Dia Ibu Idaman??


Sejak di universiti hinggalah 4 tahun di alam pekerjaan…inilah pertama kali saya di tinggal di rumah  orang tua saya dalam tempoh yang agak lama. Selain dari masalah kandungan  yg saya hadapi dari usia kandungan tujuh bulan .Hospital sudah menjadi rumah kedua saya.

Oleh sebab tu saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung ,memandangkan faktor ‘distance’  antara saya dgn Encik suami…dan kedua ibu bapa saya bimbangkan kesihatan saya telah pun mengandung dan tinggal seorang diri…namun bukan itu yang ingin saya ceritakan disini….

Hampir dua bulan dirumah , saya telah menyedari ttg sesuatu….selain makan,tidur dan membantu menguruskan kain-baju dan kebersihan rumah…ade sesuatu telah di takdirkan untuk saya pelajari ..dan sedari …tentang Ibu Idaman hati!

Ianya bermula di awal 2 minggu saya bermastautin di rumah org tua saya ini…

Saya mempunyai seorang adik perempuan bongsu yang di panggil dgn gelaran ‘Adik’…semakin di amati rupanya dia sudah besar panjang…kini menjangkau 18 tahun,dn menyambung pengajiannya di Tingkatan 6..

Kami mempunyai seorang ibu yang kami panggil ‘Mama’,…semakin di amati dan semakin lama saya bermastautin disini ,sikap ibu saya itu terlihat seperti 15 tahun lalu ..ketika saya di bangku sekolah…malah agaknya makin teruk!!..haha

Biar saya ceritaka sedikit tentang karekter ‘Mama’ kami ini…

*Seorang yang ceria dan ,suka berleter panjang.

*Seorang yang suka bergaya dan sentiasa mahu kelihatan cantik  ..kemana sahaja..waima ke masjid sekalipun!

*Suka menonton “marathon “ drama dan takkan bagi chance org lain ..jika ‘remote control ‘ ada dalam gengamannya!

*Suka window shooping..dan membeli barang2 yang diminati..biarpun kadg2 kita terpikir barang2 tu tak penting langsung!

*Suka menjerit dan memanggil nama anaknya yang berada di rumah ,bila sahaja pulang dan  kaki menjejak ke pintu pagar rumah(part ni yang paling tensen..seh!)

Oleh sebab itu sikap ‘Adik’ saya terhadap ‘Mama’ ‘pada satu hari,telah menyedarkan saya !

Saya faham dengan tekanan yang dia hadapi melayan karenah /perangai ‘Mama’ kami setiap hari,saya juga faham dia berkasar ketika bercakap dgn ‘Mama’  kerana bosan dengan perangai dan karenahnya yang suka berleter seolah-olah semuanya tak kena ..dimatanya !

Itu antara pekara yang betul menensionkn  ‘Adik ‘ bongsu saya …dan kalau di amati dan di kenang-kenangkan ..sebenarnya saya ,kakak sulung dan adik perempuan ketiga kami sudah pun melalui karenah ‘Mama’ kami itu 15 tahun  dulu…

Ya..semakin di amati..saya melihat saya dalam dirinya di usia itu…menangani ‘Mama’!

Mungkin dia pernah tertanya –tanya ,kenapa ‘Mama’ tak seperti ibu yang diinginkan? …kenapa Mama bukan seperti ibu kenalannya yang lain ,yg memahami,yang menguruskan segala keperluan anak,dan meletakkan anak di hadapan??

Mungkin juga dia pernah tertanya,kenapa ‘Mama ‘ suka berleter dan tidak membesarkan sesuatu pekara remeh temeh yang memeningkan kepala?

Malah,mungkin juga dia tertanya kenapa ‘Mama ‘ suka menjerit dan menyuruh dia melakukan itu dan ini?

Kenapa ‘Mama’ tidak seperti ibu idaman?

Saya melihat ‘Adik ‘ dan tersenyum sendiri…mungkin usia dan faktor fizikal saya yang memboyot ini , saya sgt tenang menghadapinya …

Walaubagaimanapun saya mengambil masa 2 hingga 3 hari memikirkan jawapannya…

Lalu..ingin saya nyatakan disini…

Adakah kita mempunyai pilihan??

Siapa kita untuk memilih dan mengidamkan  sikap ibu terhadap kita ??

Kenapa kita perlu melihat setiap kelemahan dan keburukan ibu kita ,lebih dari melihat kasih-sayang dan keistimewaannya yang ada padanya??

Kita mengidamkan sorang Ibu yang memahami,berlembut dan memiliki ciri2 ibu sejati..tetapi kita lupakan diri sendiri!

Seorang ibu juga  mengidamkan seorang anak yang menghormatinya,bijak,yang boleh dibanggakan ..tetapi adakah beliau mempunyai pilihan jika kita adalah seorang anak tidak seperti yang di harapkan ???

Jadi apa bezanya?

Bezanya …seorang ibu tidak pernah mempersoalkan…dia menerima kita dan berusaha menunjukkan kita erti hidup walaupun dengan cara yang tidak kita fahami dan sukai…kerana dia tidak meletakkan pilihan!!

Jadi siapa kita untuk mengidamkan ibu idaman ..jika kita juga tidak memiliki ciri2 anak yang di harapkan????

Harapan saya ,jawapan ini bakal memuasakan hati ‘Adik’ saya itu, jika tidak sekarang ..mugkin satu hari nanti!!

Hurmm…saya berpendapat begini mungkin juga saya juga bakal memnjadi seorang Ibu…

Adakah saya akan menjadi ibu idaman …kepada anak yang saya akan lahirkan??

Mohon doakan…

*satu hari ketika duduk bersantai dan menonton kes buang bayi di tv,’Adik ‘ berkata kepada Mama..”Kesianye..terima kasih Mama kerana melahirkan Adik dan tak membuang Adik seperti sampah”…saya pasti seorang Ibu pasti lega dan sejuk hati mendengarnya..hurm

Agar anak ini bahagia memiliki saya sebagai Ibunya...aminnn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: