Warga Langit Terbuka..


Sekitar penggambaran documentari “Warga Langit Terbuka” hampir sebulan lalu, mengajar aku menghela nafas kesyukuran ,mana tidaknya  limpahan kemudahan teknologi yang dikecapi kekadang membuatkan kita terlupa mahupun terlepas pandang pada  insan-insan yang merasakan secubit perubahan diterima bagaikan sejuta rahmat bagi mereka…
Inilah teknologi,..era IT,liputan talian telefon dan limpahan medium komunikasi yang berlumba-lumba masuk bagaikan revolusi…tugas krew penerbitan kali ini mencari warga tanah air  yang jauh terpisah ,tersorok dan terpinggir dr arus pembangunan dan bagaimana sedikit pembaharuan itu memberi impak besar dan bakal pencetus lembaran baru dalam retetan hidup mereka…

 

 

 

 

 

 

Kembara ini  membawa kami ke satu perjalanan yang agak getir , 8 jam menaiki pacuan 4 roda  merentasi bukit bukau menggunakan laluan lori balak terasa begitu memenatkan , di tambah menyeberangi sungai selama hampir dua jam ,namun  keindahan alam menjadikan kami terleka ,hilang penat seketika…

 LOKASI 1: Sek.Keb.Long Jekitan Baram Sarawak

Rupa bentuk geografinya  seakan memisahkan mereka dari dunia luar ,tanpa kemudahan elektrik jauh sekali menikmati kemudahan lain menjadikan  mereka seolah-olah dipinggirkan, bagi mereka sekolahlah pusat segala-galanya.

Dimana disekolahlah mereka mengenal internet ,komputer,televisyen dan telefon..dengan pendedahan ini ,anak kampung ini tidak lagi merasakan kawasan kampung itu sahajalah dunia mereka  tanpa menyedari kehidupan adanya kehidupan yang lebih baik diluar sana…

Apa yang memeranjatkan ,kaum wanita lebih memainkan peranan dalam sesebuah keluarga dalam masyarakat kampung ini …merekalah yang menjaga anak2,menguruskan rumah ,ke hutan mengangkut air dan memotong kayu api, kalau semua dilakukan oleh kaum, hawa apa keje org kaum lelakinya ,pelikkan?

LOKASI 2: Kg.Kanibungan ,Pitas Sabah.

Disini, kanak-kanaknya  agak terdedah pada teknologi,namun begitu penubuhan ‘broadband library’ ,dimana pusat internet digabung dengan perpustakaan ternyata sangat memberi kesan yang sgt positif dalam kehidupan mereka .

Jujurnya ,mereka lebih berkeyakinan,mesra dan bijak ,sampai aku sendiri tak terlarat menjawab pertanyaan mereka tentang itu dan ini..hehe

LOKASI 3: E-desa Kg. Bundu Tuhan,Kundasang Sabah.

Selain terpesona dengan pemandangan tanah tinggi yang indah ,kami kagum dengan semangat para petani disini yang berusaha menguasai ICT bagi memperbaiki kualiti dan memasarkan hasil tanaman mereka biarpun ada usia mereka yang agak senja..

 

 

 

 

*sekarng tgh bz wat skrip,dateline dah dekat ,ada masa aku citer lagi apa yang aku jumpa kat sana k.Dan yang pasti dgn gambar yang lebih meletup! Muahaha!!

Awan mendung..Awan harapan..


Aku terbaca sebuah cerpen yang menarik untuk dikongsi,Tahniah Elmi  Zulkarnain! ,cerpen ini berjaya membuat aku membacanya berulang kali..hehe

Gumpulan awan mendung pekat mula menitikkan titis-titis hujan. Setelah Suri menyeret langkahnya masuk ke kelas, dia terpaku di tempat duduknya dalam pasak rasa belahan jiwa yang kosong. Ingin sahaja dia merejamkan rasa benci untuk meneruskan hayatnya kepada dunia.“Saya mahu awak-awak semua mengarang sebuah cerita yang bertajuk ‘Ibu’. Mudah bukan? Interpretasi cerita terpulang kepada diri awak. Jumlah perkataan antara 200 sehingga 300 patah perkataan,” jelas Cikgu Dewi yang lantang memberi arahan.

Sejurus kemudian, bilik darjah itu diselimuti kesenyapan dengan pelajar-pelajar yang sibuk menari-narikan pena, mencoret cerita di kertas. Di dalam kotak fikiran pelajar-pelajar kelas itu jelas terlukis kisah ibu yang tersayang, ibu yang berjasa, ibu mithali yang berkorban demi keluarga tercinta. Aduhai, sungguh indah dunia mereka! Tiba-tiba Suri rasa terasing. Kegelisahan menghalang Suri dari menulis. Tiada mampu pena di tangannya melahirkan sebarang kekata di lembar kertas. Masih kosong. Bersih tiada bertinta. Matanya terus melilau memerhatikan gelagat teman-temannya.

Sesekali fikirannya akan teringat pada kejadian yang telah meragut segala ketenteraman hidupnya. Dirinya terkapar-kapar dihantui resah. Dia begitu hampa dengan nasib yang menimpa diri. Resah dan hampa inilah yang telah mula membakar dirinya.

Di sebuah lorong yang samar dengan limpahan cahaya tiang lampu, seorang wanita separuh umur berdiri. Kaki kanannya dinaikkan ke belakang sehingga terlihat betisnya ibarat bunting padi dan kemudian direhatkan tumitnya di permukaan tembok. Wajahnya disolek tebal dengan pakaian menjolok mata. Dress merah menyala ketat bak sarung nangka menjadi pilihannya malam itu. Dia sedang menantikan seseorang di luar kelab malam sambil memerhatikan ‘anak-anaknya’ yang berada di dalam dan di luar kelab tersebut.

Seorang pemuda berjalan di hadapannya. Mummy Sheila mengukirkan senyuman yang paling manis. Dia menghampiri lelaki itu. Lelaki itu membalas senyuman Mummy Sheila.

“Hi Sayang … Amacam bisnes? Ada bagus?” suara lembut seorang pemuda menegur Mummy Sheila. Mummy Sheila masih tersenyum manja tanpa berkata. “Apa kata malam ni, lepas kerja, you temankan I? Macam biasa, lumayan ganjarannya tau. Kita berdua pergi ke pub di seberang jalan tu? Lepas itu, anything goes …” sambung lelaki itu. Mereka berbalas kenyitan mata tanda setuju.

Sering kali, ibu Suri akan pulang dengan ditemani lelaki berbeza yang memaut pinggangnya. Ada antara mereka merupakan pelanggan tetap, ada juga pelanggan baharu. Suri sudah biasa dengan keadaan hidup seperti itu. Ibunya telah berjaya meyakinkannya bahawa kerjaya itu sahajalah yang mampu membawa kesenangan kehidupan buat mereka dua beranak.

“Kita minum lagi lah sayang. Tadi I dapat minum sikit jer. By the way, dress I cantik tak?”

Dua pasang kaki melangkah masuk. Mummy Sheila dipapah ke bilik tidur utama. Lelaki itu hanya berterusan tertawa sinis.

Suri dibuai mimpi sementara ibunya ‘bekerja’ di kamar bersebelahan.

Sejam berlalu pantas. Mummy Sheila rebah di atas katil. Lelaki itu masih belum puas. Dengan hanya berseluar boxers, kakinya melangkah keluar dari bilik itu. Matanya mula berkeliaran. Dia melangkah lagi. Kali ini ditujukan halanya ke arah bilik Suri. Pintu yang tidak dikunci dibuka perlahan. Dia menyelak selimut perawan yang masih nyenyak tidur. Mulut Suri ditekap. Suri cuba meronta. Saat itu matanya sayu menatap wajah Yan yang menjelma di benaknya.

Mata Suri mula mengerling. Dia mencari-cari Yan. Dia mencari-cari wajah ketenangan, wajah sang pencinta yang pernah tulus terhadapnya. Dia amat merindukan saat-saat di mana Yan membelSuriya dengan penuh kasih sayang. Dia mendambakan pelukan mesra dan bisikan kata-kata lirih cinta Yan. Kehadiran Yan sahajalah yang mampu mengubah resah Suri menjadi ceria. Kehidupan Suri yang sudah ketandusan kasih ibu dan ayah semakin gersang. Dia perlukan kehadiran Yan dalam hidupnya untuk membawa awan harapan.

Cikgu Dewi mengalihkan perhatiannya pada jam dinding di hadapan bilik darjah.

“Loceng waktu rehat sudah pun dibunyikan. Saya harap awak semua dapat menghantar kerja awak sekarang. Letakkan hasil karangan awak di atas meja saya. Selain Suri, pelajar yang lain dibenarkan keluar untuk berehat.”

Suri merupakan pelajar yang terakhir untuk menghantar karangannya. Dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan Cikgu Dewi. Dia tergesa-gesa keluar dari bilik darjah itu. Hanya tiga potong ayat yang telah dipenakannya untuk disemak Cikgu Dewi:

Tiada yang istimewa tentang ibuku. Hanya kisah-kisah luka yang mampu aku alirkan. Luka hatiku adalah akibat direjam dengan ketajaman kerikil kehidupannya.”

– Elmi Zulkarnain

Masaku sudah berlalu…


Raya kedua yg lalu kami saudara mara berkumpul beraya di rumah Tok Ngah isteri ke dua Arwah Aki iaitu datukku.Sejarahya ,Arwah Aki memiliki tiga orang isteri ,pertama  nenekku Tok Yah ,kedua Tok Cu dan Ketiga Tok Ngah, sejak kematian nenekku Tok Yah tiga bulan lalu kami, mama dan makcik -makcikku yang lain banyak bercerita tentang kisah hidup mereka bersama ibu2 tiri mereka tu.Macam2 lah storylah yang keluar,yang pilu ..yang lucu ..semua ada .Apapun semua itu dah menjadi pengalaman hidup mereka adk beradik.Kini hubungan antara nenek2ku semakin baik ,maklumalah semuanya dah meningkat senja dan adapula yang sudah menghadap yang maha Esa.
Mak Ngah,TehYah,Mak de(mak aku!) and Mak Teh

dari kiri:Mak Ngah,TehYah,Mak de(mak aku!) and Mak Teh

Adik-adik sepupuku pulak semuanya dah jadi anak dara dan anak teruna,jadi generasi aku yang memegang title itu satu waktu dulu semua ada yang dah kawen,sibuk nak bertunanglah ,dan macam2 lagi..masa inilah baru terasa diri ini semakin tua…huhu

lima anak dara..hish cepat tul diorang membesar..

tudung coklat tu adik sepupu aku ..haa yg pink plak itu adik bongsu aku..ader sesaper nak berkenalan hehe

tudung coklat tu adik sepupu aku ..haa yg pink plak itu adik bongsu aku..ader sesaper nak berkenalan ?

 

bile besar epa nak jd apa ek?
bile besar epa nak jd apa ek?
Cik Siti yang manis..

Cik Siti yang manis..

Si Nina yang tak abis2 berangan...

Si Nina yang tak abis2 berangan...

ini plak generasi seterunya..cucu cicit Tok Merah!

                                                       generasi seterusnya..cucu cicit Tok Merah

 

dan kami pulak generasi yang dah meningkat nak menjadi bini orang ..hehe

aku dan sepupu aku si anne yg akan kawen bula depan ni..

aku dan sepupu aku si anne yg akan kawen bulan depan ni..

sesunguhnya time rayalah kita semua akan bertemu sanak -saudara dan time2 camnilah baru terasa masa kite dah berlalu rupenyer…

Raya yang hiba…


Kalau dahulu ,setiap kali datangnya lebaran , Dia menanti kami bersama senyuman ..

kalau dahulu,  ada sahaja lawak jenakanya menjadi hidangan wajib kami di pagi raya … 

kalau dahulu, hanya pusara Arwah Aki menjadi kujungan ,kita bersama menadah tangan …

Raya kali ini terasa begitu berlainan ..

tiada lagi jenaka menghiburkan,ketupat rendang dari tangan mu menambah kerinduan…

kami kini redha dengan pemergian mu..meski belum puas mahu dibelai mahu dimanja..

Doa kami,agar tenang dan aman dipusara …

sejuta rahmat mengiringi perjalanananmu…Al Fatihah buat Nenda Tercinta.