Jika satu panggilan itu…


“Hello asmekum Abah…sihat ke? Batuk dah ok?..

Abah gelak..”Dah ok sikit,naper call?”

“Abah tahu tak hari ni hari apa?”..tanya ku.

“Emmm…emmm Hari Bapa..kot?..hahaha Abah gelak..

“Selamat Hari Bapa ,Abah!,terima kasih jaga akak selama ni,semoga Abah dipanjangkan umur dan di murahkan ,rezeki”..

aku cuba menahan perasaan,namun getaran dari suaraku itu..nyata mengundang  sebak  di hati Abah..

lama Abah terdiam…aku tetap setia menunggu ..kemudian..

“Ehm..terima kasih ‘sayang’,..ingatkan dah lupe”…

aku tak dapat lagi menahan airmata yang jatuh berjujuran ..buat pertama kali sejak aku dewasa ini ,tak pernah dia memanggil anaknya dengan panggilan ‘sayang’…

dalam sesak dada menahan tangisan ,aku bagaikan terbuai…

terasa aku kembali menjadi anak kecil,yang sentiasakan mahu bermanja dan dibelai dengan  kasih sayangnya…

“Akak..kenapa tak balik lagi,banyak kerje ke”…Abah menukar topik perbualan ..lamunan ku dimatikan..namun aku tahu Abah juga berperang dengan emosi sendiri…ditambah dalam keadaan ini ,dia amat memerlukan aku disisi…

“Ada keje ,sikit lagi baliklah,Abah tidurlah dulu,biar Akak sembang dengan Mama pulak”

“Yelah..yelah..jangan balik lambat sangat ,kene angin malam nanti kamu pulak yang sakit..ok jap Abah panggil mama”…telefon berpindah tangan.

rasanya Abah pun tak mampu berbicara denganku lebih lama…

“Mama,berniaga ok tak?”

“Alhamdulillah,kurang sikit dari awal dulu,musim cuti sekolah agaknya ,tapi lega sikit Abah dan semakin ok”…pun suara mama berlainan,katanya selepas bercakap dengan ku ,Abah terus ke dapur…mugkin bimbang emosinya kelihatan..

“Abah seronok sangat ,anak-anak ingat dia..hehe”..Mama cuba berjenaka..

aku tersenyum ,jiwaku hening…mataku kabur

Tuhan.. maafkan aku!

******************************************************************

jika satu panggilan telefon ,mampu menunjukkan tanda kita menghargai mereka …

jika satu panggilan telefon…mampu mengabulkan doa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan kita ..

jika satu panggilan telefon ..mampu membuatkan kita  menangis mengenangkan kasih sayang mereka …

jika satu panggilan telefon …mampu menghadirkan airmata kesyukuran..betapa bermaknanya  kita menjadi anak mereka..

kenapa tidak di mulakan ..

satu panggilan..tanda cinta,sayang dan penghargaan kepada mereka!

*******************************************************************

P/S: Panggilan itu di buat ,setelah seorang teman mengingatkan dan menyedarkan ku…betapa bermakna sebuah panggilan telefon kepada ibubapa sebelum memulakan hari kita, ini bermakna,’mereka ‘,letaknya dihadapan sebelum semua perkara…kejayaan hidup tak bermakna ,jika kita tidak mengingati mereka..kerana dari doa merekalah kejayaan itu datang kepada kita…

tidak perlu tunggu ‘Hari Bapa’ baru kita hendak mengucapkannya …setiap hari yang kita lalui itulah, hari bertambahnya usia mereka dan usia kita …mungkin kerna ‘Hari Bapa ‘ yang jatuhnya pada 21 hb itu ..terlalu lambat untuk mereka ..,jangan  pula kerna menunggu tarikh itu kita tak berkesempatan ucapkan penghargaan kita …

entry ini juga ditujukan oleh  teman rapat ku ini…katanya ,’Jika ayahku ‘masih ada’ tentu dia turut menunggu panggilan itu…

tertunduk aku..terima kasih  Tuhan kerna , kau hantarkan ‘dia’ menyedarkan aku…

1 Comment (+add yours?)

  1. Don Corleone
    Jun 17, 2009 @ 09:48:36

    Nanti 21hb call lagi sekali…21hb tu barula Hari Bapa

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: