Sedih…namun aku bersyukur…


Panggilan dari mama mengejutkan lenaku seawal pagi…

Mendengar dari suara sunggul Mama,aku dapat agak ada sesuatu yang tak kena…

5 minit kemudian ..perbualan kami terhenti.

Pertama yang berlegar dalam kepalaku…”Mungkin inilah dugaan orang nak kawen ,yang terpaksa aku tempuhi”

dulu aku ada mendengar perkara semacam ini,dan kini hampir sebulan aku akan ke jinjang pelamin ,aku turut di duga perkara yang sama!

“Rumah kene pecah masuk, barang kemas mama dan duit lebih 10k lesap”!

itulah kata-kata mama,yang masih berlegar di benakku…

aku terpana…selang beberapa detik …aku teringatkan sesuatu..lalu bertanya ..

” Abah macam mana? Adik-adik yang lain macam mana?

“Abah ok,cuma terkejut sikit,adik semua ok,alhamdullilah semua selamat”.

jawapan Mama ,melegakan aku…

kata Mama, mungkin pencuri kelam kabut dan tak sempat buat apa-apa pada adik perempuan aku yang tidur berseorang di biliknya…

Fuh! nasib baik..

kata Mama,dia tak dapat bercakap lebih lama ,ramai anggota polis yang berlegar2 di ruang tamu rumah ku itu…sibuk mencari bukti dan melakukan tugas mereka …

aku menurut kata Mama,biar hati ini bergelodak mahu tahu apa lagi yang yang berlaku..terasa mahu terbang pulang ke kampung pun ada!

telefon di matikan…namun aku hairan tiada tangisan atau nada sebak dalam bicara Mama tadi…dalam hati..

Mungkin Mama dan Abah redha dengan apa yang terjadi …begitu juga aku!

Sungguhpun sedih kejadian ini berlaku sebulan dari “Hari Besarku” ,namun aku bersyukur ahli keluargaku selamat ,sanak saudara dan kawan -kawan memberi semangat …

Bagiku, tak bermakna wang dan harta kita jika kita kehilangan orang-orang yang kita sayang ,juga tak bermakna majlis yang gilang gemilang tanpa kedua ibu bapa ,sanak saudara juga teman-teman yang sangat menyayangi kita!

Alhamdulillah ,aku redha..aku bersyukur…mereka masih ada bersamaku..menemaniku.

Terima Kasih Tuhan! Kau hantar ini sebagai ujian untukku…

Advertisements

OTAK KANAN DAN KIRI…lalalaa


amacam ? ada rasa cam otak korang tak? haha…

Penglipurlara kini di ASTRO PRIMA!


Dari lelah..mengah!!

Maki-memaki,bertekak sana sini !!

Menghadap ‘Puan J’ dan ‘Tuan B’..

Tunding -menunding,sesama sendiri …

Akhirnye lahir ‘PENGLIPURLARA’…

terasa panas bahang lelah sejuk sampai ke jantung hati

makian bertukar pujian…lawan menjadi kawan ..

sabar menjadi tabah…

hehe yang penting ‘Puan J’ dan ‘Tuan B’ dah tak kacau aku lagikkkk!!!!

Apapun jemput bloggers and readers untuk menonton program terbaru dan terakhir dariku untuk tahun ini.

PENGLIPURLARA
ASTRO PRIMA 105
JAM 7.30 PTG SETIAP SABTU DAN KHAMIS(ULANGAN)

Mohon pandangan dan kritikan yang membina dari anda.Salam Penglipurlara !!

It touched my heart …so do u?


* nangis gak aku tengok ad nie…iskh..iskh