Bulan dan anda..


JANUARI * Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. * Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. * Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. * Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. * Pandai mengambil hati orang lain. * Pendiam kecuali telah dirangsang. * Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. * Mudah mendisiplinkan diri sendiri. * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. * Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. * Cukup sayang pada kanak-kanak. * Suka duduk di rumah. * Setia pada segala-galanya. * Perlu belajar kemahiran bersosial. * Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI * Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC * Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong….. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL * Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI * Keras hati & degil. * Kuat semangat & bermotivasi tinggi. * Pemikiran yang tajam. * Mudah marah apabila tidak dikawal. * Pandai menarik hati & perhatian orang lain . * Perasaan yang amat mendalam. * Cantik dari segi mental & fizikal. * Tidak perlu dimotivasikan. * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. * Mudah dipujuk. * Bersikap sistematik (otak kiri)….. * Suka berangan. * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. * Daya khayalan yang tinggi. * Permikiran yang tajam. * Pandai berdebat. * Fizikal yang baik. * Kelemahan sistem pernafasan. * Suka sastera, seni & muzik serta melancong. * Tidak berapa suka duduk di rumah. * Tidak boleh duduk diam. * Tidak punya ramai anak. * Rajin dan bersemangat tinggi. * Agak boros

JUN * Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk….. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI * Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri….. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja

OGOS * Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan

SEPTEMBER * Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan….. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik

OKTOBER * Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jln tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat

NOVEMBER * Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran kehadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Badan yang sasa. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk d irumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER * Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura….. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik

TIPS : Menghidu kecurangan suami …


1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih
suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu
outstation bersama dan juga kekasih lama.

2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami
berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami
mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika
tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta
itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun
memang layan suami kita.

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macamselalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Atau ada sms yang pelik2, > kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

5. Suami dan handphone, tak boleh di pisahkan, walau ke > kedai berhampiran, beriadah berjogging atau ketandas. Ini memang perlu
diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka

7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2Â…haa,ini baru mula menjalin hubungan

8. Suami mula pelupa!Â…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

10. Memberi perhatian lebih pada kitaÂ…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka.

11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?Â….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya

Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami.Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak
alim!! Ini betul!

 
 

Renungankan…


 
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan..
Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.

Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat.

Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.

Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

 
     

Malam ini bulan terluka…


Dari dasar hati terdalam

Ku rasakan hiba

Hilang dalam tawa

Ada dia yang terluka

Dari benih sayang yang tersulam 

ada sunyi yang bermain diladang tanya

ada rindu terkurung dikandang buntu..

Andai bulan bisa bicara….

Dendam..amarah …dan cinta yang di pendam..

Hati berdarah,bulan terluka …

Mungkinkah ada garis ..tanda noktah ..

Cinta aku, kau dan dia..

 

Kasihnya dia di dalam kita.


Ku kutip butir-butir rindu…

berderai menyesak dada..

diri seakan kaku..kelu..

teriakan dan lolongan

berbalam-balam

namun ingatan terhadapmu…

tetap menyerang..bersatu dalam urat nadi

sukar sungguh hati ini

ku buang jauh

dalam gelas waktu dalam detik berlalu

tertunggu-tunggu ..saat bertemu…

sepi si bulan…