RMO.OO on ur wedding day!


money_fly_jpg

Hurmm..dulu memang aku selalu dengar orang tua tua kata ,kalau nak buat majlis kahwin tak boleh main-main…belanje besar ,semua kena plan betu-betul..dan macam-macam lagilah!

Sejak akhir-akhir ni ..memang aku terasa sangat ,apa yang atuk,nenek dan dan mak bapak kita cakap tu memang betul! hampir 3 bulan lagi aku akan berhadapan dengan satu peralihan baru baru dalam hidup aku,satu destinasi dimana aku tak mungkin boleh berpatah balik !

bukan menhadapi ‘Hari Besar’ itu yang melemaskan aku,tapi segala pekara yang perlu diselesaikan,segala yang menelan perbelanjaan ,benar-benar membuat aku terduduk memikirkan!

Petang tadi aku ke bank ,tiba-tiba aku lihat duit simpanan punya sayap berterbangan …arghhh! banyak duit habis!!!

aku tensen! Terus keluar bank , masuk kereta, gerak balik ofis ,tak jadi keluarkan duit!

tiba-tiba teringat kata seorang teman ofis ” I taknak kawin, buat kenduri kene guna banyak duit ,baik I simpan duit tu pergi holiday ,lagi best! haha….”

Alahai Jo!

terus kereta ku pecut!

Advertisements

Ingin ku pergi jauh darimu…


Ingin ku pergi jauh darimu

Agar ku kenal erti rindu ini

Ingin aku menyelami jiwamu

Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu

Tapi kebencian tiada padaku

Walau apa yang kau sangkakan

Aku tetap cinta padamu

Chorus:

Telah lama ku hidup melara

Setelah ku gagal dalam bercinta

Kini kau datang dengan seribu bintang

Bintang yang dulu sembunyi

Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku

Aku kan selalu dekat padamu

Tapi jangan kau hanya coba

Untuk mempermainkan cintaku

*arghhhh sedih lagi!

Bila nak mula?


DSC_0476

Disinilah tempatnya lelah dan lena ku tersimpan…

Sejak zaman aku study lagi sampai dah keje ni aku agak dah 4 tahun kot aku duduk dalam bilik ni…

S5035225

Image079

 kat sinilah aku tersenguk-senguk study malam-malam…

kat sini juga aku pengsan bila dua tiga hari tak tido sebab nak siapkan keje…

DSC_0471     DSC_0472

 Memori indah dan tragik pun banyak …haha

S5035239

Image036

Bila nak start kemas untuk pindah ke rumah baru …tetiba rasa sayang dan sayu!

Entah di mana patut aku bermula …

Apa yang patut di packing dulu? semuanya berlegar..

S5035220

Image078

Semalam sempat juga aku merakamkan bilik  yang bagaikan  rumah dan hotel 5 star aku ni untuk disimpan sebagai kenangan …

Mungkin esok aku ..atau lusa..aku pun tak tahu!

S5035223

tangga-tangga ke pintu bahagia…


When memories come to the end…


I said…

I think when a women started to looking forward in hers life ,but never want to leave what she had before ,..what she love,people she care,thats make them very sad…

A fren told me…

Memories are ok to have as long as its not in the way of dreams.If u keep trapping yourself with memories,u’ll never move foward..

I said…

True..thats why ,it is so sad…

A fren told me…

Don’t be .Look at it this way…U’ll always have the memories and u are getting new ones..

I said…

Thanks and I’ll try…

****and the memories ends****

Sepi sebuah kehilangan…(khas buat Zalilawati Harun)


n1561384219_3545

Aku sedang menyusun senarai jemputan untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi…Nama Zalilawati ku letak dalam senarai jemputan di pihak lelaki, kerana lebih dekat di rumah tunangku yang terletak di Terengganu .,tetibat teringat tentang kisah kemalangan yang hampir meragut nyawa bekas rakan sejawatku ,Zalilawati ,suami serta anaknya kurang sebulan lalu.

Walaubagaimanapun khabarnya ,Kak .watie tidak parah ,namun sebaliknya  kepada anak comelnya dan suami tercinta terpaksa di letak di Unit Rawatan Rapi .

Sedetik kemudian aku menerima sms ,dari ofismate,Majmin :

“Salam pada semua ,anak Zalilawati(Safiah Mohd Azhar) telah meninggal dunia.Al Fatihah”

…tangan ku bergetar,mata ku berkaca ..baru tadi aku teringatkan dia,air mata makin laju…segera ku ku ‘foward’ sms itu ,kepada teman-teman sepejabat…pagi yang dingin ini tiba-tiba sepi ….

Sesungguhnya tiada  yang lebih berharga apabila kehilangan seorang Anak bagi seorang Ibu ,apatah lagi anak kecil yang baru melihat dunia,yang baru merangkak… yang baru belajar ketawa..sedih sungguh hati mengenangkannya ,namun sedih lagi Si Ibu ,yang bagaikan “jatuh di timpa tangga”..

Tabahlah temanku….

Redhalah pemergian anakmu…

Aku tahu tiada kata yg mampu meringankan dukamu,juga tiada kata yang mampu menggambarkan  pilunya hatimu ..

namun tenanglah sahabatku,kerana Tuhan itu yang Maha Tahu…syukurlah “permata hati”mu itu menjadi tetamu Allah di bulan yang penuh barakah ini,bulan yang paling Mulia diantara seribu bulan ciptaannya…

doaku agar usia suamimu dipanjangkan ,deritanya di kurangkan.Amin

Al fatihah dan takziah ,hanya mampu ku berikan,tanda kasih seorang teman…tanda sepi sebuah kehilangan .

 

*Aku bukan teman yang paling akrab, Kak Watie, hanya teman satu ofis ,namun kerana bilangan staff dan syarikat ini yang kecil kami semua agak rapat…namun kak Watie ambil keputusan untuk berhenti,dan menyambung pelajaran untuk menjadi seorang guru lebih kurang 3 bulan lalu.Sejak itu kami jarang berhubungan ,hanya ada ketikanya aku mengunjungi Facebook untuk mengikuti perkembangan terbarunya.

P/S:bak kata seorang temanku..”Seperti baru semalam tersenyum melihat gambar2 comel kaletah K.Watie bersama arwah…”