Waktu kecil nan indah…


USIAMU SERUPA USIA BAPAKU…



Engkau dan dia pernah sekutu
Berjuang atas nama ibunda
Demi agama, bangsa dan negara
Tapi di situ persamaan terhenti
Kerana engkau Mantan Perdana Menteri
Yang memacu negara ke mercu tinggi
Sedang bapaku kekal seorang petani.Kini engkau dan dia sama-sama tua
Sudah uzur dimakan usia
Namun jiwamu dan jiwanya
Tetap seperti dahulu juga
Padat sarat dengan perjuangan
Jitu padu dengan kesedaran
Bahawa padanya tiada sisa
Selagi jasad dan nyawa bersama.

Mindamu dan mindanya
Sentiasa segar terus muda
Tidak reput dimakan usia
Tidak patah diuji pancaroba
Tidak tawar dicaci nista
Hatta oleh anak-anak didikmu sendiri
Yang gila kuasa dan lupa diri
Yang tiada lagi budi dan pekerti.

Maka wahai bapa-bapaku
Ketika engkau terlantar
Hati kecilmu gementar
Dengarkanlah ikrar kami
Anak menyambung generasi.

Bahawa legasimu tidak akan mati
Kami tidak akan biarkan itu terjadi
Kerana antara kami
Anak-anak generasi pengganti
Masih ada yang belum diracun korupsi
Yang belum lupa erti jasa dan budi
Yang jiwa merdekanya terus membara
Atas nama agama, bangsa dan negara.

Wahai bapa-bapa pejuang merdeka
Doa kami buatmu semua
Tuhan jaga kamu dalam dakapannya
Dipanjangkan usia
Segar jasad dan minda
Kerana engkaulah pelita
Pujangga dan pendeta
Pemimpin sepanjang usia.

 

 

 

 

Keluhan Perantau..Aduh!!


 

Hari ini aku nekad  memberi tahu abah dan mama tentang niat  ‘DIA’ untuk mengikat tali pertunagan kami hujung tahun ini…walaupun aku agak segan mulanya ,tetap  kutaip SMS yang mgkin bertindak sebagai BOM JANGKA!..

AKU: Mama, Din nak ajk bertunang bulan 12 nie ,ok ker?

MAMA: Hah! Pasal plak kan arutue kata nak nikah terus?

Benda ni kena bincang depan-depan.ambiklah cuti ,balik kita bincang .

AKU:Akak ingat nak cuti bulan depan ,balik jumpa Mama n Abah .

MAMA:Erm baguslah tu..tapi JANGAN CAKAP JER…

AKU:opss..hehe okler.

Hp kumatikan..segala persoalan mula bersarang , agaknya mereka sume dah gempar dgn khabar terbaru ku ini ? atau Abah mgkin tak setuju dengan tindakan ‘kami’? , Bila meningatkan semula SMS mama yang hujung tu ”TAPI JANGAN CAKAP JER”, alamak aku tak tepuk dahi! Mesti diorang dah tak sabar dgr penjelasan aku,…yang pasti memang aku kena nekad balik dan bersemuka dgn orag tue aku!

Sampai ke petang aku asyik pikirkan ,ayat yang nak ku atur …CAKAP SALAH,TAK CAKAP LAGI SALAH!

Sebelum ni Mama dah sibuk inform kengkawan dia dan makcik2 aku tentang perkahwinana kami,Abah pulak tak banyak komen ,dalam hatinya aku tahu,abah sedih bila mengenangkan aku akan meninggalkan nya bila dah ikut laki..huarghhh!! atau mugkin ini khabar gembira untuknya,maksudnya aku kawin lambat lagi (AKU RASA DIA LAGI SUKER KOT)..Tapi mama…alamak mampos aku!

Aku dah pikir masak-masak sebelum wat decision ni, DIApun setuju, tapi jangan lambat sangat katanya ..tapi bagi aku …semakin dekat harinya semakin aku rasa tak puas  menjadi  ‘single lady ‘, tak puas mencabar diri,tak puas mencube apa yang aku mahu! Memang kalu aku guna kata-kata ni ,mungkin lekat pelempang Mama , kat pipi aku nie..tapi itulah yang aku rasa skarang..(AKU TAHU MESTI RAMAI YG TAK SETUJU)

Memang aku tahu ,ramai yg meanggap hidup aku amat membosankan ..BAGUN PAGI PEGI KEJE ,LEWAT MALAM BALIK,PASTU TIDO..itulah rutin hidup aku, yang pasti 90% hidup aku sekarang dengan KEJE KEJE..kekadang tpk ,napelah aku jadi mcm ni ,nak kata takde pendirian ,hidup akui penuh dengan pendirian ,sampai bila aku akan jadi macam ni??

Hurm entahlah .,.yang pasti esok pagi kena mengadap ‘Bos aku Yg Terchinta’  untuk approve cuti aku yang nak sampai 10 ari nie!

 

 

dari seorang wanita yang aku kagumi…


” Kalau kita harapkan kebahagiaan…kebahagiaan  itu takkan datang bergolek,kita yang kena cari,seperti mak ayah kita harapkan kita sekolah pandai,ibubapa mengharap,yang mengolah adalah kita”

“kita takkan mati ,dek keji,juga takan kaya dek pujian ,kekadang kejian itu lebih baik,kerna pujian itu yang membunuh kita ,sebab kita akan jadi leka”

                                                                                                                                -Rozita Ibrahim 2008