” Kami dah jadi ORANG”


-” Kami dah jadi ORANG”?

Mungkin kerana berbagai resepi  telah kami cuba…

Mungkin kerana  diantara kami ada yg dah berumah tangga..

malah ada  yang sibuk merancang  tarikh ‘Hari Bahagia’…

“Kami dah jadi ‘ORANG‘ -rupanya …

itu kata seseorang yang melihat kami semua dewasa …

itu kerana kami lebih sabar…dalam kerjaya ..

itu kerana tiada lagi isu tak mandi dan balik pagi buta..

jaga editing katanya..hehe

“Kami dah jadi   ‘ORANG ‘..”

itu kerana kami mahu  sentiasa kemas  dan cantik

itu kerana kami tak sabar menunjuk jam untuk pulang berdetik!

Kenapa  pula kata …”Kami dah jadi ORANG..”?

dulu kami macam Hantu ker?

bekerja siang malam ..tak kira masa..

sampai waktu makan pun kami lupa..

sampai  balik kampung pun kadang-kadang aje…

Elak Mak tanya bila nak berumahtangga..kata kami..”Owh ,bikin pening aje”

salah ‘SENT ‘ email pun  buat ‘Puan J’ naik gila…”Owh Jesus”!!, katanya

Kenapa  pula kata …”Kami dah jadi ORANG..” yea??

sebab  kami rasa maki -memaki perkara biasa..

setakat bertumbuk dan bergaduh kami tak heran

ada juga yang  lari  lokasi pengambaran!!

bikin kecoh..sampai Boss pun nak pengsan!…haha

Aduh macam-macam cerita tika kami muda remaja..

Tengok budak-budak sekarang..kami gelak sendiri..

ade yang tak tahan terus cabut lari..

tapi itulah realiti di bidang ini…

“Kami dah jadi ORANG”

kerana masa membuktikan kami tahan di uji …

kerana ada yg datang dan pergi ..tapi kami masih bertahan di sini.

cuma kami kini lebih berDIPLOMASI…

cuma kami kini lebih berMANDIRI.

cuma kami lebih mencari sesuatu yang HAKIKI..

“Kami dah jadi ORANG”…kerana itu kami disini!

* sorry cerita ini tak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati..tapi kalo dah Terperasan …seyum-senyumlah sendiri!! hehe

7 Comments (+add yours?)

  1. 001beautifulcrazy
    May 30, 2011 @ 18:20:25

    Quate dari aku pada Nora – dulu da macam tenok… hahahahah…
    Kami dah jadi orang – dalam kata lain – dulu aku pakai cap sekrang da pakai tudung..
    Kami da jadi orang . Xlagi jadi Tenok.
    Tapi macam ada harapan nak jadi Tenok aja nie .. kalau deadline da macam nie..
    Kami da jadi orang . Sebab tu pagi tadi kena marah aku steady aja..

    Reply

  2. Ainur Mahdiyah
    May 30, 2011 @ 18:55:10

    kuang kuang kuang … sabar syafinah. orang pun memang perlu kena marah sekali sekala. aku pun dah seminggu asyik kena marah jer…. 😉

    Reply

  3. LIEYA
    May 30, 2011 @ 20:59:46

    kami dah jadi orang,
    penat bekerja,pagi petang siang malam,
    sampai lupa jalan untuk pulang,
    demi sesuap rezeki bawa pulang,

    kami dah jadi orang,
    bila yang buruk dah makin kurang,
    yang cantik je mula kelihatan,
    barulah masa tu ramai yang pandang,dan berkata…
    “dah jadi orang ye..”

    Reply

  4. kasihfieha
    May 31, 2011 @ 16:34:50

    Owh..kalo dulu macam Tenok..mungkin sekarang “Tenok yg Meletup”….Rilek…rilek keje kene rilek..kita ni makan gaji jer…yang penting prestasi mesti ditingkatkan …harap2 aku pun xkan ‘terjelepuk’ angkara dealine..hehe

    Reply

  5. Norhaidatul Azian Tajul Ariffin
    Jun 02, 2011 @ 11:39:37

    Happy mendengar kawan kawan seperjuangan sudah menjadi ‘orang’ dan lebih tersusun dan teratur hidupnya. Segalanya menuntut perjuangan kental dan menagih keberanian dan berani jatuh dan bangun banyak kali.

    Reply

  6. Norhaidatul Azian
    Jun 09, 2011 @ 23:18:15

    Gembira dengar rakan rakan seperjuangan dah ‘JADI ORANG’
    kerana sebelum ini hidup tidak keruan demi memuaskan hati ORANG
    bergadai masa dan kebebasan semata mata memenuhi tugas yang diamanahkan ORANG
    yang akhirnya mungkin tidak dihargai oleh ORANG
    kerana orang orang yang ada didalamnya sebelum ini tidak pernah kenal erti penat lelah ORANG
    lantas usaha cantas mencantas pucuk muda mana yang bisa naik menjadi budaya mereka ORANG

    -InsyaAllah ke jalan hidup yang normal kembali sebagai ORANG 😉

    Reply

    • kasihfieha
      Jun 16, 2011 @ 16:50:13

      haha..betul-betul..yang penting diri setiap ORANG yg berjuang , perlu tahu di mana tempat berdiri ,corak perjuangan yang di cari , bukan kerja menutup rezeki ORANG , demi kepentingan diri ..apa punya ORANGLA, ORANG INI!! ..haha

      Reply

Leave a comment