Sedih…namun aku bersyukur…


Panggilan dari mama mengejutkan lenaku seawal pagi…

Mendengar dari suara sunggul Mama,aku dapat agak ada sesuatu yang tak kena…

5 minit kemudian ..perbualan kami terhenti.

Pertama yang berlegar dalam kepalaku…”Mungkin inilah dugaan orang nak kawen ,yang terpaksa aku tempuhi”

dulu aku ada mendengar perkara semacam ini,dan kini hampir sebulan aku akan ke jinjang pelamin ,aku turut di duga perkara yang sama!

“Rumah kene pecah masuk, barang kemas mama dan duit lebih 10k lesap”!

itulah kata-kata mama,yang masih berlegar di benakku…

aku terpana…selang beberapa detik …aku teringatkan sesuatu..lalu bertanya ..

” Abah macam mana? Adik-adik yang lain macam mana?

“Abah ok,cuma terkejut sikit,adik semua ok,alhamdullilah semua selamat”.

jawapan Mama ,melegakan aku…

kata Mama, mungkin pencuri kelam kabut dan tak sempat buat apa-apa pada adik perempuan aku yang tidur berseorang di biliknya…

Fuh! nasib baik..

kata Mama,dia tak dapat bercakap lebih lama ,ramai anggota polis yang berlegar2 di ruang tamu rumah ku itu…sibuk mencari bukti dan melakukan tugas mereka …

aku menurut kata Mama,biar hati ini bergelodak mahu tahu apa lagi yang yang berlaku..terasa mahu terbang pulang ke kampung pun ada!

telefon di matikan…namun aku hairan tiada tangisan atau nada sebak dalam bicara Mama tadi…dalam hati..

Mungkin Mama dan Abah redha dengan apa yang terjadi …begitu juga aku!

Sungguhpun sedih kejadian ini berlaku sebulan dari “Hari Besarku” ,namun aku bersyukur ahli keluargaku selamat ,sanak saudara dan kawan -kawan memberi semangat …

Bagiku, tak bermakna wang dan harta kita jika kita kehilangan orang-orang yang kita sayang ,juga tak bermakna majlis yang gilang gemilang tanpa kedua ibu bapa ,sanak saudara juga teman-teman yang sangat menyayangi kita!

Alhamdulillah ,aku redha..aku bersyukur…mereka masih ada bersamaku..menemaniku.

Terima Kasih Tuhan! Kau hantar ini sebagai ujian untukku…

7 Comments (+add yours?)

  1. syahrilkadir
    Nov 21, 2009 @ 15:47:20

    fiha, buat kenduri nasi ngan belacan pun takpe janji ada keluarga tersayang di majlis paling bermakna itu

    duit boleh cari, jangan risau

    macam yang orang selalu cakaplah, kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..

    puas kita menangis,mencari di mana matahari, rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI

    so jangan sedih adikku, wake up n smile like always ya!

    Reply

  2. kasihfieha
    Nov 21, 2009 @ 16:51:30

    Thanks a lot Abang Syahril..

    Reply

  3. noraitusaya
    Nov 21, 2009 @ 20:02:41

    tak per la tak der rezeki. Insyallah Dia akan gantikan dgn benda lain!

    Reply

  4. 001beautifulcrazy
    Nov 21, 2009 @ 20:51:26

    Sabar ya..

    Reply

  5. aniza
    Nov 22, 2009 @ 22:51:53

    salam perkenalan..semoga tabah..ada hikmah di sebaliknya..mane la taw..lps ni rezeki mencurah2..hehe….lepak2 kt sini jap..

    Reply

  6. yadeng
    Jan 20, 2010 @ 22:24:59

    hmm.. kak fieha.. xterkata apa.. bila wan bca.. lagi bertambah rasa bersalah dah la xdtg knduri.. sorry2… Wan Doakan kak fieha sentiasa mengecapi bahagia pasni.. Dugaan selalu nya dtg atas dua sebab satu kerna kslhan kita ataupun ujian.. dan yg pasti ini adalah ketentuan Illahi yang penuh dengan hikmah dan variasi kemungkinan.. SEmoga kak Piha sihat d samping suami..
    dari kami skeluarga.. memohon maaf atas ketidakhadiran kami.. sekali lagi ya tuhanku selamatkan dan bahagiakan kehidupan kak piha.. AMIN..

    Reply

  7. kasihfieha
    Jan 23, 2010 @ 21:14:22

    Terima Kasih Wan..Wan jaga Mak elok2 tau!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: