Kisah Hati yang berselingkuh…


Semalam baru aku tahu ni lagu KD,hurmm sedap lagunyaer…bila dengar betul-betul macam lagu tu bercerita tentang dirinya..apapun layankan ajer…

Hah ni plak lagu Anang bekas suami dia..tersa benar kekecewaan hatinya…

……

Antara pergi dan kekal disini …


Yang pergi ..mungkin menghela nafas lega ..lelah dan mengah beransur hilang …mungkin ada riang…

Pergi dengan megah…dengan harapan ada sinar yang lebih cerah dihadapan…mungkinkah?

Ada yang berkata …tiada apa lagi yang tinggal, Ada yang berkata…mahu memberi pengajaran ..pada siapa? entahlah!

Ada yang tunggu hari untuk pergi tapi bukan dengan rela hati ,hanya menunggu surat bertulis:”Maaf khidmat anda tidak di perlukan lagi”.

Dalam hati maki memaki…benci! Kalau tak suka blahlah ..apa tunggu lagi!

Ada yang berkata …aku pergi dengan berat hati..tempat ini sungguh bererti… cita-cita dan harapan pernah tertanam dan membenih subur di lantai ini …sukar sekali mahu membuat keputusan ini!

Ada yang pergi ..kerana sudah muak dan benci ..janji tinggal janji …berbagai alasan untuk rasa tidak puas hati!

Itu cerita yang PERGI!

Namun bagaimana yang TINGGALdi sini?

Ada yang tinggal kerana gaji lebih tinggi…Adakah yang tinggal tidak ada rasa BENCI? Tiada beban yang ditanggung?Lalu kenapa ada yang masih disini?

Ada yang tinggal ,terlalu sayangkan tempat ini ,tempat cita-cita dibina,tempat impian dan peluang di lebur bergitu sahaja..

Ada yang tinggal kerna terpaksa …tiada tujuan tiada tempat yang menjanji impian ..tiada arah yang mahu mengarah ..hanya melihat yang pergi dengan luka yang berdarah!!!

Ada yang tinggal kerna simpati, seribu satu alasan untuk menanggung bebanan dan berjuang disini…

Seribu cerita ..seribu kisah ..tentang yang PERGI dan yang TINGGAL disini!