tunggu aku…


9 Pagi-

tadi pagi aku dikejutkan panggilan dari Mama..

katanya ,call balik dr masa sejam lagi..

aku terus bangun ,mandi dan terus ke ofis..

tepat jam 11 terus aku call mama…tak sabar nak tahu apa yang berlaku..risaunya aku bukan kepalang.

“Hello Ma,kenapa suruh kakak call?”

“Tadi Mama baru bawak Abah kamu pergi hospital check..Abah batuk berdarah,doktor bagi ubat ,kalu tak reda gak dalam seminggu,kene tahan ward”   …aku dapat rasa getaran dari suara  Mama..

“Jangan risau ,nanti apa-apa  Mama inform,a’ah tadi cina yg nak buat rumah kita tu ada datang,tgk barang2 yg kamu beli tu..katanya akan start buat minggu depan”..Mama mengalih tajuk perbualan..

perbualan kami terhenti, bila mama kata nak pergi kedai,selepas hantar Abah kat rumah..dalam hati ku “kesian Mama,berkejar- ke sana ke mari”..

11 malam-

aku call handset Mama..tak berjawab

mungkin Mama dah tidur agaknya …penat berkerja seharian..

ku cuba call no rumah pulak..lama ..

“Hello,siapa tu?”,ku kenal benar suara itu..suara yang ku rindu selalu..

“Hello ..Abah, kakak  ni ,Abah camner?”

“Ooo.macam tulah”… itu jawapan  biasa dari  Abah

“Batuk lagi ker?,naper tak tidur lagi?”..

“Dah tido..asyik terjaga”…suara Abah tak bermaya…perlahan benar bunyinyer..aku pulak cube buat biasa..tapi dalam hati ni Tuhan je yang tahu..

“Ubat jangan lupa makan tau,nanti hujung bulan akak balik , tengok Abah?”..aku dah tak mampu meneruskan perbualan singkat itu..sebak  dan rindu menjeratku …

“Takpelah,kamukan sibuk,Abah bukannyer sakit teruk.,watlah keje kamu,jangan risau”..nada Abah memujuk ku..bertambah sedih aku…

“Yelah,nanti akak balik tengok Abah,sambil tengok Cina tu repair rumah,k. Abah tidurlah yea.Jangan lupa kirim salam kat mama.Asallamualaikum bah”

“Waallaikumsalam”…talian putus ..perbualan terhenti..aku hanyut dalam ingatan ku bersama Abah..

kali terakhir aku pulang ke kampung..lebih kurang 2 bulan lalu…

aku memandu..sesampai je depan rumah..Abah dah tunggu depan pintu…

katanya risau ,hari dah gelap aku tak sampai lagi…aku senyum dan gelak jer,kataku”kan Abah yang suruh bawak keter jangan laju-laju” ..Abah hanya mengeleng kepala dan tersenyum padaku..

Belum pun aku sempat duduk,Abah dah tarik tangan ku…”Jom naik atas,Abah nak tunjuk kamu”…suara mama Mama pulak menyindir..”Macam takde esoklah Abah ni..

Kami berdua naik ke atas,Mama taknak join,”Malas katanyer,dah sepuluh kali dah Abah kamu tunjuk kat Mama”..

Sampai kat atas …aku terkejut..dinding dah siap bercat..ikut warna tema yang aku nak sangat tu..

Abah kata “Ada dua orang Abah upah cat,tambah Abah sorang lagi,cepatlah siap..hehe”

IMG_2228

IMG_2226

semuanyer hampir siap..susah payah Abah mencari warna yang aku nak sangat tu..

IMG_2290

IMG_2288

ni..rak lama..sebelum ni Mama nak buang,tapi aku bantah ,aku kata ku nak..rak lama tu nostalgia sangat, disitulah aku simpan buku-buku sekolahku ,yang ini pun Abah cat ..haha…dalam hati terharunya  aku…

IMG_2277

semua bilik ,hampir siap di cat…putih laici..warna yang Abah pilih untuk ku..

ingatanku pada  kasih sayang Abah…terhenti

Esok pagi..aku perlu bergelut dengan cabaran hidup ku di sini.

sebelum ..ku atur langkah

mengubat resah dan rinduku dan  berlari menemui Abah..

Abahhh! tunggu aku…aku sayang Abah!

2 Comments (+add yours?)

  1. Honeydy
    Jun 16, 2009 @ 07:18:48

    Semoga yr dad sihat kembali hendaknya.. byk2 lah bersabar ya. Setiap kejadian itu pasti ada hikmah nya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: