” Kami dah jadi ORANG”


-” Kami dah jadi ORANG”?

Mungkin kerana berbagai resepi  telah kami cuba…

Mungkin kerana  diantara kami ada yg dah berumah tangga..

malah ada  yang sibuk merancang  tarikh ‘Hari Bahagia’…

“Kami dah jadi ‘ORANG‘ -rupanya …

itu kata seseorang yang melihat kami semua dewasa …

itu kerana kami lebih sabar…dalam kerjaya ..

itu kerana tiada lagi isu tak mandi dan balik pagi buta..

jaga editing katanya..hehe

“Kami dah jadi   ‘ORANG ‘..”

itu kerana kami mahu  sentiasa kemas  dan cantik

itu kerana kami tak sabar menunjuk jam untuk pulang berdetik!

Kenapa  pula kata …”Kami dah jadi ORANG..”?

dulu kami macam Hantu ker?

bekerja siang malam ..tak kira masa..

sampai waktu makan pun kami lupa..

sampai  balik kampung pun kadang-kadang aje…

Elak Mak tanya bila nak berumahtangga..kata kami..”Owh ,bikin pening aje”

salah ‘SENT ‘ email pun  buat ‘Puan J’ naik gila…”Owh Jesus”!!, katanya

Kenapa  pula kata …”Kami dah jadi ORANG..” yea??

sebab  kami rasa maki -memaki perkara biasa..

setakat bertumbuk dan bergaduh kami tak heran

ada juga yang  lari  lokasi pengambaran!!

bikin kecoh..sampai Boss pun nak pengsan!…haha

Aduh macam-macam cerita tika kami muda remaja..

Tengok budak-budak sekarang..kami gelak sendiri..

ade yang tak tahan terus cabut lari..

tapi itulah realiti di bidang ini…

“Kami dah jadi ORANG”

kerana masa membuktikan kami tahan di uji …

kerana ada yg datang dan pergi ..tapi kami masih bertahan di sini.

cuma kami kini lebih berDIPLOMASI…

cuma kami kini lebih berMANDIRI.

cuma kami lebih mencari sesuatu yang HAKIKI..

“Kami dah jadi ORANG”…kerana itu kami disini!

* sorry cerita ini tak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati..tapi kalo dah Terperasan …seyum-senyumlah sendiri!! hehe

Advertisements

Bukti Yahudi tahu Islam agama yg Benar?


*sebenarnya aku dah buat satu entry boikkk punya pasal pokok ni ..tapi time nak publish ..blog aku di block beberapa kali…(sendiri mau ingatlah! !..mmg puak2 Yahudi ni memerhati)..better korang research pasal pokok ni!

Allahuakbar!

I’m BaCk!!!!..bersama updatesnya!


Setelah di leter oleh seorang teman rapat…

Setelah di rayu beberapa peminat..cewahhh!!!

Aku kini kembali..aktif bersama blog ku yang dah naik ‘berCendawan’ ini…hehe

Sebenarnya tak tahu nak cerita ape ..aku akui sejak kewujudan FB ni …di tambah ,kesibukan  bergelar “Mummy ”

hurm aku rasa blog aku ni pun dah merajuk!!!

Ape ek nak update???? ermmm haa..kini aku baru sebulan menjejak kaki bertugas di tempat baru …dah bekerja bersama rakan-rakan lama…hehe

  

*tempat keje aku sekarang


kata org “Ikan di laut ..asam di darat” yang seronoknya kami bersama semula …walaupun tanpa kehadiran ‘AMoi’ kesayangan kami…maklumlah tempat baru ni memang tak hired mereka yang bukan muslim…Stesyen TV Islam la katakan ..

tp ape salahnyer kan?? kan??? huhu( habislah En.Bos  Memo kan aku nanti.. haha)

*Kenangan bersama “AMoI”..

Anaqi pun dah nak masuk 8 bulan dah 7 hb bulan depan..pantasnya masa berlalu…

Namun aku masih tersisa bersama kenangan pahit manis bekerja di tempat lama…bak kata org “Tempat Jatuh lagi di kenang ,..inikan pula tempat tersimpannya  kenangan mase bujang ,kawen dan mengandung dan beranak puleee !!!

*Bujang

*Kawen

*Preggy!

*dah jadik Mummy!!

Ya..Allah aku sgt mendoakan  Syarikat yg pernah aku bernaung di bawahnya ..terus sukses..bersama pimpinan baru ,dan berjaya melalui segala dugaan yang datang , bersama anak-anak kapal yang masih gagah bertahan ,muka-muka baru yang bakal merubah masa depan Syarikat yang sangat aku sayangi itu…

Sukar  untuk meninggalkan ape yang aku ada…tp demi masa depan ..demi pengalaman baru …aku harap mereka memahami ..dan aku pasti mereka mengerti biarpun dengan berat hati..(sedey plak..haih!)

Doakan aku wahai “Mereka yg telah aku tinggalkan”

   

   
semoga keputusan ini ..bakal membawa perubahan yg lebih baik untuk diriku…kini dan di masa hadapan ..aminnn.

Sekarang tengah Pre-Pro program baru “Man Jadda Wajada” -(Siapa yang berusaha) ..pasti berjaya !..doakan aku sukses yea!!!

Rasenya itulah updatenya….jumpa lagi !!!

*pic masih banyak lagi nanti aku masukkan lg…huhu