Sepi sebuah kehilangan…(khas buat Zalilawati Harun)


n1561384219_3545

Aku sedang menyusun senarai jemputan untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi…Nama Zalilawati ku letak dalam senarai jemputan di pihak lelaki, kerana lebih dekat di rumah tunangku yang terletak di Terengganu .,tetibat teringat tentang kisah kemalangan yang hampir meragut nyawa bekas rakan sejawatku ,Zalilawati ,suami serta anaknya kurang sebulan lalu.

Walaubagaimanapun khabarnya ,Kak .watie tidak parah ,namun sebaliknya  kepada anak comelnya dan suami tercinta terpaksa di letak di Unit Rawatan Rapi .

Sedetik kemudian aku menerima sms ,dari ofismate,Majmin :

“Salam pada semua ,anak Zalilawati(Safiah Mohd Azhar) telah meninggal dunia.Al Fatihah”

…tangan ku bergetar,mata ku berkaca ..baru tadi aku teringatkan dia,air mata makin laju…segera ku ku ‘foward’ sms itu ,kepada teman-teman sepejabat…pagi yang dingin ini tiba-tiba sepi ….

Sesungguhnya tiada  yang lebih berharga apabila kehilangan seorang Anak bagi seorang Ibu ,apatah lagi anak kecil yang baru melihat dunia,yang baru merangkak… yang baru belajar ketawa..sedih sungguh hati mengenangkannya ,namun sedih lagi Si Ibu ,yang bagaikan “jatuh di timpa tangga”..

Tabahlah temanku….

Redhalah pemergian anakmu…

Aku tahu tiada kata yg mampu meringankan dukamu,juga tiada kata yang mampu menggambarkan  pilunya hatimu ..

namun tenanglah sahabatku,kerana Tuhan itu yang Maha Tahu…syukurlah “permata hati”mu itu menjadi tetamu Allah di bulan yang penuh barakah ini,bulan yang paling Mulia diantara seribu bulan ciptaannya…

doaku agar usia suamimu dipanjangkan ,deritanya di kurangkan.Amin

Al fatihah dan takziah ,hanya mampu ku berikan,tanda kasih seorang teman…tanda sepi sebuah kehilangan .

 

*Aku bukan teman yang paling akrab, Kak Watie, hanya teman satu ofis ,namun kerana bilangan staff dan syarikat ini yang kecil kami semua agak rapat…namun kak Watie ambil keputusan untuk berhenti,dan menyambung pelajaran untuk menjadi seorang guru lebih kurang 3 bulan lalu.Sejak itu kami jarang berhubungan ,hanya ada ketikanya aku mengunjungi Facebook untuk mengikuti perkembangan terbarunya.

P/S:bak kata seorang temanku..”Seperti baru semalam tersenyum melihat gambar2 comel kaletah K.Watie bersama arwah…”

2 Comments (+add yours?)

  1. syirfan
    Sep 07, 2009 @ 11:11:02

    Al-Fatihah… (kelu)

    Reply

  2. syahrilkadir
    Sep 12, 2009 @ 02:44:13

    saya teringat di waktu kat FM dulu betapa cerianya Watie bercerita mengenai anak yang dikandungnya itu

    takpelah, harap dia redha kerana InsyaAllah, anak itu akan mengiringinya ke syurga…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: