbuai…

terasa aku kembali menjadi anak kecil,yang sentiasakan mahu bermanja dan dibelai dengan  kasih sayangnya…

“Akak..kenapa tak balik lagi,banyak kerje ke”…Abah menukar topik perbualan ..lamunan ku dimatikan..namun aku tahu Abah juga berperang dengan emosi sendiri…ditambah dalam keadaan ini ,dia amat memerlukan aku disisi…

“Ada keje ,sikit lagi baliklah,Abah tidurlah dulu,biar Akak sembang dengan Mama pulak”

“Yelah..yelah..jangan balik lambat sangat ,kene angin malam nanti kamu pulak yang sakit..ok jap Abah panggil mama”…telefon berpindah tangan.

rasanya Abah pun tak mampu berbicara denganku lebih lama…

“Mama,berniaga ok tak?”

“Alhamdulillah,kurang sikit dari awal dulu,musim cuti sekolah agaknya ,tapi lega sikit Abah dan semakin ok”…pun suara mama berlainan,katanya selepas bercakap dengan ku ,Abah terus ke dapur…mugkin bimbang emosinya kelihatan..

“Abah seronok sangat ,anak-anak ingat dia..hehe”..Mama cuba berjenaka..

aku tersenyum ,jiwaku hening…mataku kabur

Tuhan.. maafkan aku!

******************************************************************

jika satu panggilan telefon ,mampu menunjukkan tanda kita menghargai mereka …

jika satu panggilan telefon…mampu mengabulkan doa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan kita ..

jika satu panggilan telefon ..mampu membuatkan kita  menangis mengenangkan kasih sayang mereka …

jika satu panggilan telefon …mampu menghadirkan airmata kesyukuran..betapa bermaknanya  kita menjadi anak mereka..

kenapa tidak di mulakan ..

satu panggilan..tanda cinta,sayang dan penghargaan kepada mereka!

*******************************************************************

P/S: Panggilan itu di buat ,setelah seorang teman mengingatkan dan menyedarkan ku…betapa bermakna sebuah panggilan telefon kepada ibubapa sebelum memulakan hari kita, ini bermakna,’mereka ‘,letaknya dihadapan sebelum semua perkara…kejayaan hidup tak bermakna ,jika kita tidak mengingati mereka..kerana dari doa merekalah kejayaan itu datang kepada kita…

tidak perlu tunggu ‘Hari Bapa’ baru kita hendak mengucapkannya …setiap hari yang kita lalui itulah, hari bertambahnya usia mereka dan usia kita …mungkin kerna ‘Hari Bapa ‘ yang jatuhnya pada 21 hb itu ..terlalu lambat untuk mereka ..,jangan  pula kerna menunggu tarikh itu kita tak berkesempatan ucapkan penghargaan kita …

entry ini juga ditujukan oleh  teman rapat ku ini…katanya ,’Jika ayahku ‘masih ada’ tentu dia turut menunggu panggilan itu…

tertunduk aku..terima kasih  Tuhan kerna , kau hantarkan ‘dia’ menyedarkan aku…

tunggu aku…


9 Pagi-

tadi pagi aku dikejutkan panggilan dari Mama..

katanya ,call balik dr masa sejam lagi..

aku terus bangun ,mandi dan terus ke ofis..

tepat jam 11 terus aku call mama…tak sabar nak tahu apa yang berlaku..risaunya aku bukan kepalang.

“Hello Ma,kenapa suruh kakak call?”

“Tadi Mama baru bawak Abah kamu pergi hospital check..Abah batuk berdarah,doktor bagi ubat ,kalu tak reda gak dalam seminggu,kene tahan ward”   …aku dapat rasa getaran dari suara  Mama..

“Jangan risau ,nanti apa-apa  Mama inform,a’ah tadi cina yg nak buat rumah kita tu ada datang,tgk barang2 yg kamu beli tu..katanya akan start buat minggu depan”..Mama mengalih tajuk perbualan..

perbualan kami terhenti, bila mama kata nak pergi kedai,selepas hantar Abah kat rumah..dalam hati ku “kesian Mama,berkejar- ke sana ke mari”..

11 malam-

aku call handset Mama..tak berjawab

mungkin Mama dah tidur agaknya …penat berkerja seharian..

ku cuba call no rumah pulak..lama ..

“Hello,siapa tu?”,ku kenal benar suara itu..suara yang ku rindu selalu..

“Hello ..Abah, kakak  ni ,Abah camner?”

“Ooo.macam tulah”… itu jawapan  biasa dari  Abah

“Batuk lagi ker?,naper tak tidur lagi?”..

“Dah tido..asyik terjaga”…suara Abah tak bermaya…perlahan benar bunyinyer..aku pulak cube buat biasa..tapi dalam hati ni Tuhan je yang tahu..

“Ubat jangan lupa makan tau,nanti hujung bulan akak balik , tengok Abah?”..aku dah tak mampu meneruskan perbualan singkat itu..sebak  dan rindu menjeratku …

“Takpelah,kamukan sibuk,Abah bukannyer sakit teruk.,watlah keje kamu,jangan risau”..nada Abah memujuk ku..bertambah sedih aku…

“Yelah,nanti akak balik tengok Abah,sambil tengok Cina tu repair rumah,k. Abah tidurlah yea.Jangan lupa kirim salam kat mama.Asallamualaikum bah”

“Waallaikumsalam”…talian putus ..perbualan terhenti..aku hanyut dalam ingatan ku bersama Abah..

kali terakhir aku pulang ke kampung..lebih kurang 2 bulan lalu…

aku memandu..sesampai je depan rumah..Abah dah tunggu depan pintu…

katanya risau ,hari dah gelap aku tak sampai lagi…aku senyum dan gelak jer,kataku”kan Abah yang suruh bawak keter jangan laju-laju” ..Abah hanya mengeleng kepala dan tersenyum padaku..

Belum pun aku sempat duduk,Abah dah tarik tangan ku…”Jom naik atas,Abah nak tunjuk kamu”…suara mama Mama pulak menyindir..”Macam takde esoklah Abah ni..

Kami berdua naik ke atas,Mama taknak join,”Malas katanyer,dah sepuluh kali dah Abah kamu tunjuk kat Mama”..

Sampai kat atas …aku terkejut..dinding dah siap bercat..ikut warna tema yang aku nak sangat tu..

Abah kata “Ada dua orang Abah upah cat,tambah Abah sorang lagi,cepatlah siap..hehe”

IMG_2228

IMG_2226

semuanyer hampir siap..susah payah Abah mencari warna yang aku nak sangat tu..

IMG_2290

IMG_2288

ni..rak lama..sebelum ni Mama nak buang,tapi aku bantah ,aku kata ku nak..rak lama tu nostalgia sangat, disitulah aku simpan buku-buku sekolahku ,yang ini pun Abah cat ..haha…dalam hati terharunya  aku…

IMG_2277

semua bilik ,hampir siap di cat…putih laici..warna yang Abah pilih untuk ku..

ingatanku pada  kasih sayang Abah…terhenti

Esok pagi..aku perlu bergelut dengan cabaran hidup ku di sini.

sebelum ..ku atur langkah

mengubat resah dan rinduku dan  berlari menemui Abah..

Abahhh! tunggu aku…aku sayang Abah!

Mahu pecah…


Entahlah ..tetiba aku rasa sangat sebak..

Air mata ku tahan jua…

Mahu atau tidak  aku harus terima…

tapi hati ini bagaikan mahu pecah!

Mahu pecah! Mahu Pecah!

lalu..

aku kemaskan semua ..

lalu pergi …

…………………………..

Mama..aku mahu pulang!


Memang dua tiga hari ni hati aku rasa tak sedap jer…dengan masalah ofis,dan hidup aku yg tgh huru-hara nih…aku terlupa untuk menghubungi mereka..

Tadi aku tergerak untuk mendail nombor itu…

“Hello mama,wat per tu?

“Tgk tv..kat ofis lagi ker?”

“Ha’ah..naper suara cam tak bermaya ?,semua ok ker?

lama..mamaku terdiam…

“Napa ma?”

“Mama sebenarnya tak de semangat nih,abah kamu sakit .”

“Sakit aper?,jantung dia ker?

“Doktor cakap kene kencing manis,teruk juga..”

“Hah…(aku tetiba teringat arwah pakcik aku Pak Tam yg baru meninggal tahun lepas akibat penyakit yang sama)..

“Abah pun hari2 nampak letih je…mgkin dah takde semangat,anak2 takde,berniagapun dia dah tak seligat dulu”

kata-kata mama buat aku sebak..

“Ma..mugkin Abah hilang semangat dengan penyakit dia tu?”

“Entahlah..mama pun susah juga ..kedai kita yang baru buka tu pun mama kene handle sorang ,dah ambik sorang lagi pekerja ,jadi 3 orang semuanya,biasa pagi2 pergi beli barang2 dengan dia ,sekarang nak berjalan pun doktor nasihatkan supaya hati-hati,takut jatuh atau terluka,jadi mama pergi sorang2lah sekarang”

kesian mama..aku teringat beberapa tahun lepas,Abah jatuh sakit , 3 bulan dia turun naik hospital menjaga Abah,sampai mama jadi kurus ..tapi dia tak pernah merungut…katanya ,

Pengalaman ini menjadikan mama lebih kuat,lebih yakin dengan diri sendiri,pergi mana2 pun mama tak takut berseorang,mama perlu kuat sebab Abah perlu mama disisi”

…air mata aku bergenang dengar kata-kata mama..

Kini mama,di landa ujian yang sama…persoalannya mampukah mama bertahan lagi?..mama perlu jaga kedai,perlu jaga abah,perlu jaga rumah…semua mama buat…aku berdoa semangat mama kembali…

Mama seorang diri..aku tahu dia perlu aku menemani,memberi semangat ,menceriakan hari-hari suramnya …

sabar ya Ma,..aku mahu pulang!

Previous Older Entries