Managing people, am I a mess?


sudah tiga jam berlalu…dari jarum itu pukul 3 pagi…sekarang sudah hampir jam 6…aku masih terjaga,

ke kanan ke kiri kemudian ke kanan lagi!…benci!! kenapa masih terngiang-ngiang  apa bos cakap pagi

tadi!!!

Terkadang aku berpaling memandang ‘buah hati’ kecilku…hurm nyenyak tidur sayang mummy..sejuk sikit

memandang wajah comel itu…dalam hati bersyukur, ada dia yang menjadikan aku kuat melalui hari-hari..

 

Teringat kata seorang teman, “ko punya suami yang baik dan memahami, punya anak kecil yang comel

dan disukai, tapi dalam karier banyak dugaan dan halangan terpaksa kau lalui”..Tuhan itu adil rupanya

bukan!.aku sedang mengakui kata-kata teman aku seorang ini…

 

Sejak berkahwin, mengandung , melahirkan …membesarkan …aku akui aku cukup bahagia…, seolah

olah tiada bebanan yang tak mampu aku pikul..,semua dugaan berumahtangga aku tangani tanpa

lelah…tapi sayangya aku mula rasakan aku telah kecundang dalam karier!

 

Sebab apa? Kerana masih baru? semuanya berlegar di penjuru otakku..

Hurm mungkin aku sudah lama tidak keluar mengembara? Mungkin kerana setiap hari aku terpaksa

melayan karenah orang yang berbagai rupa…mencari solusi bagi setiap masalah yang

menimpa…mengurus manusia dan mengurus kerja… akhirnya jiwa dalam kerja yang ku cinta hilang 

entah ke mana..

 

Pagi ini, aku di marah teruk …aku mula mencari mana silapnya ?

Gagalkah aku untuk menguruskan mereka?

Aku sentiasa mengambil sikap beralah dan terbuka…..sejak dulu aku suka bersikap optimistik dalam kerja malah dalam kehidupan..

 

Kekadang aku sendiri tak faham, kenapa aku hanya berdiam , apabila di maki dan di hentam?

..sepatutnya aku juga boleh bersuara , sakit hati bila mengenang orang lain yang memikir hanya dia

seorang yang bekerja!!! …tapi apa aku buat???? diam dan tunduk!!

 

entahlah apa nak jadi dengan diriku…membiarkan diri dilukai dari dulu…mungkin aku memang tak bisa

mengurus manusia,….ish lagi aku salahkah diri!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment