Perubahan hormon atau aku sudah hilang sabar?


Sejak hampir tiga tahun aku berkerja di production house ni…lately nilah  ,aku paling banyak bertengkar dan bergaduh dengan orang..

bertikam lidah dengan hampir semua orang yang terlibat dalam pembikinan program baru ni..

aku akui,sejak aku bekerja ,inilah program yang betul-betul buat aku sangat stress..aku ulang SANGAT STRESS!

teringat kata Min, ” Kak, kite ni buat program lawak,tapi kita lak stress, agaknya “Penglipurlara” ni kene tukar jadi “Penglipurria” barulah kita nak ceria,kalau tak, kita ni asyik melara jelah Kak kan?”..haha(tawa berbisa budak ni!)

aku bukan bermaksud ,bahawa produser lain tak se-stress aku ,aku tahu mereka juga turut mempunyai tanggungjawab dan masalah dalam program mereka…sama sekali tak pernah aku pertikaikan!

aku akui ,aku sangat meminati bidang ini ,tapi inilah kali pertama aku di tugaskan menerbitkan genre program hiburan /lawak seperti ini…aku cube melakukan sebaik mungkin biarpun program sebegini bukanlah jiwa aku..(nak wat camner ,dah makan gaji jerr)

kekadang bertanya sendiri…aku ni stress nak kawin ker sampai jadi macam ni?

kekadang berbisik di hati…pehal aku je yang asyik sabar? mana pergi kesabaran yang aku tanamkan? Pasal rasa macam nak maki orang ni ?

haha..

kekadang …kesal pun ada ? gara-gara mulut aku, ada yang ambil keputusan berhenti,ada yang terasa hati..

tapi kalau aku tak bersuara ..aku plak yang makan hati, aku yang teruk kena maki!

Tuhan maafkan aku!

kalau mereka mereka merasakan aku menzalimi mereka ..kalau mereka ,merasakan kutukan dan sumpahan terhadapku itu melegakan hati mereka..aku terima!

dan aku tahu..yang Kau juga tahu!

Kejayaan ,bukan satu perjalanan yang indah ,harum di taburi bunga…tetapi ia datang dari ,keringat ,darah dan airmata!”

titik!

6 Comments (+add yours?)

  1. noraitusaya
    Jul 19, 2009 @ 02:49:33

    Banyak2 bersabar… bertahanlah!

    Reply

  2. syahrilkadir
    Jul 19, 2009 @ 07:40:53

    salam fiha…kita dalam kerja ni macam tu lah

    tapi jangan risau, letakkan niat kita demi Yang Maha Kuasa, Insya Allah Tuhan akan bagi jalan penyelesaian

    lagi satu, kalau kita rasa kita di pihak yang betul, jangan ragu-ragu untuk pertahankan kebenaran

    cuma ia mesti disulami dengan budi bahasa dan kesopanan kerana akhirnya yang itu juga akan dikenang orang

    saya percaya fiha boleh, syabas!

    Reply

  3. 001beautifulcrazy
    Jul 19, 2009 @ 13:11:59

    Diaorang tu memang maarip … buta hati.. buta mata.. buta semua…buta dengan apa yang diberi….

    Reply

  4. Akmal
    Jul 20, 2009 @ 14:09:03

    Akhirnya…..Si Ina betul gak eja Maarip tu….

    Reply

  5. 001beautifulcrazy
    Jul 23, 2009 @ 17:13:10

    Abg yang ajar eja…

    Reply

  6. pendeta gelap
    Jul 27, 2009 @ 19:14:17

    Itulah kerjaya…Begitulah hidup.Kita kena tabah jalaninya.Maarip?Jamal Maarif kenal la.Pengarah Filem Orang Minyak.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: